Bismillah wal Hamdulillah.
Alhamdulillah, selepas solat Isya' tadi, saya sempat mengikuti usrah Muslimat PAS cawangan Sg Tangkas. Antara input yang saya ingin kongsikan adalah Wasiat Rasulullah kepada Wanita, yang disampaikan oleh Kak Azimah.
1) Baca dan amal zikir ini sebanyak tujuh kali setiap selepas solat subuh.
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
2) Perbanyakkan istighfar terutama penghulu istighfar. Baca tiga kali selepas subuh dan tiga kali selepas asar. Allah jamin syurga sesiapa yang istiqamah mengamalkannya, dengan syarat ikhlas kerana Allah, iaitu:
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شرما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوؤ بذنبي
فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
3) Perbanyakkan sedekah mengikut kemampuan.أعوذ بك من شرما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوؤ بذنبي
فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
4) Sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa-dosa kecil yang berterusan, kerana dosa kecil akan menjadi besar sekiranya berterusan.
5) Sebelum tidur wanita digalakkan mengamalkan zikir ini sebanyak 33 kali setiap satu:
سبحان الله
الحمد لله
الله أكبر
الحمد لله
الله أكبر
6) Doa yang Rasulullah telah ajar kepada anakanda tercinta iaitu Fatimah az-Zahrah ketika mana Rasulullah melihat wajah Fatimah pucat dan keletihan kerana menguruskan rumahtangga. Doanya ialah:
يا حي يا قيوم
أصلح لي شأني كله
ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين
أصلح لي شأني كله
ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين
7) Banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Sollallahu `Alaihi Wasallam, kerana Allah sendiri berselawat kepada Baginda.
8) Jangan sesekali mempermainkan perkataan 'Cerai' atau suka melafazkannya kepada suami, kerana sangat besar kemurkaan Allah kepada wanita ini.
Tak rugi pun kalau kita berselawat di waktu lapang even masa sibuk, malah mendapat ganjaran dari Allah taala.
Moga sama-sama dapat ambil iktibar dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
Wallahu a'lam.
~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~
2 comments:
slm.sekdar mencoret.
terlalu banyak cara yang nabi dah ajar utuk umatnya untuk mendapat Syurga..
kita yang memilih mahu buat atau x..(^^)
Moga Allah beri kekuatan..
Betul tu..
Moga kita semua tergolong dalam kalangan mukminin, muhsinin dan muttaqin,insyaAllah..amiin..
Post a Comment