MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Saturday, March 20, 2010

2 in 1..??


Bismillah wal Hamdulillah.


Syukur pada Allah kerana Dia masih beri kekuatan untuk hambaNya terus-menerus menunaikan tanggungjawab sebagai Khalifatullah.

Alhamdulillah, hari ini (semalam kot, dah lebih pukul 12 ni),
two events berjaya dilaksanakan; iaitu Mesyuarat Persatuan Alumni Sek Men Imtiaz Dungun atau lebih dikenali sebagai ex-Student Imtiaz Dungun (exSIM) dan jamuan (khas untuk Birthday Girl sebenarnya..hihi).

Mesyuarat exSIM bermula pada jam 3.30 petang 19 Mac 2010 (Jumaat), bertempat di Lot 1066/29, Kg Sg Tangkas, Jln Bangi, 43000 Kajang, Selangor; yakni rumah salah seorang exco exSIM. => Dihadiri oleh Presiden exSIM, Akh Mohd Shafiq Abdul Halim; Timbalan Presiden 1,
Akh Anas Mazli; Setiausaha 1; Timbalan Ketua Lajnah Informasi dan Perhubungan, Ukht Farah `Aqilah Abd Hamid; AJK Khas, Ukht Najah Solihah Mohd Hamdan.

Walaupun pada asalnya ramai exco-exco yang melaporkan dapat menghadirkan diri, tetapi pada saat-saat akhir mempunyai hal dan kerja-kerja tertentu yang tidak dapat dielakkan, terutamanya bagi exco-exco yang berada di Darul Quran, alhamdulillah meeting tetap berjalan seperti biasa dan terlaksana dengan jayanya.

Sebelum tu, ana mohon maaf kepada Akh Muhammad Sofiyuddin dan Akh Emad Faris atas ketidakmakluman mengenai mesyuarat pada kali ini, memandangkan antuma berada di luar negara. InsyaAllah, kami akan cuba untuk mengisi kekosongan kerusi secepat yang mungkin. Sesungguhnya, segala gerak kerja antuma untuk persatuan ini amatlah kami hargai. Moga Allah membalas jasa baik antuma dengan ganjaran yang setimpal.


Walaubagaimanapun, ana mohon maaf juga kepada ahli mesyuarat yang dapat hadir, kerana ana dapat melibatkan diri dalam mesyuarat hanya beberapa minit sahaja. Atau mungkin sebenarnya ana hanya mampu menyediakan tempat mesyuarat sahaja. Ini kerana ana terpaksa pulang ke Nilai untuk mengambil peperiksaan ulangan [
Speaking-EPT] (mungkin kena tambah satu lagi event ni) dan alhamdulillah test tersebut berjalan dengan lancar. Syukur pada Allah.

Jazakumullahu khair buat Akh Anas, Ukht Najah dan Ukht Farah atas kesudian mereka menyalin serta mencatat setiap isi dan perkara-perkara penting ketika mesyuarat. Dan alhamdulillah banyak juga kerja yang ana perlu setelkan berbekalkan masa cuti yang agak panjang ini. Moga Allah taala membalas jasa baik antum. Mohon maaf juga kepada Akh Shafiq kerana terpaksa berjalan kaki ke Masjid UKM dari Stesen komuter UKM, yang ana kira agak jauh dan kepenatan dengan bergalaskan beg yang banyak dan berat. (Mungkinkah ini gara-gara Akh Anas??he..)


Maaf, buat sementara waktu ini, gambar-gambar yang diambil tidak dapat diupload lagi. Maaf kepada Akh Anas sekali lagi sebab tak sempat nak ambil gambar beliau. (Lain kali jangan balik awal, tapi takpe, urgent..) Syukron buat ahli-ahli atau exco2 di DQ yang tidak dapat hadir, kerana masih dapat memberikan 10 cadangan yang bernas melalui SMS sebentar tadi. InsyaAllah kami akan membuat tindakan susulan.


Secara
overallnya, syukur sangat-sangat pada Allah dan moga-moga exSIM akan lebih dan terus maju pada masa akan datang. Kami semua memerlukan sokongan dan dorongan dari semua ahli exSIM untuk menggerakkan persatuan ini. Moga-moga niat murni dan ikhlas ini insyaAllah, akan mendapat barokah dariNya.

**************

Event
seterusnya..

Terima kasih buat sahabiah dari UIA PJ yang datang pada hari ini untuk memeriahkan suasana, Ukht Farah `Aqilah, Ukht Najah Solihah, Ukht Noor Atiqah
and especially my ex-Roomate, Ukht Siti Khadijah (actually we should call her Birthday Girl..huhu).

Pada asalnya, ana dan
Kak Asma' bercadang untuk membawa mereka ke Restoran Nasi Arab di Hentian Kajang, tetapi memandangkan kebanyakan mereka semua telah kenyang, jadi kami hanya membawa mereka ke Restoran Sate Kajang Hj Samuri di Bangi. Salah satu sebabnya adalah untuk meraikan Ulangtahun kelahiran Ukht Et yang ke-20 pada 20 Mac 2010. (dah tua dah tu acik..he..)


Moga Allah memberkati umur Acik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa mendapat perlindungan, jagaan dan tarbiyah dari Allah. Moga cepat matang dan dipercepatkan jodoh dari Allah, insyaAllah. Semoga terus thabat dalam perjuangan Islam. Born2shaheed kan? ha..bagus3.. Saling ingat-mengingati, ingatlah, semakin umur kita bertambah, semakin dekat kita kepada kematian dan semakin banyak tanggungjawab kita di dunia untuk bekalan ke akhirat. Semoga dengan bertambahnya umur, seiring atau lebih sempurna jika bertambahnya juga ibadah, amalan, thaqafah, harakah, fikrah dan seumpama dengannya.

Setakat itu sahaja coretan saya pada kali ini. InsyaAllah, jika ada masa dan kelapangan serta rezeki dari Allah, akan saya publishkan lagi post2 yang lain.


p/s: adakah post saya pada kali ini agak skema ayatnye?ehehe..


Jazakumullahu khair.


Wallahu a'lam.


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


3 comments:

hafizquran said...

slm,

aslih nafsak au islah nafsak?

fi'lul amri dgn hmzah wasal didepan..

Anonymous said...

ye..aslih adalah yg tepat,kerana islah adalah masdar.

'Aishah Jauhara said...

Syukron buat 'anonymous'.

Buat hafizquran, jazakallah atas perkongsian. Terima kasih juga atas kunjungan. Moga Allah memberkati.