MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Tuesday, March 9, 2010

Cuba, Try, Test Tengok.. (Siri 2)


Jom..layan..


1) Apakah nama parlimen Quraisy?

2) Siapakah orang yang memburu Rasulullah s.a.w. semasa Baginda berhijrah, demi merebut ganjaran 100 ekor unta?


3) Namakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w.?

4) Apakah surah-surah yang bermula dengan الم ?

5) Suraqah bin Malik tetap memeluk Islam, tetapi bukan semasa peristiwa Hijrah. Bilakah Suraqah memeluk Islam?


6) Orang pertama yang minum air zam-zam ialah....?


7) Siapakah isteri Rasulullah s.a.w. yang disebut Jibrail sebagai sowwamah wa qawwamah (wanita yang rajin berpuasa dan solat)?

8) Namakan dua syarikat penerbangan yang menggunakan perkataan "buraq" sebagai sebahagian nama syarikat mereka.


9) Namakan puasa-puasa sunat yang terdapat dalam bulan-bulan berikut:

-Muharam

-Syawal

-Zulhijjah


10) Apakah gelaran Abu Jahal dalam kalangan orang Quraisy?


Itu sahaja. Jawapan akan diberitahu di lain masa.

Selamat mencuba. '^_^ Moga sama-sama beroleh manfaat.


Wallahu a'alam.


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


11 comments:

saya cuba said...

1 je nak jawab.....

7)Hafsah (kot..??)

hihihihihi....
tq....

patenjihah said...

1-Dar An-Nadwah

2-Suraqah bin Malik

3-Masjid Quba'

4- Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Ankabut, Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah,

5-lepas Nabi masuk kota mekah lepas berjihad di Madinah

6-Nabi Ismail a.s

7-Hafsah binti Umar

8-Buraq Indonesia Airlines n Buraq Air

9-a)Muharram - puasa Assyura 10muharram, sunat Tasua' 9 muharram
b)Syawal -puasa 6
c)Zulhijjah- 9 Zulhijjah (arafah)

10-Abu Hakam


fuh. mantap soalan. timekaseh..:)

Anonymous said...

uncut,saya tunggu jawapan je ye.hehe.tapi soalan bagus.btl2 buat qur terfikir. ;)

'Aishah Jauhara said...

weh..qur..sape benarkan panggil uncut kt sini...??
isk3..=(

anje =P said...

uncut?

aha..!eh..sori2..sori uncut..

=p

'Aishah Jauhara said...

Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wabarokatuh.

Berikut adalah jawapannya:

1) Dar al-Nadwah, sebagai tempat berkumpul dan berbincang para pembesar Quraisy. Ia dibina oleh moyang Nabi s.a.w., Kusai bin Kilab.

2) Suraqah bin Malik.

3) Masjid Quba' di Madinah.

4) Surah al-Baqarah, Surah ali-Imran, Surah as-Sajadah, Surah ar-Rum, Surah Luqman dan Surah al-`Ankabut.

5) Semasa pembukaan Makkah.

6) Nabi Ismail a.s.

7) Hafsah binti Umar.

8) Bouraq Indonesia Airlines dan Buraq Air (Libya).

9) - 9 dan 10 Muharam.
- 6 hari pada bulan Syawal.
- 9 Zulhijjah (hari wuquf).

10) Abu al-Hakam (al-Hakam bermaksud pengadil). Namun kaum Muslimin memanggilnya dengan gelaran Abu Jahal (bererti dungu dan bodoh).

Wallahu a'lam.

'Aishah Jauhara said...

Terima kasih bagi sesiapa yang mencuba.

Jadi,dengan ini,juri telah memutuskan (untuk pengetahuan,juri-juri yang telah dilantik adalah Saudari Siti, Cik Aishah dan Ustazah Jauhara) bahawasanya,..

jeng jeng jeng...

Saudari FATIN NAZIHAH ASHARI telah memenangi slot 'Cuba, Try, Test Tengok' bagi siri yang kedua ini.

Untuk saudari Fatin, sebagai ganjaran, sila nyatakan tarikh dan masa yang anda free untuk dibawa ke Restoran Nasi Arab di Hentian Kajang. Ditanggung halal. Free of charge! Pastikan sebelum 1 Jun 2010. Tahniah diucapkan!!

InsyaAllah jika ada sumur di ladang..eh,silap..jika ada rezeki dan kelapangan,kita akan bertemu pula sesi 'Cuba, Try, Test Tengok' untuk siri yang ke-3.

Masih ada peluang kepada saudara-saudari mendapat hadiah yang lumayan,tapi dengan syarat mesti menjawab semua soalan dengan tepat. Dan yang paling penting,ganjarannya adalah ilmu dan thaqafah kita bertambah,insyaAllah..

Sekian, itu sahaja.

Harap maklum.

Wassalam.^_^

Anonymous said...

Eh, sorry.heh.dah tersedap pula panggil uncut.heh.

Aishah...
nak makan free jugak.hehe.

Next punya kasi soalan yang kurang susah ye.
Actually dah boleh nak jawab brapa soalan cuma dah ada yang jawab..haha

gurau je ye ;P

'Aishah Jauhara said...

ye lah tu,qur..

kan dah selalu belanja..
banyak demand pulak dia ni..

hehe..
insyaAllah kalau jumpa di Gombak,kita buat appointment khas. ok??

^_^

patenjihah said...

ahaha..lawak betol la juri nih.
betol ni nak belanje??

ha.. insyaAllah around bulan Mei memang free sesangat ah sebab sem break. tapi taktau tarekh lagi. yeyey!

*tetibe terbau2 Nasi wuu lapar.

pepun thanx untok soalan2 cenggini.. barula rajin sket membelek2 sejarah. =)

'Aishah Jauhara said...

betul,insyaAllah selagi hayat di kandung badan..cewah..

confirmkan cepat tau..he..