MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts

Sunday, March 14, 2010

Wasiat..


Bismillah wal Hamdulillah.

Alhamdulillah, selepas solat Isya' tadi, saya sempat mengikuti usrah Muslimat PAS cawangan Sg Tangkas. Antara input yang saya ingin kongsikan adalah Wasiat Rasulullah kepada Wanita, yang disampaikan oleh Kak Azimah.

1) Baca dan amal zikir ini sebanyak tujuh kali setiap selepas solat subuh.

حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

2) Perbanyakkan istighfar terutama penghulu istighfar. Baca tiga kali selepas subuh dan tiga kali selepas asar. Allah jamin syurga sesiapa yang istiqamah mengamalkannya, dengan syarat ikhlas kerana Allah, iaitu:

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شرما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوؤ بذنبي
فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت


3) Perbanyakkan sedekah mengikut kemampuan.

4) Sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa-dosa kecil yang berterusan, kerana dosa kecil akan menjadi besar sekiranya berterusan.

5) Sebelum tidur wanita digalakkan mengamalkan zikir ini sebanyak 33 kali setiap satu:

سبحان الله
الحمد لله
الله أكبر


6) Doa yang Rasulullah telah ajar kepada anakanda tercinta iaitu Fatimah az-Zahrah ketika mana Rasulullah melihat wajah Fatimah pucat dan keletihan kerana menguruskan rumahtangga. Doanya ialah:

يا حي يا قيوم
أصلح لي شأني كله
ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين


7) Banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Sollallahu `Alaihi Wasallam, kerana Allah sendiri berselawat kepada Baginda.

8) Jangan sesekali mempermainkan perkataan 'Cerai' atau suka melafazkannya kepada suami, kerana sangat besar kemurkaan Allah kepada wanita ini.


Tak rugi pun kalau kita berselawat di waktu lapang even masa sibuk, malah mendapat ganjaran dari Allah taala.
Moga sama-sama dapat ambil iktibar dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Wednesday, January 27, 2010

Cinta ALLAH..



Bismillah wal hamdulillah..

Marilah kita sama-sama renungkan.

Ibn Qayyim mengibaratkan cinta kepada Allah seperti sepohon pokok.

- Akarnya adalah simbol ketundukan kepada Allah.

- Batangnya adalah pengenalan mendalam tentangNya.


- Rantingnya adalah perasaan takut kepadaNya.


- Daunnya adalah rasa malu kepadaNya.


- Buahnya adalah ketaatan kepadaNya.

- Unsur lain seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepadaNya.

Andai salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang, maka berkuranglah kadar cinta tersebut.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, December 31, 2009

Koreksi Diri..


Bismillahi wal Hamdulillah.


1 Muharram 1431 telah menjengah,
membuka lembaran baru,
mengingatkan diri akan dosa-dosa lalu,
hanya diri yang mampu lakukan perubahan,
beserta hati dan jiwa yang ikhlas,
sebelum tiba saat bertemu denganNya.

31 Disember 2009,
hampir menutup tirai,
diri dihujani persoalan,
akan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan,
hanya jasad yang mampu merungkai tanda tanya,
beserta roh yang bakal dijemput,
tepat pada masa dimatikan olehNya.

Perlunya muhasabah diri..
Apa yang perlu dibuat,
untuk mendekatkan diri kepada Allah,
untuk mencapai keredhaan Allah,
untuk jadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat,
dan apa yang perlu dibawa,
sebagai bekalan dunia dan akhirat..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, December 26, 2009

Maafkan Diriku Yang Hina..


Ya Allah,

aku meminta izin dariMu,
untuk meminjam sebentar cuma,
anugerah yang Kau kurniakan,
untukku luahkah isi hatiku di laman ini.

Ya Allah,
maafkan aku Ya Allah,
aku buntu.
aku jahil..
aku buta..
aku lupa..
Ya Allah..
akan segala nikmat dan kebesaranMu..

Bantulah aku..
Bimbinglah aku..
untuk redha akan ketentuanMu..
untuk menggapai keagungan cintaMu..
untuk ikhlas menuntut ilmuMu..

Lapangkanlah hatiku,
Bersihkanlah jiwaku,
Sucikanlah diriku,
untuk menerima tarbiyah dariMu..
Ya Rabb..

Masihkah ada untukku keampunan...?

Ampunilah segala dosa-dosaku..
Ya Rabbi..
Astaghfirullahal 'azhiim..


Monday, December 14, 2009

Aura Tariq bin Ziyad..


Bismillah wal hamdulillah.


"...Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian."


Saya baru sahaja selesai membaca buku Novel Sejarah Islam, oleh Abdul Latip Talib mengenai TARIQ BIN ZIYAD. Dan kata-kata di atas saya petik antara taujihad yang diberikan oleh Tariq bin Ziyad. Antara yang lain,

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.."


Sungguh terkesan apa yang diperkatakan oleh beliau. Menang ataupun Syahid? Ya, dua matlamat yang kita perlu capai sebenarnya. Benarlah, Nabi Muhammad pernah bersabda,

"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan."
-direkodkan oleh Tarmizi dan Nasa'i


Kitalah generasi akhir umat. Benarkah kita sudah lari juah dari sifat syahid dan iman yang kuat? Ya! Kita masih lagi boleh bersenang-lenang dengan nikmat dunia, sedangkan ada saudara seIslam kita yang menderita. Dibunuh tak kira dimana, tak kira masa. Kebuluran sehingga menyebabkan kematian. Kita? Dengan kemewahan teknologi, kehebatan sains, sehingga melalaikan kita dengan arus pemodenan, menyalahgunakan sistem teknologi yang semakin gah di mata dunia. Di mana silap kita? Mahukah kita menjadi di antara golongan orang-orang yang rugi?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya, kita umat akhir zaman. Kitalah yang akan dihisab terlebih dahulu oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati, roh dan jasadku di jalanMu. Aku tidak sanggup untuk menerima azab dariMu, Ya Allah..

"Berlawan pada jalan Allah hanya salah satu aspek jihad. Ini juga dalam Islam bukannya satu perbuatan pengganasan yang menggila. Ia mempunyai fungsi material dan moral, iaitu pemeliharaan diri sendiri dan pemeliharaan peraturan moral di dunia."
-Sahih Muslim, III:muka surat 938-ayat penjelasan.

Sungguh, aura jihad yang dibawa oleh Tariq bin Ziyad serta tentera-tenteranya telah menaikkan semangat saya untuk terus berjuang di jalanNya. Walau tidak dapat berperang menggunakan pedang, cukuplah dengan menggunakan mata pena. Ilmu yang tersemat di dada akan dipergunakan sebaiknya. Doa ku iringkan buat semua muslimin, muslimat, mujahidin dan mujahidat. Wahai pejuang-pejuang agama Allah, bergembiralah kalian. Sesungguhnya, kalian sedang menuju syurga yang dijanjikanNya.


"Jangan kamu menyangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
-Surah Ali-Imran:169

"Tidak ditimpa luka seseorang pada jalan Allah, kecuali dia datang pada hari Qiamat dalam keadaan lukanya masih berdarah, warnanya tetap merah, adapun baunya seperti bau kasturi."
-direkodkan oleh Abu Daud.

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqamah.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah,
bangkitlah semula.
Andai terluka,
ingatlah janjinya.

Ya Allah,
Rahmatilah hidup kami,
Berilah pengakhiran pada hidup kami sebaik-baik pengakhiran.
Janganlah Kau matikan kami dalam kekufuran.
Ampunilah segala dosa-dosa kami,
Ya Rabbul 'Izzati..

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~


Sunday, December 6, 2009

"Iman, kamu cuti hari ini??"


Iman : Assalamu'alaikum.


Diri : Wa'alaikumussalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?


Iman : Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri : Oh ye, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi, saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri : Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.


Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.


Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri : Saya rasa serba salah la pula.


Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t.) sebagai muttaqin, insyaAllah.

************************************************************************************

Bismillahi wal Hamdulillah..

Ya, kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan IMAN kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan IMAN. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.


Wallahu a'lam. Segala yang baik datang dari Allah Taala, yang buruk datang dari Allah juga tapi disandarkan pada diri ana yang hina ini.

~Islah nafsak wad'u ghairak~