MUTIARA KATA AL-QARNI

KEBAHAGIAAN ILMU PENGETAHUAN ITU BERSIFAT TETAP, KEAGUNGANNYA KEKAL, NAMANYA SELALU DIKENANG;
SEDANGKAN KEBAHAGIAAN MEMILIKI HARTA AKAN LENYAP, KEAGUNGANNYA AKAN HILANG, DAN NAMANYA SERING DILUPAKAN.

أتباع المؤمنين

Thursday, November 26, 2009

Selamat Segalanya..


Assalamu'alaikum warahmatullah..

Bismillah wal hamdulillah.

Selamat Hari Raya 'Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, tersalah kata, terlanjur bicara, tersilap langkah dan sebagainya.

Moga kita sama-sama dapat menghayati kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Hajar yang berkorban demi CINTA.
Wahai Hati! Marilah kita raikan kisah cinta ini kerana Allah..

Kullu 'Aam Wa Ntum Bikhair..

Salam 'Aidiladha dari saya..

Friday, November 13, 2009

10 Rukun Baiah..


Bismillah wal Hamdulillah..


InsyaAllah, masa yang terluang ni, I want to share something about 10 Rukun Bai'ah.

Bagi sesiapa yang sudah tahu, dan ingat, alhamdulillah..
Bagi sesiapa yang sudah tahu, ingat, dan amalkan, subhanallah..mabruk 'alaik..
Bagi sesiapa yang sudah tahu, tapi tak ingat, sama-sama kita ingat balik..
Bagi sesiapa yang ingat, tapi tak tahu....(err..macam mana tu??emm..)
Bagi sesiapa yang macam tahu, tapi buat-buat tak tahu, tahu-tahu kan lah.. =)
Bagi sesiapa yang tak tahu, meh, nak habaq mai la ni..

1- Faham
Telah diletakkan batas-batasnya dalam Ushulul 'Isyrin. Faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiyah yang sebenar.


2- Ikhlas
Semata-mata mengharap redha Allah dalam setiap kata dan tindakan.


3- Amal
Meliputi perelokan diri, pembentukan Rumah Tangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa.


4- Jihad
Yang dimulai dengan pengingkaran hati, dan diakhiri dengan perang di jalan Allah.


5- Pengorbanan
Yakni mempersembahkan jiwa, harta benda, waktu dan segalanya demi meraih cita-cita.


6- Taat
Yakni melaksanakan perintah, baik dalam keadaan sulit mahupun mudah, dalam keadaan berat mahupun ringan, selagi mana tidak membawa maksiat kepada Allah.


7- Tetap Pendirian (Tegar)
Yakni bahawa setiap anggota sentiasa bekerja dalam jihad menuju cita-citanya.


8- Tajarud (Bertekad)
Yakni bahawa akal fikiran seorang anggota harus bersih dari jalan fikiran asing. Yang ada hanya jalan fikiran milik sendiri. Baik terhadap sesuatu prinsip ideologi mahupun individu tertentu.


9- Ukhuwwah
Yakni pengikatan hati dan jiwa dengan ikatan aqidah.


10- Thiqah (Kepercayaan)
Yakni kepercayaan dan kepuasan seorang jundi terhadap kemampuan dan ketulusan hati qiyadahnya.



That's all. Just the simple one. But hard to practice. Secara umumnya beginilah. Untuk sebarang kemusykilan, boleh rujuk buku Maza Ya'ni atau Risalah Ta'lim or can also refer to orang-orang yang lebih faqih. Saya ni bukan pandai pun bab2 ni. Just want to share what I know. (err..) Jika ada yang salah, please remind me k..

Kadang kala tidak semua yang kita inginkan, kita akan dapat.
Kadang kala apa yang baik itu, kurang baik untuk kita.
Kadang kala apa yang buruk bagi kita, adalah baik untuk kita.
Iman naik dan turun..
Memang sukar untuk istiqamah..
Bila jauh dari Allah..
Lama-kelamaan, tercicir dan tersasar..
Sesekali, terasa ingin memencilkan diri,
lari jauh dari semua ini..
Fitrah ingin kembali..
Tapi....

Eish..apa tah..merepek je..
Ok. Islah nafsak wad'u ghairak.
Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk atas kelemahan diri saya yang hina.
Wallahu a'lam.

Salam juang..

Friday, November 6, 2009

Apa Pendapat Anda...?


Buat renungan khusus untuk diri saya dan teman-teman.

Cuba kira...
1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, dan mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan qiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.

(yang NASA Amerika dok bagitau kononnya pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu...? ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis Nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender Islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

2012 Islamic Calendar

Langkah Tercipta..


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Wednesday, October 21, 2009

Ma`assalamah..

Assalamu'alaikum.

Maafkan salah silap ana.

Mohon doa dari kalian untuk kesejahteraan dan ana terus diberikan kekuatan oleh Allah Taala.

Terima kasih atas sokongan semua.

Ilal liqa'.

Hasbiyallahu wa ni'mal wakil..
Ni'mal maula wa ni'man nasir..


Tuesday, October 20, 2009

Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati..


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.




Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Wallahu a'lam..

Tarbiyah Satu Proses Pengalaman..


Lama ABi tidak menulis. Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari menulis. Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukan masalah. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya. .bagaimana mengendalikannya.

Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usrah..tidak dapat datang mesyuarat..dan macam-macam lagi. Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal..solat tidak berjamaah..tinggal zikir ma'thurat..tidak ada masa untuk Al Quran...juga tidak dapat dapat bangun malam bertahajjud. Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan ..terabai langsung amal-amal fardi. Alasan yang datang dari nafsu dan kerendahan himmah seorang yang mengaku pejuang..!

Justeru..tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.. .

Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman.. bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan.. .bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah. Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya. ..

Firman Allah Azza wa Jalla :

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأسأ والضرأ وزلزلوا
حتى يقول الرسول والذين معه متى نصرالله ألآ ان نصرالله قريب

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang bersamanya `Bilakah lagi datang pertolongan Allah' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir".

Al Baqarah : 214

Oleh itu ya abnai...kukuhkan amalan mu..terjunlah ke medan perjuangan.. tinggalkanlah alam mimpi fikrah dan idealisma mu...nescaya antum bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar ..menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi..

Tak Habis Lagi..


Bismillahi wal Hamdulillah..

Segala puji bagi Allah yang memberikan hambaNya ini untuk terus hidup sebagai khalifah di muka bumi. Alhamdulillah, sakit yang Allah timpakan ke atasku sebagai amaran untukku terus mengabdikan diri kepadaNya sudah beransur pulih. Cuma penyakit selesema masih berlarutan, tambahan pula berpenyakit resdung sepertiku, sedikit menyukarkan untukku bernafas seperti biasa.

Walaupun dalam keadaan kepala yang sering sakit, saya turut mengikuti keluarga bermusafir ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Majlis Kesyukuran sahabat baik bapa merangkap sabahat kakak saya ketika berada di Yaman, Ustaz Dzulkhairi.Bertolak pada hari ahad jam 3 pagi, kemudian tiba semula di kediaman kami pada hari yang sama jam 11.30 malam. Alhamdulillah perjalanan kami selamat tiba dan pulang.

Pagi tadi, bapa, mak, kakak dan saya pergi membeli-belah di Bangi. Setibanya kami di rumah, ada seorang lelaki berulang-alik di perkarangan rumah kami. Gamaknya berkali-kali memberi salam, tidak ada orang menyahut. Dia segera datang kepada bapa.

Baju hitam : Assalamu'alaikum pakcik.

Pak Den : Wa'alaikumussalam.

Baju hitam : Begini pakcik, ada seorang student ..... ni, kami selalu nampak dia bawa perempuan ke rumah dia. Rumah dia selang 3 rumah je ni. Pagi tadi kami nampak dia bawa lagi perempuan tu. Sekarang kami dah kepung rumah dia. Macam mana ni pakcik?

Pak Den : Kalau ikut prosedur ni, bawa ke balai polis je la.

Baju hitam : Err..

Akak merah : Perempuan tu indon ke?

Baju hitam : Tak. Melayu je. Tapi laki tu student la, tengah tunggu nak grad rasanya. Lelaki tu dah banyak kali dah bawak balik perempuan tu.

Pak Den : Kejap, saya telefon Imam Kamarudin dulu.

tak lama kemudian...

Pak Den : Imam ni ada mesyuarat la. Dia suruh contact En. Hisyam pulak. Tapi call2 tak dapat. Kata Imam bawa ke balai dulu.

Baju hitam : Pakcik cuba pegi dulu la. Bagi la pape sikit kat dia. Kalau kami bagi, alamatnya pecah habis la.

Pak Den : Ok la. Kita tengok dulu.

Kami berjalan kaki menuju ke rumah yang dimaksudkan. Sampai sahaja di rumah terbabit, budak2 kampung dah berkerumun. Si lelaki terbabit dah tercegat depan pintu dengan muka yang gelabah.


Bdk kmpg 1 : Ha..ustaz tengok budak ni, bawak balik perempuan tak tentu pasal.

Bdk kmpg 2 : Ustaz, ni kad pelajar dia. Dia ni .......(kos)

Bdk kmpg 3 : Akak2, tolong ceramah kat perempuan ni. (depa minta tolong kat kami..kui3)

Tak lama kemudian..


Pak Den : Bawa ke balai.

Bdk kmpg 4 : Nak bawak kereta mana ni?

Pak Den : Naik kereta saya.

Bdk kmpg 5 : Ha..kau pergi siap2 sana. Baca la apa-apa pun. Doa qunut sampai habis ke..hahaha..

Kami pulang semula ke rumah untuk mengambil kereta. Bapa dan kakak saya yang bawa mereka. Saya tinggal di rumah la..demam saya pun tak pulih sepenuhnya lagi. Lebih baik berehat di rumah. Jadi saya tidak tahu apa-apa perkembangan terbaru. Sebab depa tak balik lagi. Mungkin masih berada di balai.

Saja ja. Tu je nak cerita. Sebagai kesimpulan, orang Islam sekarang dah tak mengambil berat tentang hukum-hakam agama. Mana yang halal dan mana yang haram. Mana yang disuruh dan mana yang dilarang. Semua pakai redah je.. Sesungguhnya, segala-galanya Allah telah tetapkan dalam Quran dan mendapat huraian dari hadith Rasulullah. Cuma kita sendiri yang suka mengambil endah tak endah akan pelaksanaannya.

Moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah taala.

Wallahu a'lam.



Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"