MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, September 21, 2012

[V4AJ] Dulu Aku Melihat, Kini Aku Dilihat..


Bismillah wal Hamdulillah.

Hari ini 21 September 2012. Pastinya kehangatan Pilihanraya Kampus (PRK) kian terasa. Dalam meniti lagi 4 hari mendatang, pelbagai rasa dan rempah ratus, asam garam bakal ditempuh. Kuali dan minyak sudah panas. Hanya tinggal untuk menumis bawang merah dan bawang putih.

Tanggal 25 September, tiga perkara yang perlu saya penuhi. Yang pertama, sebagai seorang pelajar, semestinya pergi ke kelas, tumpu perhatian pada pengajian di dalam kelas. Yang kedua, sebagai seorang pengundi. Saya juga punya tanggungjawab untuk memberikan undi saya pada calon yang saya kira perlu untuk saya undi. Yang ketiga, sebagai salah seorang calon Students' Representative Council (SRC) mewakili Kulliyyah for Economics and Management Sciences (KENMS).

Satu tahun setengah yang lalu, saya hanya punya dua tanggungjawab. Juga saya hanya mampu melihat mereka-mereka yang hebat dan berani bertanding. Setelah pengumuman keputusan dibuat, saya pulang lantas meng'update' blog saya dengan tajuk "Tahniah & Takziah". Sehingga saat mereka perlu melepaskan jawatan, saya tetap mahu mengucapkan kata-kata itu pada mereka. Kerana apa? Kerana bagi saya delegasi pimpinan yang mereka bawa dan terajui sangat luar biasa dan terbaik.

Kali ini, entah bagaimana, kuasa dan perancangan Allah Taala menguji tahap kebergantungan saya padaNya. Adakah disebabkan ini membuatkan saya berkira-kira dengan tuntutan dariNya? Maka, saya positif dan optimis dengan hikmah dan tanda-tanda yang Dia cuba sampaikan pada saya. Saya, hanya perlu mencari, dan terus mencari, sinar dan tafsiran itu..

Bila saya ditanya akan ayat perangsang dan motivasi buat saya, maka tanpa ragu saya mengatakan "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..". Inilah surat cinta yang Allah titipkan dan mata saya tegar merenung ayat itu, hati saya getar menghayati ayat itu. Saat ini, ayat ini senantiasa di sebalik senyuman di bibir, di sebalik katupan mata, di sebalik debaran hati, yang segalanya atas kekuasaanNya.

Maka, hari ini dan untuk akan datang, saya akan cuba bawakan 3 manifesto sekiranya saya diberi kepercayaan oleh sahabat-sahabat untuk mewakili mereka, iaitu:
1) To incorporate Islamic values among KENMS community. 
2) To strive for the standardization of food price in KENMS cafeteria. 
3) To inculcate the sense of inclusiveness of SRC among KENMS community.
Sekiranya saya tidak terpilih sekalipun, saya tetap bersama-sama mereka-mereka yang terpilih dari setiap sudut dalam membawa legasi baru ini. Saya yakin dan percaya segala apa yang Allah atur dan caturkan adalah yang terbaik. Sebagai hamba dan manusia, saya hanya mampu berusaha dan berserah. 

Buat sahabat-sahabat KENMS, pakat-pakat turun mengundi pada Hari Selasa minggu hadapan pada 25 September 2012, dari jam 8 (atau 9) pagi hingga 5 petang, bertempat di Computer Lab KENMS. Do bring your matric card along.. :)

Juga, saya mengucapkan semoga berjaya buat tiga jejaka yang turut bertanding di kerusi KENMS iaitu Bro Hamidi Zamri, Bro Nuroll Aiman & Bro Zubair. All the best! :)









"Being a good leader is not restricted only for certain gender, but determination, strong willpower, and spiritual intelligence are what will take us to the level of victory and wisdom.

Although I'm the only sister candidate for Kulliyyah of Economics and Management Sciences Constituency, I believe that women are also capable to represent the society and organisation.

With the motto PURE - Pragmatic, Unity, Responsive, Excellent, I would like to provide the best service and commitment to all including the students whether local or international, lecturers and staffs of IIUM. I strongly believe that without help from Allah, nothing is possible as I am only a representative sent by Him to function wisely as one of His Khalifah.

I'm here to serve for you and to realise integrity into reality. Also do not forget to fulfill your responsibility.

Cast you vote wisely :)"



VOTE FOR AJ? ^_^


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~