MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Friday, March 26, 2010

Pencarian itu..


Biar kepahitan itu pergi,
agar kemanisan mengisi

Biarkan kekecewaan berlalu,
agar kegembiraan mewarnai

Biarkan kegelisahan lenyap,
jangan kita hilang semangat

Biar penderitaan itu menyapa,
agar kekuatan kita jana semula

Biarkanlah diri ini derita,
agar ku tahu keperitan derita ini

agar ku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w.

Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya,
tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri

Cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
walau kadang-kala tersasar lantaran pautan nafsu
namun peluang dariNya sentiasa ada
namun kasih dariNya sentiasa memayungi

Diturunkan ad-Deen memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat
Tunduk sebagai hamba
Berjalan sebagai khalifah
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
Menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN-MU YA TUHAN.."


~Aslih Nafsak Wad`u Ghairak~

No comments: