MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Sambungan.. [Hanya Seminggu]


Hanya Seminggu



"Awal bonar ekau balik, Ila?". Terkeluar sedikit loghat nogori Mak Som, satu-satu ibunya.

"Hari
first masuk kerja, bu. Tak banyak kerja sangat.. Lagipun takdela awal sangat, kira ok la tu.." jawab Ila sedikit kepenatan sambil senyuman manja di bibir.

"Iyelah..dah solat asar ke belum?" pantas ibunya bertanya.


"Belum, bu. Asar pun baru masuk je kan?" tanya Ila sedikit kehairanan.

"Ye tak ye jugak. Dah..pergi bersihkan diri, lepas tu kita solat berjemaah. Ibu tunggu.."

"Gampang buk..insyaAllah, tunggu sebentar ya!" jawab Ila ala-ala Indon.


Mak Som tersenyum sambil menggeleng-gelengkan sedikit kepala.
'Ada-ada je la anak aku ni..' bisik hatinya.



************************


Seusai solat, Ila menuju ke kamarnya, bertemakan kebiruan, sesuai dengan warna kegemarannya. Belum sempat dia menyelak langsir kamarnya..


"Ila, nanti datang depan ye. Ibu ada sedikit perkara nak berbincang dengan kamu ni." pinta si ibu.


Na'ilah memandang ibunya lalu mengangguk bersahaja.



************************



"Ibu nak air?" tanya Ila.


Ibunya hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu.


"Ayah?"


"Ayah baru je minum air teh herba yang ibu kamu buat tadi." ayahnya menolak ringkas.

"Duduklah nak.." ayahnya menyeru kepadanya malah sudah tahu anaknya itu ingin melambatkan proses perbincangan.


Ila duduk bersimpuh di lantai.

"Ila dah fikirkan ke belum perkara yang ibu sampaikan kelmarin?" tanya ibunya tanpa membuang masa.

"Erm..." Ila serba-salah.


"Beginilah Ila. Kamu tu dah besar panjang. Dah matang untuk membuat keputusan. Ayah dan ibu sepakat bersetuju. Hanya tinggal kata putus dari kamu je." jelas si ayah.


"Ayah.. Ibu.. Jika ayah dan ibu merasakan itu yang terbaik buat diri Ila, Ila tidak membantah. Asalkan ayah dan ibu redha akan Ila." Ila hanya tunduk mengemukan jawapan.

"Ila tak perlukan masa ke? Lagipun, Ila kan masih tak kenal siapa dia. Kalau ibu katakan kepada dia, Ila memerlukan masa seminggu, setuju?" tanya si ibu memerlukan kepastian.

"Hanya seminggu? Erm..kalau begitu, ayah dan ibu tolong berikan Ila masa dalam seminggu ye?" cetus Ila berharap ada keputusan selepas istikharah yang akan dilakukan.

"Baiklah. Apa jua keputusanmu, ibu dan ayah akan menyokongmu." Mak Som cuba memberi sokongan pada anak emasnya.

"Terima kasih bu.."

"Cuma, ayah nak ingatkan kamu, jangan terbawa-bawa perkara ni sehingga boleh membebankan kamu dan membuatkan kamu lalai mengingati Allah. Bahkan, kamu perlu lebih dekat dengan Allah supaya kamu diberi jalan yang terbaik di sisiNya." nasihat ringkas dan padat dari seorang ayah.


"InsyaAllah, ayah. Terima kasih mengingatkan Ila." wajah Ila tenang dengan senyuman.


"Baiklah ayah, ibu. Ila masuk tidur dulu. Takut 'terlajak' pula esok." lemah lembut bicaranya mengundur diri.


"Tafaddholi ya bint." ujar ayahnya.

Ila sedikit keletihan lantaran tugas baru yang diterimanya sejak beberapa hari yang lalu. Bimbang juga seandainya amalan hariannya ditinggalkan berbekalkan alasan sebegitu.


Ya, dengan Qiamullail lah dirinya terasa begitu rapat dengan Tuhannya. Segala aturan hidup disandarkan pada Yang Maha Kuasa. Setiap tindak-tanduknya dimulakan dengan nama Tuhannya. 'Bismillahirrahmanirrahim'. Itulah tunjang kekuatan pada dirinya. Bangun pada waktu malam untuk melaksanakan ibadat-ibadat sunat, memanjatkan doa pengharapan syurga dan keampunan buat diri, keluarga dan saudara seIslam.

Kerana itu juga dia memasakkan jauh di sudut hatinya ingin menjadi seperti Na'ilah al-Farafishah, sesuai dengan nama yang telah diberikan Allah kepadanya. Sentiasa berharap, walau tidak secara keseluruhan, auranya sahaja sudah mencukupi.

Mudah-mudahan....




To be countinued, insyaAllah.. ^_^'


Tuesday, October 19, 2010

Khawlah Al-Azwar..



Langkahmu berbisa bukan sandiwara
Siapakah dirimu bukan soalnya

Keberanianmu pencetus gelora di jiwa

Rela syahid dari dihina


Pejuang misteri srikandi harapan

Handal berpedang tangkas berkuda

Pantas bertempur di medan perang

Merebahkan musuh menjadi teladan


Khawlah al-Azwar tampil membawa cita

Membawa pulang saudara tercinta

Biar berkorban nyawa dan jasad

Demi agama jua dirimu setia


Meski ditawan musuh Rom durjana

Hati teguh tombak dipecahkan

Takbir dilaungkan bangkitkan jihad

Itulah dia bidadari besi sirah tercatat



Gambar hiasan~


Aku ingin menjadi seperti beliau..


-SAJS-
D1.5 Sumayyah
UIA Gombak
12 Oktober 2010
9.52 pm


**********************************************

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


Wednesday, June 9, 2010

Semalam, Hari Ini dan Esok..


SEMALAM,
segala-galanya indah
seindah bunga mawar di taman
ku tanam
ku baja
ku sirami ia
supaya aku dapat melihat
kecantikan dan keindahan
setiap kelopaknya yang anggun
yang semua inginkan
termasuk diriku
saban hari ku jaga ia
agar ia tidak mati
dimamah usia dan cuaca.


HARI INI,
tiada lagi keceriaan itu
tiada lagi suka duka dengan zikirNya
malah duri mawar menyucuk tanpa henti
menghiris sang iman tanpa kasihan
lalu menjadi air mawar
untuk menyiram semangat di pusara
terkuburlah ia buat sementara
kerna kadang-kala tumbuh pohon di tepian
ibarat jatuh dan bangkitnya si anak kecil
dalam mengenal dunia
namun
mampukah aku menjadikan hari ini
lebih baik dari semalam?


ESOK,
aku terduduk dan terpaku
melihat bunga mawar yang indah layu
akibat diriku yang leka dan alpa
untuk menjaganya
walau ku tahu
ianya berharga
buat bekalan di sana
namun
walau mata ini menangisi
mawar yang telah pergi
ianya tidak akan kembali
melainkan
diri ini tidak putus asa
menghiasi kembali mawar yang ada
lebih indah dari semalam
untuk menyebarkan haruman pada alam~


Moga air mata menjadi saksi
rinduku pada mawar
yang sentiasa menemani
dan menjadi wangian untuk diri
juga buat insani




-SAJS-
Kg Sg Tangkas,
Kajang Selangor.
9 Jun 2010
3.13 am


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Sunday, June 6, 2010

Sambungan.. [Taklifat Baru]


Taklifat Baru..

"Assalamua'alaikum. Baiklah, pagi ini cikgu ingin memperkenalkan seorang guru baru yang akan mengajar subjek Matematik bagi kelas kamu. Memandangkan Cikgu Latifah sudah ditukarkan ke sekolah lain, jadi cikgu ini akan menggantikan tempat beliau." ujar Cikgu Salbiah, guru kelas 4 Al-Fateh di sebuah sekolah menengah agama di kampung halaman Na'ilah al-Farafishah. Sementara itu suasana riuh menyelubungi kelas tersebut.

"weh..comeynye cikgu ni..bla..bla..bla.."
"mak aiii..kalah Erra Fazira..bla..bla..bla.."
"sopan betul cikgu ni...bla..bla..bla.."
"wah..sejuk mata memandang..bla..bla..bla.."

"Baiklah cikgu. Saya tinggalkan cikgu untuk buat apa-apa yang patut. Saya ada kelas pula selepas ni." kata Guru Kelas itu tanda untuk mengundur diri.

"Ok. Terima kasih banyak-banyak cikgu. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik." Jawab Ila dengan tenang.


***********


"Assalamu'alaikum warahmatullah. Apa khabar semua?". Cikgu baru itu memulakan kalam.

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh."
"Alhamdulillah sihat, cikgu..".

Balas pelajar-pelajar di kelas itu dengan penuh bersemangat.

"Cikgu...Ta'aruf dulu cikgu..". Kata salah seorang pelajar cuba mencari 'alasan'.

"Taktik lama..aku dulu macam ni juga..buat alasan supaya tidak belajar..huhu". Ila hanya berkata dalam hatinya.

"wah2..bagusnya..dah pandai mengaplikasikan rukun usrah yang pertama ye..". Guru baru itu sudah mula berjenaka.

"hahaha.."
"kahkahkah.."
"kwang kwang kwang.."

Pelbagai ragam pelajar-pelajarnya ketawa.

"Ok ok.. Hari ini kita akan buat sesi ta'aruf sahaja. orait?". Ila meneruskan kata.

"OK!!!!". jawab para pelajarnya dengan riang.

"Maafkan saya, cikgu.". Ketua kelas, Aziz bangun meminta izin untuk bercakap.

Suasana kelas terdiam sebentar.

ketaqq.. (bunyi pen jatuh)

"Cikgu.." dengan nada yang serba salah.

"Maafkan saya.."

"Izinkan saya ke tandas, cikgu.." Aziz memperlihatkan muka 'kesian'.

"cehhh...apa la ajis ni..buat suspen je..maklum la..best student..mana pernah nak tinggal belajar.."

"hahaha.."

Suasana kelas kembali riuh.

"Ok student..sudah2.. Erm, awak boleh pergi." memberi izin kepada Aziz.

"Baiklah. Awak semua yang perkenalkan diri dulu. Bermula dari yang kiri sekali. Sebutkan nama penuh, nama panggilan, tempat tinggal dan cita-cita."

"Nama saya Abdullah Fahmi bin Samsudin. Boleh panggil Fahmi. Rumah saya di Kampung Siasah, dekat-dekat sini je.. dan cita-cita ingin menjadi seorang Pensyarah yang hafiz Quran.."

"waaaa...". rakan-rakannya bersorak memberi sokongan gamaknya.

"Terima kasih. Ok,teruskan.."

.........
.........
..........


*************


"Cikgu, cikgu la pula perkenalkan diri.." pinta seorang pelajar.

"Oh,turn cikgu pula ye.. Nama penuh cikgu, Na'ilah al-Farafishah binti Salahuddin al-Ayubi. Boleh panggil Cikgu Ila. Cikgu tinggal bersama dengan mak dan ayah di Kampung Tarbiyah, kampung sebelah je.. Cikgu anak tunggal. Erm, itu sahajalah."

"Baiklah. Kamu semua boleh tanya apa sahaja yang kamu mahu. Dan sama ada cikgu nak jawab atau tidak, terpulang kepada cikgu..". Cikgu Ila tersenyum.

"Cikgu, umur cikgu berapa". Soalan famous lah katakan..

"Umur cikgu 24 tahun."

"Err..excuse me teacher..cikgu dah kawen belum..??" Soalan cepu cemas ni..

"Agak-agak..?"

"Dah.."
"Belum.."
"Tunang baru kot.."

Macam-macam jawapan yang mereka berikan.

"Cikgu masih 'single' but not available.." Ila melirikkan senyuman.

"Wah cikgu..tak lama dah kot.."
"Haha..melepas la cikgu-cikgu lelaki kat sini.."
"Oit..diam la..ada ke cakap macam tu.."

"Ermm.." cikgu baru itu hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"Memandangkan masa pun hampir tamat untuk kelas cikgu pada hari ini, cikgu teringin untuk berkongsi satu firman Allah di dalam Surah al-An'am, ayat 31 yang bermaksud:

[Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba, mereka berkata, 'Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu,' sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.]

"Boleh faham apa yang cikgu ingin sampaikan..?"

"Faham, cikgu.."

"errr..dasyat.." getus hatinya. Lain yang dia andaikan, lain yang mereka jawab.

"Baiklah, setakat ini sahaja."

"Oh ye..selepas dari ni, setiap kali kelas cikgu, cikgu nak salah seorang dari kamu untuk memberikan sedikit tazkirah untuk kita semua 5 minit sebelum kelas berakhir. Tidak perlu lama, dalam masa 3 minit pun cukup. Ok?"

"Minggu depan kita mulakan dengan Aziz ye.."

"Baik cikgu.." Jawab Aziz, pasrah.


To be countinued, insyaAllah.. ^_^'

Saturday, April 3, 2010

Sambungan..


"Ila.. Ila.."
. Mak Som mengejutkan anak kesayangannya dari tidur.

"Eh..ibu..bila masa Ila tertidur ni?"

"Tadi, lepas solat maghrib
je, Ila tertidur. Tu la..letih sangat anak ibu ni. Dah 3 malam berturut-turut tak tidur. Dah, bangun nak.. Segar-segarkan diri. Lepas tu ambil air sembahyang, kemudian solat Isya'."

"Terima kasih, ibu.." Ila segera bangun dan melihat jam di dinding.

"Ya Allah..dah pukul 10? Lamanya tidur.." Sambil matanya terbeliak melihat jam tersebut, hadiah dari sahabat karibnya sewaktu di matrik dahulu.

"Oh ye..Ila, kalau nak makan, ibu dah sediakan makanan, ada di atas meja di dapur. Jangan tak makan pula. Nanti masuk angin.." Nasihat si ibu.

"Baiklah, ibu. Ila ke bilik air dulu ye."

***************************

Seusai sudah membersihkan dirinya, Ila bingkas menunaikan Solat Fardhu Isya' , Solat Tahajud dan solat-solat sunat yang lain.


"Ya Allah, ya Tuhanku,
Sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.

Ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kecilku dan dosa-dosa besarku,

Kau ampunilah jua dosa-dosa kedua ibu bapaku,

Kasihanilah mereka, sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil,

Rahmatilah guru-guruku, rakan-rakanku, saudara-saudara seagama denganku,

Berilah perlindungan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.,

dan berilah jua pertolongan kepada kaum muslimin, mukminin dan mujahidin,

di seluruh dunia dan di setiap masa,

Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa,

Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku,

Maka, Kau kekalkanlah rasa syukurku atas segala kurniaanMu,

Berikanlah aku ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi onak dan duri dalam hidupku,

Permudahkanlah segala urusanku,

Kuatkanlah semangatku,

Berkatilah segala gerak kerjaku hanya untuk Islam, yakni agama yang Kau redhai,

Sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk.



Ya Ilahi,
Kau matikanlah aku dalam keadaan aku bersujud padaMu,
Dalam keadaan aku beriman kepadaMu,
Dan berilah pengakhiran hayatku dengan Husnul Khatimah,
Tetapkanlah cita-citaku untuk syahid di jalanMu sehingga ke akhir waktu,
Andai aku rebah, berilah kekuatan kepadaku untuk bangkit semula,
Berkati dan redhailah segala ilmu yang aku pinjam dariMu,
Rahmatilah hidupku,
Sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan.


Ya Rabbi,

Aku mohon padaMu ya Allah,
Kau jagalah hatiku agar hati ini diberikan khusus untukMu,

Jangan Kau biarkan aku lena dengan nikmat dunia dan cinta manusia,
Jadikanlah hati ini sentiasa mencintai ilmu,

Supaya aku lebih dekat denganMu,

Aku mohon ya Allah..

Bantulah aku ya Allah..

Allah.."



Menitis air mata mujahidah solehah ini, tatkala dengan rasa hina dan rendah dirinya, dia menadah tangan meminta dan berdoa kepada Tuhannya, Allah, Robbul Jalil.

"Amiin ya Rabbal `Alamiin..
"

Setelah selesai berdoa, Ila lantas beristighfar, memohon keampunan dari Allah.

Kemudian, dicapainya senaskhah al-Quran, menyelak dan membaca kalamNya yang indah, sehelai demi sehelai, sehingga dia membaca ayat ke-32, Surah an-Nur.


"Terkena atas batang hidung ni.." Bisik hatinya.

Sehinggalah dia menyudahkan bacaanya
hingga ayat ke-36.

Dia mengamati maksud ayat-ayat itu.


"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang."

"Subhanallah.."
Ucapnya perlahan.


Tiba-tiba terdetik di hatinya.

"Allahu Akbar. Mimpi yang sama. Dah 5 kali mimpi itu menyinggah dalam tidurku. Apa maksudMu ya Allah.." Ila bermonolog sendirian. Dia teringat kembali mimpi dalam tidurnya sebentar tadi.

"Adakah....."



To be continued, insyaAllah..^_^'

Click Me~

Thursday, April 1, 2010

(tak tau nak buh tajuk apa..)


Vrooomm..vrooomm..


Bunyi kenderaan yang kuat itu memecah kesunyian di sebuah kampung yang terletak jauh di pedalaman, lantas 'terpacak' betul-betul di hadapan sebuah teratak yang usung.


"Ila, tolong tengok siapa yang datang tu, nak..". Pinta seorang ibu berumur lebih setengah abad.

"Baik, ibu.."
. Seorang gadis memenuhi permintaan ibunya tanpa banyak bertanya.


"Assalamua`alaikum..."


"Wa`alaikumussalam.. Errr.."

Kelu. Kaku.


"Ya Allah.."
. Getus hatinya.


"Siapa yang datang tu, Ila?". Tanya si ibu yang sedang melipat pakaian di kamarnya.

"Errrkk..ibu.."


"Ibu..dia datang, ibu.."
Terketar-ketar suara gadis yang lemah-lembut setelah melihat siapakah gerangan tetamu mereka.


Ibunya yang lebih mesra dipanggil Mak Som segera ke ruang hadapan. Hairan, melihat satu-satu anak gadisnya yang sudah mencecah usia 20-an itu kaget di sebalik pintu, membiarkan pintu terbuka luas.


"Siapa tu Ila? Kenapa tak jemput masuk". Tanya si ibu lagi.

Na`ilah al-Farafishah tersentak. Seolah-olah tersedar dari lamunan. Segera menoleh ke arah ibunya.


"Ibu...dia...datang dengan mak ayahnya sekali.."
Jawab Ila tersekat-sekat.


"Siapa..?" Ibunya terus meluru ke pintu melihat tetamu yang dianggap 'aneh' oleh anaknya itu.

"Oh..."
Ibunya mengerti, sangat-sangat memahami.



To be continued, insyaAllah.. ^_^'