MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Sunday, April 14, 2013

Respon "Isu Donat"..



Bismillah wal Hamdulillah..

SRC Carnival '13 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup pada jam 3.30 petang tadi dan berakhir pada jam 7 petang dengan pengagihan 19,300 donut kepada pelajar, rumah-rumah kebajikan, sekolah dan orang awam, setelah seminggu berlangsung. Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada barisan komiti yang Sincere, Reliable dan Committed, yang diketuai oleh Saudara Faris Zaidi yang bertungkus-lumus menjayakan salah satu program besar SRC (Students' Representative Council) IIUM pada tenure ini. 

SRC bawakan kepada anda beberapa program yang diharapkan dapat membawa manfaat pada anda terutamanya komuniti UIAM. Antaranya, "Forum : Seni & Tamadun", "Usrah Musical", "International Women's Day", "X-Games", "National Leadership Conference" dan sebagai penutup program "Doughnuts of Hope" telah mencuri tumpuan orang ramai dan media hinggalah merentas benua.



Maka, kali ini, saya tertarik untuk memberikan sedikit respon berkenaan dengan "Isu Donat" yang kian hangat diperkatakan oleh orang ramai, baik berunsur positif mahupun negatif. Kenyataan yang akan saya gariskan sebentar lagi adalah hanya sebagai pandangan dan cetusan peribadi, bukan sebagai seorang exco SRC. Kerana bagi saya, meskipun sekiranya saya tidak menjadi exco, saya punya pandangan yang sama. Begini..

1) Fokus Kebajikan
Program "Doughnuts of Hope" adalah cetusan idea yang diberikan oleh tenure SRC sebelum ini, namun atas beberapa faktor, ianya tidak berjaya dilaksanakan pada tenure lepas. Lalu, SEKRETARIAT KEBAJIKAN SRC UIAM tampil menyambung idea dengan mengendalikan program ini dan menukarkan konsepnya serba sedikit. Maka, fokus utamanya adalah dengan memberikan atau membahagikan donat-donat yang disusun membentuk logo UIA yang besar, dapat diberikan secara percuma kepada komuniti UIA dan anak-anak yatim sekitar lembah Klang.

2) Populariti
Kami sesekali tidak mengharapkan sebarang populariti dan nama semata-mata, kerana fokus kami adalah kebajikan. Seandainya usaha ini tidak tercatat dalam Malaysia Book of Records sekalipun, usaha ini tetap dijalankan. Apa yang saya boleh katakan bahawa, tiada isu PEMBAZIRAN berlaku kerana semua donat dapat diagihkan sebaiknya. Alhamdulillah :)

3) Usaha Kecil
Kami beranggapan bahawa ini adalah usaha kecil kami dalam menyalurkan donat-donat ini secara percuma kepada orang lain, terutama anak-anak yatim. Kami cuba menyahut seruan Nabi yang mana kita perlu berbuat baik pada anak-anak yatim. Sekiranya anda mampu melakukan dengan cara lain, maka lakukan. Cuma, saya percaya, sebahagian besar dari kita langsung tidak punya usaha kebajikan yang kita lakukan terhadap golongan seperti ini. Rasanya tidak perlu mengutuk dan bercakap besar bahawa program ini adalah sia-sia, seandainya anda hanya memikirkan perut anda terisi setiap masa, tanpa memikirkan golongan yang disebut-sebut oleh Allah Taala di dalam Al-Quran.

4) Intelek Mahasiswa
Ramai yang menepis usaha kami dengan beranggapan bahawa mahasiswa UIA yang belajar pandai-pandai, hanya mampu melakukan "ini"! Saya kira, ini bukan satu isu merendahkan tahap keintelektualan kami, hanya kerana donat-donat ini. Program-program intelek yang telah kami anjurkan sebelum ini, tidak pula kalian berikan komentar dan respon yang positif. Lalu bagaimana ini? Jangan kerana sombong dan angkuh, bisa memperkecilkan usaha orang lain. Saya tahu anda hebat, berintelektual, berilmu dan kritis pemikiran, namun jangan dilupa, kalau bukan Allah yang izinkan, anda juga mungkin "berfikiran cetek" macam kami!

5) Donat
Usah menyalahkan donat, hanya kerana ia kami pilih sebagai makanan yang ingin dijadikan sadaqah dan saham buat kami. Usah menukar trademark UIA "The Garden of Knowledge and Virtue" kepada "The Garden of Doughnuts and Virtue". Barangkali jika kami gantikan donat itu kepada bunga cengkih, mungkin "isu bunga cengkih" pula yang disebut-sebut.

6) Kepuasan
Kami lakukan program ini bukan SAJA-SAJA. Kami dapat rasakan bahawa ada satu kepuasan dengan melakukan program ini dengan harapan menjadi satu ibadah tambahan yang dapat kami lakukan. Namun, kami terbuka dengan komentar anda semua yang tidak berpuas hati dengan objektif program ini.

Kami menerima kritikan-kritikan dan pandangan massa kepada kami dengan hati yang terbuka. Kerana kami beranggapan bahawa, kami masih baru belajar dan mungkin, anda tidak tahu objektif sebenar program ini.

Apa yang kami tahu, kami masih punya pelajar-pelajar UIA yang MENYOKONG kami, meskipun ada juga yang berlainan pendapat dengan kami. Kami masih mampu tersenyum, kerana kami TAHU apa yang kami BUAT.

Oh ye, nantikan pula program terbesar kami, iaitu CONVEST'13 dengan program-program yang lebih menarik! :)


Sekian :)

-Mahasiswi UIAM-

8 comments:

anis said...

Anggap sahaja komentar negatif sekadar provokasi untuk bergerak lebih 'laju' selepas ini. Kata2 manusia, baik yang membina atau nista, is beyond our control :)

"When we're doing our best, we have no time to think and worry about failure."

Keep up the good work. Allah yusahhil :)

Amirul Arif said...

1) Berapa kos keseluruhan untuk buat program donut ni? Siapa yg biaya kos ini? Kalau guna budget SRC untuk program pelajar, anda bertanggungjawab untuk menjawab kepada pelajar. :) janganlah melenting jika ada yang mengkritik.

2)Jika kita serius dalam menderma, lebih baik berikan terus wang tersebut kepada rumah anak yatim itu. Saya yakin, mereka lebih perlukan wang drpd donut.

3) Kenapa perlu buat logo kalau nak derma donut? Kalau bukan untuk publisiti, kenapa tidak donut itu diberikan terus kepada anak yatim?

4)Malah, lebih baik buat untuk publisiti! Kalau bukan untuk promosikan "Budaya berkebajikan dalam kalangan pelajar" apa lagi kesan kepada pelajar uia daripada program wakil mereka ini?

Sekian. -Amirul Engin 3rd year

pecinta Maha Cinta said...

Bismillahirahmanirahim.
Setiap yg berlaku adalah ujian kerna adanya hikmah buat yg menilai.
Semoga sahaja usaha kalian di berkati pemberi nikmat, Allah yang Maha Esa.

Keep moving forward, He knows best.
Barakallah. wallahualam.

Qamar Mind said...

bro amirul..

1)bujet ini diperolehi hasil usaha komiti sendiri yang bertungkus-lumus mencari,dan tiada penyelewangan kerana bajet diperolehi atas nature program ini.

2)jangan risau,dalam uia ada kelab yg dinamakan caring club yg mana fokus untuk menjaga kebajikan anak yatim,jadi program ini hanya ingin diselitkan sedikit KEUNIKAN untuk program ukhuwah yang mana elemen halal haram juga dipandang berat oleh leader SRC kita. Bukankah dakwah yang pelbagai itu lebih menarik?

3)usaha membuat donut ini adalah untuk ukhuwah sesama pelajar,yang "jauh" didekatkan. Bukan semua berminat dgn program ilmu spt halaqah. jadi ini sbg permulaan yang baik.

4)husnuzan...insyaallah kita x kan lihat kelemahan org tapi kita akan cuba perbaiki kelemahan kita.

sekian- kama Engin 3rd year

3)

'Aishah Jauhara said...

Terima kasih atas komentar kalian :)

*peace no war*

ain syamal said...

Nak sedeqah donut ponggg jadi isu ka..kan byk lagi isu lain...manusia manusia...hanya tahu mengkriitik je..biarlah nk sedeqah cara apapon..janji ikhlas kerana Allah swt...kan kan kan..so drop the isues naaa...
- peace no harm -

Syafiq Aizat said...

Assalamualaikum.

penjelasan yang menarik berhubung isu mahasiswa donat.

Saya, selaku mahasiswa juga berpandangan isu ini adalah isu Cik Donat, kerana SRC menggunakan donat. Sekiranya SRC menggunakan Karipap, mungkin isu Karipap pula yang naik.

Saya menggagumi usaha barisan intelektual UIA, yang berusaha memperkembangkan ilmu di peringkat glocal, dan global.

Saya sendiri pernah menjejakkan kaki ke UIA. samada Kuantan mahupun Gombak, mungkin CFS sendiri.

Menjejakkan kaki ke UIA, melalui program Muslim Heroes, progrm bersama UZAR dan pelbagai lg majlis ilmu yg memartabatkn ilmu sebagai kuasa pertama.

kerana ilmu, seseorg itu kehormat.
kerana ilmu, individu itu digelar keramat.

dan lahirnya individu pemikir yg berilmu, mencambahkan usaha membangunkan negara.

Namun; membangun negara tidak semestinya dengan memecahkan rekod menggunakan donut. Mahasiswa perlu fikir bagaimana mahu pecah rekod TIMSS atau PISA; atau pecahkan rekod ranking universiti dengan masuk top-50 THES.

Inilah kepuasan yg sebenarnya. :)

Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad
[ orang luar ]
JPM UniKL Business School, Kuala Lumpur

Teruja nak hadir CONVEST'13

Nur said...

:)