In The Name of Allah.. The Most Gracious and The Most Merciful..
Tarikh: 25 - 27 Mei 2009
Tempat: Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman
Antara: Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM)
Peringkat: Kebangsaan
Kali: Ke-2
Antara pertandingan2 yang dipertandingkan..:
- Hafazan 1-5 juzu' (Siswa & Siswi)
- Hafazan 1-15 juzu' (Siswa & Siswi)
- Tilawah (Siswa & Siswi)
- Khat (Siswa & Siswi)
- Nasyid (Siswa & Siswi)
- Pidato Bahasa Melayu (Siswa & Siswi)
- Pidato Bahasa Arab (Siswa & Siswi)
- Pidato Bahasa Inggeris (Siswa & Siswi)
- Debat
Darul Quran telah menghantar wakil 8 orang peserta (4 banin dan 4 banat) yang mengambil bahagian dalam 4 acara yang dipertandingkan iaitu: Hafazan 1-5 juzu', hafazan 1-15 juzu', tilawah dan khat. Bagi kategori hafazan, ada tambahan soalan tafsir dari ayat 1-100 Surah Al-Baqarah.
Alhamdulillah, pada majlis penutup yang diadakan pada 27 Mei 2009 Di Dewan....(ape ek?tak berapa nak ingat la pulak.maaf3..he..), keputusan pertandingan telah diumumkan..
Walaupun DQ menghantar wakil dalam beberapa bahagian sahaja, tapi mereka membawa pulang 6 tempat dari 8..
Johan:
- Hafazan 1-15 juzu' (siswa)
- Hafazan 1-5 juzu' (siswi)
Tempat Ketiga:
- Hafazan 1-5 juzu' (siswa)
- Tilawah (siswa)
- Tilawah (siswi)
- Khat (siswa)
Saguhati:
- Hafazan 1-15 juzu' (siswi)
- Khat (siswi)
Err..Alhamdulillah, berkat doa semua, ana berjaya membawa pulang piala pusingan (tapi DQ amik la..), johan 1-5 juzu' siswi.. Ana tidak merasakan ini berkat usaha dari diri ana, tetapi ini rezeki dan anugerah yang Allah berikan kepada ana dan ana terima dengan redha..
Anggaplah ini sumbangan ana kepada perjuangan Islam dan mungkin juga sumbangan terakhir ana kepada Darul Quran..Syukur pada Allah..Alhamdulillah.Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama..insyaAllah.. TAKBIR!!
Anggaplah ini sumbangan ana kepada perjuangan Islam dan mungkin juga sumbangan terakhir ana kepada Darul Quran..Syukur pada Allah..Alhamdulillah.Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama..insyaAllah.. TAKBIR!!
{ ان هذا القرأن يهدى للتى هى أقوم ويبشرالمؤمنين الذين يعملون الصلحت أن لهم أجراكبيرا }
No comments:
Post a Comment