MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Saturday, May 2, 2009

Astaghfirullah..

6.46 petang: Tiba di Stetsen KTM UKM. Setelah penat berjalan kaki dari stesen komuter ke mahligai, sanggup menaiki bukit, merentasi deretan rumah, jalan berliku dan nyalakan anjing Singh sebelah rumah..akhirnya...sampai jua kaki ini menjejaki sebuah bangunan yang berlabel Lot 1066/29 di peti surat depan pagar..

7.00 malam: Disambut kecoh oleh kakak yang tidak asing lagi. Baru sahaja melangkahkan kaki kanan ke dalam rumah, telinga dihangatkan dengan cerita-cerita dari penglipur lara mengenai blog yang al-maklum sudah sekian lama tidak di'update'. Empunya diri mengambil endah tidak endah cerita tersebut. Kerana apa? Kerana sedikit kecapetan..Tunggu la, sebentar lagi akan ku buka blog yang serba hitam dan hijau ini.

7.05 malam: Ku bercerita pengalaman-pengalamanku sebelum2 ini. Maklumlah agak sudah lama tidak pulang ke rumah (aik..iye ker??).

7.20 malam: Saat ku membuka blog kepunyaan sendiri, Astaghfirullah.. Sengseng habis lengan baju ni!! Siap la korang!!Ingat blog ambe ni mcm YM ker? Lain kali tanya la dulu kenapa empunya blog tak meng'update' blog dia.

7.40 malam: Malas den nak melayan lagi. Bersiap sedia untuk menghadap Allah Taala..

No comments: