Alhamdulillah, tanggal 20 Februari 2009, jatuh pada Penghulu hari segala hari, telah tercatat di Luh Mahfuz, diizinkan dan dijanjikan Allah, seorang insan yang lemah lagi dhaif di hadapanNya, yang sentiasa cuba melaksanakan yang terbaik dalam menjadi Hamba Allah dan Muslimah Solehah, telah ditakdirkan Allah menyempurnakan hafazan Al-Quran 30 juzu', setelah sekian lama berhajat untuk melalui saat-saat yang penuh dengan mehnah dan tribulasi dalam menempuh pelbagai perasaan. Gembira? Sedih? Takut? Gementar? Pendek kata, bercampur baur sekali perasaan ketika itu. Hanya Alah Taala sahaja yang tahu detik hati insan yang kerdil ini.
Izinkan ana mengimbas kembali saat-saat yang berharga itu, walau ia berlaku dua bulan lebih yang lalu.
-13 Feb 2009-
Ku termenung seketika pabila melihat target muqorror yang ku catat secara 'hardcopy' di atas sehelai kertas. Diri ini merasa hiba kerana target yang diinginkan tidak tercapai. Macam mana ni, sejuzu' lari jauh. Sempat ke untuk ku mengejar kembali target yang telah dibuat? Tercapai ke hajatku ingin khatam pada 20/2/09? Ketika itu, ku hanya berserah kepada Allah untuk mengatur perjalanan hidupku.
-14 Feb 2009-
Dengan azam yang baru, ku memulakan hafazan di juzu' ke-28. Juzu' yang tidak pernah ku hafaz, begitu juga juzu' 29. Adakala terasa down. Tapi semua itu ku cuba abaikan, kerana ku tahu syaitan laknatullah sentiasa menjalankan 'tugas' mereka, tidak kira sesiapa sahaja sasaran mereka, asalkan bergelar 'manusia'.
-15 Feb 2009-
Dari semuka ke semuka ku cuba ingati dan kumpul untuk dihantar ke ustazah tasmi' pada esok hari. Walaubagaimanapun, kerja2 persatuan dan kelab tidak ku tolak ke tepi, kerana taklifat tetap taklifat. Semua itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku dalam membantu agama yang tercinta ini.
-16 Feb 2009-
Ku mulakan tasmi' di awal juzu' 28. Ku cuba membaca dengan teliti di samping menghayati maksud dan memelihara hukum2 tajwid, insyaAllah..Subhanallah..hampir tidah percaya, rupa-rupanya aku dapat menghantar 16 muka surat kepada ustazah hari ini berbekalkan masa selama 2 hari yang Allah kurniakan untukku memberi peluang yang lebih kepada Al-Quran. Ku percaya dengan janji Allah. Sesibuk mana pun kita dalam mengerjakan gerak kerja Islam ikhlas semata-mata kerana Allah Yang Esa serta demi mendapatkan kerdhaanNya, maka Allah akan permudahkan segala urusn kita. Syukur Ya Allah..
-17 Feb 2009-
Semangatku membara. Nak tak nak, aku mesti capai impianku. Tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hari ni tasmi' hingga akhir juzu' 28 dan masuk sikit awal juzu' 29. Aku semakin bersemangat, dah dekat dah tu..
-18 Feb 2009-
Perjuang tetap diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir..
-19 Feb 2009-
Alhamdulillah, lagi satu surah juzu' 29 yang akan ku bawa ke esok hari..
-20 Feb 2099-
Bermula dengan Surah Al-Mursalat sehingga Surah Al-Lail. Kemudian, ku meminta izin dengan ustazah agar memberi sedikit masa kepadaku untuk membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Ya Rabb, izinkan hambaMu ini menyudahkan hafazan Al-Quran pada hari ini. Doa sentiasa ku hulur kepada Yang Maha Mendengar. Setelah ku lancarkan surah-surah yang terakhir, ku menuju ke kerusi di sebelah pensyarahku. Ku mulakan dengan membaca Surah Ad-Dhuha..sehinggalah pabila tiba pada Surah Al-Ikhlas, tiba-tiba aku merasa sebak menahan air mata dari jatuh. Ku gagahkan diri untuk membaca surah tersebut. Selesai membaca, aku terdiam sebentar, butiran2 mutiara akhirnya gugur jua membasahi mata dan pipi. Tergamam sebentar pensyarahku, terpancar di wajahnya mengerti perasaanku kerana beliau juga pernah melalui saat-saat seperti ini. Teresak2 aku dibuatnya, terasa satu beban dan taklifan yang akan ku pikul untuk agama yang diredhaiNya. Pensyarahku cuba menenangkanku..sehelai tisu dihulurkan oleh beliau kepadaku. Ku diminta bertenang terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan. Beberapa minit selepas itu, aku cuba membaca pula surah yang seterusnya, Surah Al-Falaq, dengan nada dan suara yang terketar2. Dan akhirnya sehinggalah ayat terakhir Surah An-Nas. Kemudian ku diminta untuk membaca Surah Al-Fatihah dan 5 ayat dari Surah Al-Baqarah. Kerana apa, kata ustazah, ia menunjukkan tugas kita menghafal Al-Quran bukan setakat menghabiskan surah yang terakhir di dalam Al-Quran malah lebih berat lagi apabila kita diamanahkan untuk menjaga hafazan yang telah dihafaz dari surah yang pertama di dalam Kitab Suci ini. Pendek kata, satu Al-Quran kena jaga sebaiknya. Tiba2 aku menangis lagi di hadapan ustazah dan yang pasti di hadapan Allah jua. Ustazah memberikan kata-kata semangat dan perangsang serta memperingat tanggungjawab aku selepas ini. Jazakillah khairan kathira, syukron jazilah ya ustazah. Ku pulang ke tempat duduk dalam keadaan longlai..La haula wala quwwata illa billah..
Mengapa ana memilih tajuk ini? Hafiz @ Habis? Kerana ana teringat seorang senior yang menceritakan mengenai seorang ustaz yang memberikan ceramah mengenai tajuk ini. Benar, antara sedar tidak sedar, adakah bagi golongan yang menghafaz Al-Quran ini, sekadar menghafaz kemudian tiada usaha untuk mengingati, mengulang dan memurojaah ayat-ayat yang telah dihafaz? Adakah sekadar setiap pagi berjaya menghantar hafalan baru kepada guru tasmi' sudah cukup memadai? Atau benar-benar merasakan ada satu tanggungjawab ke atas diri untuk menjaga KalamNya sesuai dengan gelaran Hamalatul Quran?
Sama2 kita muhasabah diri, setakat mana usaha kita dalam memperjuangkan agamaNya berbekalkan ayat2 Al-Quran di dada, insyaAllah atau sekadar ingin mendapat title Al-Hafiz kononnya, dah habis hafal, habis r..begitu ke?? Astaghfirullah.. Sama2 kita memperbanyakkan istighfar pada Allah wahai sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian, insyaAllah kita dapat melakukan yang terbaik. Walau apa pun yang paling penting, check balik niat sebenar kita menghafaz Al-Quran. Adakah kerana paksaan keluarga? Atau semata2 ingin mendapat title Al-Hafiz? Atau sekadar suka2? Na'uzubillah.. Atau dengan kerelaan diri untuk mencapai redha Allah? Jawapan berada di hati anda. Berusahalah untuk menjaga KalamNya selagi hayat dikandung badan supaya Al-Quran menjadi pembela bagi kita di akhirat kelak, dan bukan pelaknat kita, na'uzubillah.. Peringatan buat diri ini jua terutamanya..

1 comment:
Ihtimam untuk semua.. Satu taklifat yang tak pernah ana terimpi telah terbeban, untuk menjaga, memelihara dan membawa segala alunan yang dibaca untuk diterjemahkan secara realiti. Moga kekuatan ini terus kekal..Moga sama-sama thabat, huffaz.. Bebaskan dirimu dari penjara syurga..
Post a Comment