MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, May 8, 2009

Final Exam..

Lagi beberapa hari sahaja lagi, hari kemuncak akan tiba.. bertarikh 18 MEi 2009 (sama dengan besday Kak Asma').. Muhasabah diri balik.. Sejak di bangku sekolah lagi, diri ini mengambil keputusan untuk menceburi bidang yang mencabar sehingga kini.. Dah 6 tahun rupanya..

Ku pohon restu dari mak dan bapak tersayang serta adik beradik yang dirindui..
Juga mohon doa dari guru2, pensyarah2, adik-brdk di DQ, sahabat handai serta yang mengenali diri ini..
Doakan kami semua najah fil imtihan, insyaAllah..

Habis exam, Bumi Barokah Darul Quran yang ku cintai akan ku tinggalkan tidak lama lagi.. Sedihnya tak terkata.. Rasa macam baru masuk daftar je semalam.. Pantasnya masa berlalu.. Bimbang2 kurang sumbanganku terhadap agama dan masyarakat.. Astaghfirullah..

"Ya Allah, sekiranya kegagalan kami membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara.
Dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untuk kami.
Kerana kami mengimani, tiada yang Kau takdirkan sia-sia, melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.."

No comments: