MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Friday, July 3, 2009

Hati ini Milik Allah Buat Selamanya..

Aku berlindung padaMu Ya Allah dari panahan dan hasutan syaitan yang direjam..

Hati ini..
pada hakikatnya
bukan milik hamba
bukan juga milik sesiapa
pinjaman jua nikmat dariNya
untukku buat sementara cuma..

Hati ini..
sesekali membuah leka
dibelai hasutan dunia
jua hamparan tipu daya
yang membuatkan hamba
terbina jarak dariNya..

Hati ini..
pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
rasa bahagia biarpun sengsara
halus ciptaanNya
segumpal darah penuh rahsia..

Ya Allah..
berikanlah aku hidayah
kemanisan iman jua
ketaqwaan aku sebagai hamba
untuk menjiwai pancaroba
sehingga ke Syurga..

Oh Tuhan..
bernilainya air mata dari permata
yang bisa memadamkan api neraka
ampunilah hamba yang dhaif lagi hina
mendamba sekelumit cahaya
membawa menujuMu Yang Maha Esa..

Hati ini..
jua roh serta jasad hamba
kembali kepadaMu di penghujungnya
kelu lidahku untuk bicara
namun ku temui jalan ini akhirnya
demi meraih cintaMu yang kekal selamanya
sebagai wadah Destinasi Cinta..

No comments: