MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, July 19, 2009

Pancarkanlah Cahayamu, Alam Akan Gembira Keranamu..

Janganlah menyangka bahawa kesusahan akan berkekalan! Kerana jika ada sesuatu yang kekal, maka manusia akan terdampar ke dalam kebingungan.

Tataplah hidup ini dengan penuh cinta serta harapan. Hidup adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Justeru, terimalah hadiah dari Yang Maha Esa, ambillah dengan senang dan bangga. Sambutlah waktu pagi yang cerah dan senyuman yang indah. Sambutlah malam yang tenang dan sunyi. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur. Hiruplah udara dengan gembira dan hati senang. Hisapla harum bunga dengan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya.

Nikmatilah anugerah apa sahaja yang ada di bumi, di kelopak mawar, di panasnya matahari dan lain-lain. Jadikan anugerah itu sebagai penyokong untuk taa
t, bersyukur dan memuji Allah. Berhati-hatilah, janganlah sampai kita diliputi oleh kedukaan, kebingungan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat-nikmat ini, sehingga kita menjadi orang yang keras kepala dan bongkak. Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan nikmat-nikmat ini kecuali dijadikan sebagai cara untuk menyembahNya..

Keikhlasan dan ketulusan biasanya muncul dari orang-orang yang tidak punya apa-apa, tetapi mereka tahu nilai kata-kata dan senyuman. Hakikatnya, ramai manusia yang mahu menghulur bantuan tetapi tangannya mencubit.

"Sesiapa yang takut kepada Allah, akan diberikan untuknya jalan keluar."


No comments: