MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Saturday, June 13, 2009

Dr Fathi Yakan Telah Pergi Menghadap Ilahi..

Sosok pejuang ini adalah nama yang besar yang telah melestarikan dunia kebangkitan Islam dengan menghasilkan puluhan buku dakwah yang telah mencerahkan langit kebangkitan Islam daripada salah faham agama ini. Beliau adalah rakan baik gerakan Islam negara ini dan telah beberapa kali hadir dalam majlis muktamar dan juga himpunan gerakan Islam. Buku-buku beliau telah ditatap oleh jutaan pembaca di seluruh belaan dunia Islam dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Pengaliran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada anak-anak muda termasuk aktivis kampus terutamanya adalah kerana sentuhan tulisan beliau yang sangat cerdas dan mengasyikkan peminat dunia dakwah dan harakah.

Dr Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tripoli Lubnan. Beliau berkahwin dengan Puan Dr Mona Haddad Yakan dan dikurniakan 5 orang cahaya mata (4 perempuan dan 1 lelaki).

Telah berjaya memperoleh PhD di dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun pada peringkat B.A dan M.A beliau belajar bidang kejuruteraan. Pergulatannya secara langsung dalam medan jamaah dan dakwah telah memberikan cahaya akal yang bergemerlapan yang diluncurkan dalam tulisan-tulisan beliau.

Beliau merupakan antara tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau pernah merakamkan dalam tulisannya..:

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

-Dipetik dari buku Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden-

Namun, Allah Taala ternyata menyayangi beliau tatkala pabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari ini di saat beliau berumur 76 tahun untuk menemui Penciptanya. Tersentak diri ini seketika lantas menyedekahkan sekalung al-Fatihah buat beliau setelah menerima sms dari seorang sahabat yang memberitahu akan pemergian beliau. Akan tetapi apabila penulis mencari maklumat mengenai kematian beliau pada malam hari mendapati ada sedikit kekeliruan bahawa beliau belum lagi meningal dunia, walhal beliau ketika itu mengalami keadaan yang sangat kritikal akibat penyakit angin ahmar. Kira-kira jam 1 pagi lebih, 14 Jun 2009, penulis mendapat berita beliau baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahi wa innailaihirojiun.. Walaubagaimanapun, semangat dan kekentalan beliau dalam mengalami dan menghadapi tribulasi yang mematangkan perjuangannya telah memberikan suntikan jihad ke dalam darah dan diri pemuda-pemuda Islam yang dahagakan syahid fisabilillah, insyaAllah..

Al-Fatihah..

2 comments:

fatin nazihah ashari said...

innalillah wainna ilaihi rajiuun..
emm..beliau nila kan
penulis buku
'mengape saye menganut islam' an?

-tetibe teringat usrah dulu2..-

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

innalillah wainna ilaihi rajiu'un...

al-fatihah...

gugurnya seorang permata islam...sebak~