MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, May 31, 2009

Karnival Amal Islami Kali Ke-2

In The Name of Allah.. The Most Gracious and The Most Merciful..

Tarikh: 25 - 27 Mei 2009
Tempat: Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman
Antara: Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM)
Peringkat: Kebangsaan
Kali: Ke-2
Antara pertandingan2 yang dipertandingkan..:
- Hafazan 1-5 juzu' (Siswa & Siswi)
- Hafazan 1-15 juzu' (Siswa & Siswi)
- Tilawah (Siswa & Siswi)
- Khat (Siswa & Siswi)
- Nasyid (Siswa & Siswi)
- Pidato Bahasa Melayu (Siswa & Siswi)
- Pidato Bahasa Arab (Siswa & Siswi)
- Pidato Bahasa Inggeris (Siswa & Siswi)
- Debat

Darul Quran telah menghantar wakil 8 orang peserta (4 banin dan 4 banat) yang mengambil bahagian dalam 4 acara yang dipertandingkan iaitu: Hafazan 1-5 juzu', hafazan 1-15 juzu', tilawah dan khat. Bagi kategori hafazan, ada tambahan soalan tafsir dari ayat 1-100 Surah Al-Baqarah.
Alhamdulillah, pada majlis penutup yang diadakan pada 27 Mei 2009 Di Dewan....(ape ek?tak berapa nak ingat la pulak.maaf3..he..), keputusan pertandingan telah diumumkan..
Walaupun DQ menghantar wakil dalam beberapa bahagian sahaja, tapi mereka membawa pulang 6 tempat dari 8..

Johan:
- Hafazan 1-15 juzu' (siswa)
- Hafazan 1-5 juzu' (siswi)

Tempat Ketiga:
- Hafazan 1-5 juzu' (siswa)
- Tilawah (siswa)
- Tilawah (siswi)
- Khat (siswa)

Saguhati:
- Hafazan 1-15 juzu' (siswi)
- Khat (siswi)

bergambar selepas majlis penutup bersurai..

Err..Alhamdulillah, berkat doa semua, ana berjaya membawa pulang piala pusingan (tapi DQ amik la..), johan 1-5 juzu' siswi.. Ana tidak merasakan ini berkat usaha dari diri ana, tetapi ini rezeki dan anugerah yang Allah berikan kepada ana dan ana terima dengan redha..

Anggaplah ini sumbangan ana kepada perjuangan Islam dan mungkin juga sumbangan terakhir ana kepada Darul Quran..Syukur pada Allah..Alhamdulillah.Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama..insyaAllah.. TAKBIR!!

{ ان هذا القرأن يهدى للتى هى أقوم ويبشرالمؤمنين الذين يعملون الصلحت أن لهم أجراكبيرا }

Hijrah??

Bumi barokah Darul Quran...


Hurmm..dah habis rupanya..
belajar kat sini..
22 Mei hari terakhir..
tapi tak juga..
sebab 24hb tu datang balik..
ada la kerja sikit..hee

Perasaan??
Macam2 perasaan ada..
Sedih, gembira, cuak,.emm..
Takkan terlafaz dengan kata-kata..

Erm..lepas ni ke mana hala tujuku?
Bidang apa yang aku akan ceburi pula?

Walau apa pun..
Kenangan berada di DQ takkan ku lupakan..
Dengan usrahnya..
Dengan ragam adik beradik usrahnya.. (Angah Liyana, Achik Et, Alang Ummu, Ateh Faezza, Uda Syakirah, Anje Pkah & Anjang Yati)
Dengan naqibahnya.. (Ayong-K. Aeshah Jamil & Along-K. Hanisah Mohadis)
Dengan Ribatnya.. (teringat kat Exco2 masa tu..garang beno.. K. Aziah, K. Hana', K. Fatimah, K. Zue, K. Ku, K. Maza, K. Lina, K. Nini, K. Azma, K. Wa, K. Hajar. U. Azan, U. Ihsan, U.Syaukani, U. Firdaus & yang seangkatan dengannya lah..x larat nak sebut sorang2..sori yer..)
Dengan HAFAZnya..
Dengan MANTOPnya..
Dengan INTERFAMEnya.. (walaupun tak join sebab ada masyaqah..hee)
Dan macam-macam lagi lah..macam-macam ada..
Tapi yang paling tak dapat dilupakan..Kemanisan Ukuwwah yang terjalin di sana..

Kalau hitung2 balik..
Setahun setengah duk kat DQ..
Cukup ke??
Ntah la..
Muhasabah diri balik..
Secara jujurnya,.
Banyak perkara baru dan ilmu yang bermanfaat dapat diambil sebagai mutiara dan permata..
Dengan tarbiyah yang mantop.. (insyaAllah..)
Sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan..

Tapi pelbagai persoalan sering timbul..
Berapa banyak yang dah aku sumbangkan untuk Islam?
Sudah cukupkah bekalan yang ku bawa..
Untuk melangkah ke destinasi seterusnya??
Sanggupkah aku untuk menghadapi mehnah dan tribulasi di luar sana??
Bersediakah aku untuk menjadi pembimbing bagi mereka yang memerlukan insan seperti kita??
Mampukah aku untuk menjaga Kalamullah??
Bolehkah aku terus thabat dan istiqomah dalam perjuangan??
Dan pelbagai lagi persoalan2 yang bermain di kotak fikiran..
Fikir2kanlah..

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Liqa' Terakhir Sem..

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 21 Mei (Khamis), Kami pelajar Sem 3 Persijilan telah mengadakan liqa' sem yang terakhir (sama-sama banat sahaja). Bertempat di Surau Asrama Banat pada jam 6.15 petang.

Antara agenda:
- Bacaan Al-Quran dan Tafsir
- Ucapan mana2 ahli sem
- Ucapan khas dan amanat dari mantan tsu
- Nasyid
- Doa Wehdah
- Iftor Jamaie

Usai sudah final exam..

Jadual exam persijilan Semester 3..

18 MEI 2009 : AL-QURAN SYAFAWI (turn no 1..huu..)
19 MEI 2009 : AL-QURAN TAHRIRI
20 MEI 2009 : FREE SIKIT
21 MEI 2009 : ENGLISH
22 MEI 2009 : UNDERSTANDING ISLAM

habis je last paper, student2 cjil Sem 1 buat suprise pulak..depa buat majlis perpisahan kat kami yang nak keluar ni..isk3..MIKHWAD namanya..
tp tak berapa suprise la bagi ana..hehe..sebabnya..sebelum exam, tsu duk sibuk tanya ana..kak aishah, macam mana nak tempah dewan muktamar? kene buat surat tak? surat tu nak hantar kat siapa? hep ke intraharta? kak aishah, macam mana nak buat surat jemputan? macam mana format surat? tarikh nak letak mana? sebelah no rujukan ke, sebaris dengan alamat? kak aishah, berapa bilangan ahli sem 3? kak aishah, bla...bla...bla... bila ditanya, nak buat apa tanya benda2 ni semua?? dia jawab apa taw, dengan sempoinya dia jawab.."ala..saje tanya..nanti kak aishah dah keluar, tak boleh dah nak tanya.." (yola tu...)

Friday, May 8, 2009

Final Exam..

Lagi beberapa hari sahaja lagi, hari kemuncak akan tiba.. bertarikh 18 MEi 2009 (sama dengan besday Kak Asma').. Muhasabah diri balik.. Sejak di bangku sekolah lagi, diri ini mengambil keputusan untuk menceburi bidang yang mencabar sehingga kini.. Dah 6 tahun rupanya..

Ku pohon restu dari mak dan bapak tersayang serta adik beradik yang dirindui..
Juga mohon doa dari guru2, pensyarah2, adik-brdk di DQ, sahabat handai serta yang mengenali diri ini..
Doakan kami semua najah fil imtihan, insyaAllah..

Habis exam, Bumi Barokah Darul Quran yang ku cintai akan ku tinggalkan tidak lama lagi.. Sedihnya tak terkata.. Rasa macam baru masuk daftar je semalam.. Pantasnya masa berlalu.. Bimbang2 kurang sumbanganku terhadap agama dan masyarakat.. Astaghfirullah..

"Ya Allah, sekiranya kegagalan kami membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara.
Dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untuk kami.
Kerana kami mengimani, tiada yang Kau takdirkan sia-sia, melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.."

Saturday, May 2, 2009

Bertukar tangan..

Kuala Kubu Bharu, 27 Mac 2009:-
Bermula jam 3 petang majlis Anual General Meeting kali ke-...(maaf, tidak berapa ingat) diadakan julung-julung kalinya di Auditorium Sheikh Mohd Noor bagi menggantikan perwakilan IQRaC yang lama kepada yang baru. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Hashim, Pen Pengarah Bahagian Kokurikulum Darul Quran.

Beberapa agenda telah dirangka oleh jawatankuasa2 yang berkaliber..
Agenda dirahsiakan..(padahal tak ingat..)


Selepas solat asar, waktu yang dinanti2kan..
Akhirnya, dengan ini, ana meletakkan jawatan sebagai Timbalan Setiausaha IQRaC bagi sesi 2008/2009. Alhamdulillah..

SAF PERWAKILAN IQRaC 08/09

Pengerusi : Abdul Malik bin Ab Razak
Timb Pengerusi 1 : Abdul Majid Faiz bin Mohamed
Timb Pengerusi 2 : Noor Fathihah Fatin bt Jaffri
Setiausaha : Mohd Hasbullah bin Mohamad Faudzi
Timb Setiausaha : Siti 'Aishah Jauhara bt Surtahman
Bendahari : Abdullah 'Afifi bin Zainudin
Timb Bendahari : Norhani Nabilah bt Mohamad Shuhaimi

Biro Tarbiyah & Kerohanian :
Mohd Bukhari bin Mansin
Norhayati bt Ghazali
Biro Akademik :
Abdul Muiz bin Yahaya
Farah 'Aqilah bt Abd Hamid
Biro Penerbitan & Informasi :
Mohd Fikry bin Mohamad Tahir
Munirah bt Zulkifli
Biro Perhubungan & Aktiviti Luar :
Nurazam bin Amirdun @ Amirudin
Nur Afiqah bt Ibrahim Mohd Yunos
Biro Ekonomi & Keusahawanan :
Khairul Azmi bin Hanapiah
Liyana bt Arsani
Biro Tugas-Tugas Khas :
Ahmad Firdaus bin Osman
Siti Khadijah bt Abas


SAF PERWAKILAN IQRaC 09/10

Pengerusi : Muhammad Hanif bin Ali
Timb Pengerusi 1 : Mohd Hamdi bin Razali
Timb Pengerusi 2 : Madihah bt Hj Mat Ali
Setiausaha : Syahmi Syazeril bin Azmi
Timb Setiausaha : Hazirah bt Taharin
Bendahari : Ahmad Kamal bin Abdullah
Timb Bendahari : 'Izzan Fariha bt Alias

Biro Tarbiyah & Kerohanian :
Ahmad Bukhari bin Mat Rahim
Ain Najwa bt Zamri
Biro Akademik :
Muhammad Abdur Rasyid bin Mahamad Jamil
Najihah bt Mohamad Anuar
Biro Penerbitan & Informasi :
Muhammad Anwar bin Ahmad
Nor Daleela bt Mohd Azlan
Biro Perhubungan & Aktiviti Luar :
Sayid Husain Malik bin Sayid Anas
Farah Aqilah bt Abdul Mutalib
Biro Ekonomi & Keusahawanan :
Mohd Nuralim bin Talawi
Nur Hadibah bt Abdul Halim
Biro Tugas-Tugas Khas :
Ahmad Khaidir bin Saman
Nurul Sakinah bt Mohd Jafri

Bersama tsu baru..

Alhamdulillah..penuh jugak nama2 yang terrrkosong hari tu. Pape pun, bagi yang baru dilantik, jalankan tugas antum sebaiknya. Ingatlah bahawa jawatan adalah bukan satu tasyrifan, tetapi satu taklifat yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


Bila mengenangkan kembali sepanjang menjalankan tugas, terasa diri serba kekurangan, apatah lagi ditaklifkan berada di post kesetiausahaan. Mohon Allah mengampunkan segala dosa2 ana di atas kelalaian dan kekhilafan ana dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah.

Sekalung penghargaan buat Penasihat IQRaC, Ust Mohd Taufiq bin Arshad yang banyak memberikan pandangan, idea dan sokongan kepada kami di saf perwakilan.
Juga kepada barisan mantan2 perwakilan 08/09 yang mantop2 blaka, insyaAllah..
Tidak lupa kepada semua ahli sem di atas segala komitmen yang baik dari ntunna..
Moga Allah membalas apa yang setimpal dengan kebaikan yang ntum dan ntunna curahkan.

Nak katanya, bila dah bergelar mantan, masih tak dapat duduk senang. Biar la orang nak kata bz sokmo. Bila tak ada kerja yang nak dibuat, terasa kekosongan yang teramat sangat. Mana tidaknya,...

Ok lah, kholas.. Intahi ila huna wa ilal liqa'..

Hafiz @ Habis??!

Alhamdulillah, tanggal 20 Februari 2009, jatuh pada Penghulu hari segala hari, telah tercatat di Luh Mahfuz, diizinkan dan dijanjikan Allah, seorang insan yang lemah lagi dhaif di hadapanNya, yang sentiasa cuba melaksanakan yang terbaik dalam menjadi Hamba Allah dan Muslimah Solehah, telah ditakdirkan Allah menyempurnakan hafazan Al-Quran 30 juzu', setelah sekian lama berhajat untuk melalui saat-saat yang penuh dengan mehnah dan tribulasi dalam menempuh pelbagai perasaan. Gembira? Sedih? Takut? Gementar? Pendek kata, bercampur baur sekali perasaan ketika itu. Hanya Alah Taala sahaja yang tahu detik hati insan yang kerdil ini.

Izinkan ana mengimbas kembali saat-saat yang berharga itu, walau ia berlaku dua bulan lebih yang lalu.

-13 Feb 2009-
Ku termenung seketika pabila melihat target muqorror yang ku catat secara 'hardcopy' di atas sehelai kertas. Diri ini merasa hiba kerana target yang diinginkan tidak tercapai. Macam mana ni, sejuzu' lari jauh. Sempat ke untuk ku mengejar kembali target yang telah dibuat? Tercapai ke hajatku ingin khatam pada 20/2/09? Ketika itu, ku hanya berserah kepada Allah untuk mengatur perjalanan hidupku.

-14 Feb 2009-
Dengan azam yang baru, ku memulakan hafazan di juzu' ke-28. Juzu' yang tidak pernah ku hafaz, begitu juga juzu' 29. Adakala terasa down. Tapi semua itu ku cuba abaikan, kerana ku tahu syaitan laknatullah sentiasa menjalankan 'tugas' mereka, tidak kira sesiapa sahaja sasaran mereka, asalkan bergelar 'manusia'.

-15 Feb 2009-
Dari semuka ke semuka ku cuba ingati dan kumpul untuk dihantar ke ustazah tasmi' pada esok hari. Walaubagaimanapun, kerja2 persatuan dan kelab tidak ku tolak ke tepi, kerana taklifat tetap taklifat. Semua itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku dalam membantu agama yang tercinta ini.

-16 Feb 2009-
Ku mulakan tasmi' di awal juzu' 28. Ku cuba membaca dengan teliti di samping menghayati maksud dan memelihara hukum2 tajwid, insyaAllah..Subhanallah..hampir tidah percaya, rupa-rupanya aku dapat menghantar 16 muka surat kepada ustazah hari ini berbekalkan masa selama 2 hari yang Allah kurniakan untukku memberi peluang yang lebih kepada Al-Quran. Ku percaya dengan janji Allah. Sesibuk mana pun kita dalam mengerjakan gerak kerja Islam ikhlas semata-mata kerana Allah Yang Esa serta demi mendapatkan kerdhaanNya, maka Allah akan permudahkan segala urusn kita. Syukur Ya Allah..

-17 Feb 2009-
Semangatku membara. Nak tak nak, aku mesti capai impianku. Tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hari ni tasmi' hingga akhir juzu' 28 dan masuk sikit awal juzu' 29. Aku semakin bersemangat, dah dekat dah tu..

-18 Feb 2009-
Perjuang tetap diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir..

-19 Feb 2009-
Alhamdulillah, lagi satu surah juzu' 29 yang akan ku bawa ke esok hari..

-20 Feb 2099-
Bermula dengan Surah Al-Mursalat sehingga Surah Al-Lail. Kemudian, ku meminta izin dengan ustazah agar memberi sedikit masa kepadaku untuk membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Ya Rabb, izinkan hambaMu ini menyudahkan hafazan Al-Quran pada hari ini. Doa sentiasa ku hulur kepada Yang Maha Mendengar. Setelah ku lancarkan surah-surah yang terakhir, ku menuju ke kerusi di sebelah pensyarahku. Ku mulakan dengan membaca Surah Ad-Dhuha..sehinggalah pabila tiba pada Surah Al-Ikhlas, tiba-tiba aku merasa sebak menahan air mata dari jatuh. Ku gagahkan diri untuk membaca surah tersebut. Selesai membaca, aku terdiam sebentar, butiran2 mutiara akhirnya gugur jua membasahi mata dan pipi. Tergamam sebentar pensyarahku, terpancar di wajahnya mengerti perasaanku kerana beliau juga pernah melalui saat-saat seperti ini. Teresak2 aku dibuatnya, terasa satu beban dan taklifan yang akan ku pikul untuk agama yang diredhaiNya. Pensyarahku cuba menenangkanku..sehelai tisu dihulurkan oleh beliau kepadaku. Ku diminta bertenang terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan. Beberapa minit selepas itu, aku cuba membaca pula surah yang seterusnya, Surah Al-Falaq, dengan nada dan suara yang terketar2. Dan akhirnya sehinggalah ayat terakhir Surah An-Nas. Kemudian ku diminta untuk membaca Surah Al-Fatihah dan 5 ayat dari Surah Al-Baqarah. Kerana apa, kata ustazah, ia menunjukkan tugas kita menghafal Al-Quran bukan setakat menghabiskan surah yang terakhir di dalam Al-Quran malah lebih berat lagi apabila kita diamanahkan untuk menjaga hafazan yang telah dihafaz dari surah yang pertama di dalam Kitab Suci ini. Pendek kata, satu Al-Quran kena jaga sebaiknya. Tiba2 aku menangis lagi di hadapan ustazah dan yang pasti di hadapan Allah jua. Ustazah memberikan kata-kata semangat dan perangsang serta memperingat tanggungjawab aku selepas ini. Jazakillah khairan kathira, syukron jazilah ya ustazah. Ku pulang ke tempat duduk dalam keadaan longlai..La haula wala quwwata illa billah..

Mengapa ana memilih tajuk ini? Hafiz @ Habis? Kerana ana teringat seorang senior yang menceritakan mengenai seorang ustaz yang memberikan ceramah mengenai tajuk ini. Benar, antara sedar tidak sedar, adakah bagi golongan yang menghafaz Al-Quran ini, sekadar menghafaz kemudian tiada usaha untuk mengingati, mengulang dan memurojaah ayat-ayat yang telah dihafaz? Adakah sekadar setiap pagi berjaya menghantar hafalan baru kepada guru tasmi' sudah cukup memadai? Atau benar-benar merasakan ada satu tanggungjawab ke atas diri untuk menjaga KalamNya sesuai dengan gelaran Hamalatul Quran?

Sama2 kita muhasabah diri, setakat mana usaha kita dalam memperjuangkan agamaNya berbekalkan ayat2 Al-Quran di dada, insyaAllah atau sekadar ingin mendapat title Al-Hafiz kononnya, dah habis hafal, habis r..begitu ke?? Astaghfirullah.. Sama2 kita memperbanyakkan istighfar pada Allah wahai sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian, insyaAllah kita dapat melakukan yang terbaik. Walau apa pun yang paling penting, check balik niat sebenar kita menghafaz Al-Quran. Adakah kerana paksaan keluarga? Atau semata2 ingin mendapat title Al-Hafiz? Atau sekadar suka2? Na'uzubillah.. Atau dengan kerelaan diri untuk mencapai redha Allah? Jawapan berada di hati anda. Berusahalah untuk menjaga KalamNya selagi hayat dikandung badan supaya Al-Quran menjadi pembela bagi kita di akhirat kelak, dan bukan pelaknat kita, na'uzubillah.. Peringatan buat diri ini jua terutamanya..

Astaghfirullah..

6.46 petang: Tiba di Stetsen KTM UKM. Setelah penat berjalan kaki dari stesen komuter ke mahligai, sanggup menaiki bukit, merentasi deretan rumah, jalan berliku dan nyalakan anjing Singh sebelah rumah..akhirnya...sampai jua kaki ini menjejaki sebuah bangunan yang berlabel Lot 1066/29 di peti surat depan pagar..

7.00 malam: Disambut kecoh oleh kakak yang tidak asing lagi. Baru sahaja melangkahkan kaki kanan ke dalam rumah, telinga dihangatkan dengan cerita-cerita dari penglipur lara mengenai blog yang al-maklum sudah sekian lama tidak di'update'. Empunya diri mengambil endah tidak endah cerita tersebut. Kerana apa? Kerana sedikit kecapetan..Tunggu la, sebentar lagi akan ku buka blog yang serba hitam dan hijau ini.

7.05 malam: Ku bercerita pengalaman-pengalamanku sebelum2 ini. Maklumlah agak sudah lama tidak pulang ke rumah (aik..iye ker??).

7.20 malam: Saat ku membuka blog kepunyaan sendiri, Astaghfirullah.. Sengseng habis lengan baju ni!! Siap la korang!!Ingat blog ambe ni mcm YM ker? Lain kali tanya la dulu kenapa empunya blog tak meng'update' blog dia.

7.40 malam: Malas den nak melayan lagi. Bersiap sedia untuk menghadap Allah Taala..