MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Saturday, October 9, 2010

Moga kekal hingga ke Syurga..



Awan yang sarat kini menjalankan amanahnya,
tanda rahmat jua kasih sayangNya,
pakaian dikena adab dipelihara,
saat menunggu azan berkumandang tiba.


Siap sedia menghadap Sang Raja,

takut dan khusyuk dipersembahkan kepadaNya,

ibarat kali terakhir berbakti di dunia,
supaya kita tidak alpa ada yang sentiasa memerhatikan kita.


Usai berdagang doa dipinta,

agar diperkenankan segala cita,

dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besarnya,

bukti kita tidak lupa pergantungan padaNya.


Indahnya jika hidup sentiasa bahagia,

namun di sana ada ujian yang perlu ditelan rasa,

supaya kita mengerti adanya sahabat peneman setia,

tangan dihulur maaf jua dipinta,

moga ukhuwwah kekal hingga ke SYURGA..





-SAJS-
D1.5 Sumayyah,
UIA Gombak.
9 Oktober 2010
5.30 am



~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

2 comments:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Pantun kasih yang amat indah.
Kasih kepada Ilahi, Tuhan Rabbul Jalil.
Peringatan yang sering kita abaikan kerana mungkin telah terlalu yakin akan syurga Allah atau tidak yakin neraka Allah. Wallahua'lam.

Terkesan dengan aslih nafsak wad'u ghairak. Semoga usaha dakwah ini akan di'pandang', bukan sahaja oleh umat Islam, bahkan kepada sahabat kita yang bukan.

TQ

'Aishah Jauhara said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Alhamdulillah, moga ada manfaatnya bersama. Peringatan mudah yang sering kita abaikan terutama untuk diri yang menulis.

InsyaAllah, terima kasih atas pandangan dan sokongan. Moga Allah memberikan kita jalan dan pertolongan.

Jazakallahu khairan jaza'.