MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, December 31, 2009

Tangisan Tanpa Erti....


Bismillahi wal Hamdulillah.


Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala.

First sekali, saya sendiri tidak mengerti, apa tujuan untuk saya menulis pada tengah malam ini dan saya tidak tahu tajuk apa yang sesuai untuk entry saya pada kali ini.

Minggu ini, dua kali saya menitiskan air mata. Saya sendiri tidak mengerti ianya bersebab atau tidak. Sudah lama tidak 'membasahkan' mata dan pipi. Atau dalam erti kata lain, menangis. Rasa janggal. Melainkan menangis atas sebab2 tertentu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Mungkin disebabkan terlalu kasihnya seorang ibu, mak, umi, boleh membuatkan seorang anak mengalirkan air mata. Terharu. Dipendekkan cerita. Setiap hujung minggu, kebiasaannya, saya akan pulang ke rumah. Atas permintaan keluarga, terutama mak dan bapa. Saya turuti tanpa membantah, melainkan jika ada masyaqah dan sebagainya. Maklumlah, setelah 5 tahun berada jauh dari keluarga, kini, bila melangkah ke alam matrikulasi, terasa tanggungjawab untuk berada di samping keluarga sebelum masa tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi jika pabila menaiki tangga ke tahap pelajar universiti, bekerja, berkahwin dan sebagainya.


Dan biasanya, saya akan pulang semula ke Nilai pada hari Isnin pagi, sebelum bermulanya kuliah pada jam 9 pagi. Melainkan jika saya membuat permintaan untuk pulang lebih awal ke kampus atas sebab-sebab tertentu. Isnin lepas, sebelum saya menyiapkan diri untuk pulang ke kampus, saya 'membakar' tudung yang baru dijahit dengan sebatang lilin. Jangan salah ertikan
word 'membakar' tu ye. Agak mengambil masa. Setelah selesai, saya bergegas ke bath room dan bersiap seperti sepatutnya. Dalam masa yang sama, saya mendengar bunyi 'orang yang sedang memasak' di dapur. Saya dapat rasakan itu adalah emak. Sebabnya, adik-adik saya yang lain sedang mengajar adik-adik atau jiran-jiran sekampung belajar mengaji. Manakala, kakak saya seawal pagi sudah keluar dari rumah untuk menghadiri seminar.

Pagi itu, saya lihat mak sedang bersiap, seolah-olah ingin menghantar saya balik ke Nilai. Saya bertanya kepada mak, "Mak, mak ke yang hantar?". "Ye2, mak hantar.". "Eh, x perlu la mak. Abg Ghazie kan ada..". Saya tidak mahu menyusahkan mak sebab mak masih dalam proses hampir sembuh dari penyakitnya. "Cepatla siap Ti. Nanti pergi minum air. Air ada kat atas meja." Ketika saya menuju ke meja untuk mengambil air, dalam hati saya berkata, "Eh, ingatkan ada makanan, rasa macam mak buat something tadi." Xpelah. Abaikan. Lagipun, saya memang jarang sarapan.


Sakit yang teramat sangat. Itu yang mampu saya katakan sebelum bertolak. Hanya Allah Yang Tahu.


Kami bertolak. Mak membawa dengan kelajuan yang agak laju. Sebab kami bertolak lebih kurang jam 8.25 pagi. Sedikit lewat. Di awal perjalanan, tiba-tiba,
jam!. Dan biasanya melepasi tol dengan Touch N Go. Tapi kali ini tidak. Membuatkan perjalanan ini mengambil masa. Dalam perjalanan, saya mengatakan kepada emak, "Mak, sakit sangat ni. Tak larat nak menahan. Boleh tak kalau Siti tak datang kelas?". "Ye ke? X pelah kalau macam tu. Mak boleh bawa slow sikit." Saya mendiamkan diri, dalam masa yang sama, saya menghantar sms kepada seorang kawan saya supaya pergi kelas dahulu tanpa menunggu kepulangan saya. Lantas, saya mengirimkan satu sms kepada Madam Narmi, Lecturer yang mengajar Writing yang dijadualkan jam 9 pagi pada hari itu. Kata Madam, "I still need a black and white letter from your mom or dad." "InsyaAllah madam. Thanx a lot." Sebab, pada hari itu, kami dikehendaki untuk membuat final draft untuk TICE. Barangsiapa yang tidak hadir, tanpa surat, dia tidak dibenarkan to complete that essay. TICE membawa 10% as a carry marks.

Tiba di Nilai, jam 8.55 pagi. Masih ada masa 5 minit untuk kelas bermula. "Ti, ada 5 minit lagi ni, mak tunggu kat sini. Kalau Siti dah berubah hati nak pergi kelas, mak boleh hantarkan. Mak tunggu sini dalam 5-10 minit lagi. Dah, pergi lah naik". Mak sempat menghulurkan satu bekas
tupperware yang berisi makanan untuk sarapanku. Menahan sebak. Ketika berjalan menuju ke bilik, sempat membuat teka-teki, nak pergi kelas ke tak?? Sambil menahan sakit. Mak sanggup tunggu. Dan saya sendiri tidak sanggup untuk ponteng kelas. Dalam study room. Bergegas mengemas buku ke dalam beg. Dalam hati, "kena pergi jugak ni!!".

9.03 pagi, saya cepat-cepat turun dari tangga blok asrama menuju ke kereta emak. Tiba-tiba, kereta mak mengundur, dan berlalu dari situ perlahan-lahan. Saya menyangkakan, mungkin mak ingat saya tidak mahu datang hadir ke kelas pagi itu. Saya cuba untuk mengejar kereta mak. Hampa. Lantas, saya cepat-cepat mendail no handphone mak. Adus, salah seorang adik saya yang berada di rumah yang mengangkatnya. Alamak, mak tertinggal handphone pula. Saya semakin lemah. Tak mampu lagi menahan kesakitan. Teringatkan pula perjalanan ke blok akademik yang agak jauh, dan kelas di tingkat 3, saya membatalkan hasrat untuk berjalan kaki sendirian. Terasa rugi meninggalkan satu subjek. Saya terus pulang semula ke bilik, dengan niat untuk merehatkan diri. Longlai. Sambil mata bergenang dengan air mata. Tahan.

Tiba di dorm. Air mata mencurah-curah jatuh. Jatuh dan jatuh. Saya tidak mengerti mengapa. Sehinggakan bengkak-bengkak mata. Saya menghantar mesej ke no mak. "Mak, tadi Siti dah turun dah nak pergi kelas. Tengok-tengok mak nak jalan dah. Tak sempat nak kejar..". Setibanya mak di rumah, mak menelefon saya. Kata mak, mak tak balik lagi sebenarnya. Mak ke Masjid Nilai sebab salah seorang adik saya yang ikut sekali, ingin ke
toilet dengan segera. Jadi, mak membawanya ke Masjid menuruti permintaannya. Dalam masa yang sama, mak masih ingat janji mak pada saya, yang mak akan tunggu dalam 5-10 minit. Kata mak lagi, dari atas bukit (di Masjid), mak memerhatikan student-student yang berjalan menuju ke kelas dan mencari-cari kelibat saya, kot-kot saya pergi ke kelas pada waktu itu. Setelah mendengarnya, air mata membasahi pipi. Laju.

Mak, tulusnya hatimu, ingin melihat anakmu berjaya. Sanggup lakukan apa sahaja. Terima kasih mak, atas segalanya.


*************************************************************************************

Selasa, 29 Disember 2009.


Kelas
Economics.
Ilmu yang diterima semakin berat rasanya. Semakin lama, semakin tak faham subjek ni. Termenung seketika. Kenapa aku boleh terjun ke bidang ni? I can not learn it by heart. Sangat sukar. Buntu. Berkali-kali soalan ini sering timbul. "Betul ke bidang yang aku ambil ni?". "Aku minat ke dengan subjek ni?". Walhal, saya tahu, saya lebih menjurus ke arah bidang mana. Tapi..?

Saya cuba mengambil hikmah dengan setiap apa yang berlaku. Semuanya secara kebetulan. Setiap kali saya merasa
down dan ingin berhenti dari mengambil kos ini, result yang saya terima untuk quiz and mid-term memuaskan. Apa tandanya...?

Ya, saya akui, saya meminati subjek Mathematics. Sejak kecik. Saya boleh menghafal Sifir 12 seawal 4 tahun. Saya tidak menyedarinya. Tapi, itulah yang mak beritahu pada saya. Tapi hanya subjek ini yang saya minat. Secara jujur, subjek Accounting bukan bidang dan kepakaran saya. Saya hanya menghafal step dan formula yang ada. Hakikatnya, saya tidak memahami langsung subjek ini. Bila soalan berputar belit sedikit, saya jadi kalut. Blur. Tandanya just memorize, not understand. Ekonomi, saya hanya faham pada permulaan topik. Berkisar mengenai perkara-perkara yang asas mengenai ekonomi. Tapi, saya tidak faham langsung apa skop bidang ini sebenarnya. Saya tak faham, tapi, saya tak tahu nak bertanya. Nak bertanya tentang apa? Tak tahu..

Sesekali air bergenang di kelopak mata. Tahan, supaya tidak jatuh. Tak sanggup untuk mengeluarkan persoalan yang berbentuk "kalau...". Perkara yang sudah lepas. Biarkan sahaja.
Look forward. Tapi...?

Maafkan saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan saya ketika ini. Terlalu sukar untuk diungkapkan. Mungkin Allah ingin saya mencari jalan melalui hidayahNya. Mohon Allah berikan saya petunjuk yang sebaiknya...



Maaf juga atas kekasaran bahasa dan sebagainya.

Wallahu a'lam.


~insan dhaif~



11 comments:

aisyah anasmosa said...

Salamullah'alaik.

Everything happens for a reason.

Mungkin kerana hati seorang ibu yang redha akan pilihan anaknya, lalu awak masih mampu bertahan dalam bidang ni sHah.

Saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu, bisa saja saya menitiskan air mata andai sekarang ini kita berada di dalam kelas yang sama dengan satu subjek yang sama, Biologi. Ayat yang pernah saya forward kat awak satu ketika dulu kan.

Saya tak kata saya mahir bab ekonomi. Tapi, jujur, sukatan pelajaran di tahap asasi ini tidak semudah sukatan sewaktu SPM. Saya juga jadi keliru. Graph sana sini. Bahasa pulak aras tinggi.

Accounting juga bukan mudah. Kerana segalanya kini lebih detail. Barusan ini, saya terasa seolah kepala saya ini kosong sewaktu kita belajar tentang job order costing. Entah apa yang kita belajar. Mungkin sekadar 20% yang dapat minda saya serap.

Tapi tak mengapa. Kerana memang ini cabaran yang saya inginkan.

Awak tahu? Dulu, semasa sekolah, saya bukanlah sesiapa di dalam perakauanan dan juga ekonomi. Sewaktu belajar akaun di tingkatan 4, rasa kepala macam nak pecah. Entah apa-apa yang saya belajar. Result pun average sahaja. Sampaikan saya bertekad untuk tidak menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam kedua bidang ini.

Sewaktu tingkatan lima, pun entah apa-apa yang saya belajar. Namun, paksaan adakalanya menerangkan jalan yang sememangnya perlu disuluh. Sewaktu dekat-dekat SPM, baru saya tahu apa yang selama ini saya belajar. Dan tak sangka saya mendapat 1A untuk perakaunan. Kerana soalannya memang diakui oleh semua pelajar tersangatlah sukar. Mungkin graph menurun. Ekonomi pula biasa2 saja. 3B.

Lalu, saya jadi langsung tidak menyangka, boleh pula saya jadi terkenal dalam kedua bidang ini di pusat asasi ini.

Entah. Ap yang saya tahu, rupa-rupanya apa yang saya belajar selama ini sangat menarik. Mungkin saja saya yang tidak cuba untuk membuka hati dan minda saya untuk kedua subjek ini sewaktu spm dulu. kalau dulu, saya tidak rasa apa-apa bila mendengarkan istilah ekonomi kapitalis. Tapi sekarang, saya rasa semakin ingin mengenali apakah itu kapitalis.

Awak tahu? Seoarang sahabat yang mengambil jurusan perakaunan di USIM pernah mengatakan bahawa, pensyarahnya ada mengatakan: Tahun-tahun selepas tahun pertama merupakan tahun kejatuhan bagi budak2 accounting. Ego saya jadi tercabar! Kerana saya jadi teringat bahawa guru saya di sekolah dulu pun pernah mengatakan perkara yang sama. Barusan tadi, Sir Azmi juga mengatakan bahawa beliau gagal untuk Managerial acoounting setelah dua kali mendudukinya.(Buat pengetahuan awak, perakaunan ini di peringkat yang lebih tinggi akan dipecahkan kepada dua, Financial Accounting dan juga Managerial accounting) Lalu, saya jadi tercabar. Sungguh2 tercabar! Benarkah perakaunan ini sesuasah itu???!!!

Entah. Yang saya tahu, saya hanya ingin terus dan terus mencuba.

aisyah anasmosa said...

Tak bermaksud ingin mendemotivatekan awak.Cuma sekadar ingin berkongsi.

Saya tak tahu awak sakit ke apa. Apa yang saya tahu, saya cuma nak cakap, jaga diri.

May Allah bless.

'Aishah Jauhara said...

Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wabarokatuh.

Jazakillahu khairan jaza' buat Ukht Aisyah Nasir.

Saya berbangga punya sahabat seperti awak. Seorang yang kuat semangat, berani mencuba dan tekun berusaha. Moga2 semangat ini akan naik dan terus berkekalan serta saya turut mendapat tempiasnya.

Syukron sebab sanggup terima saya sebagai tutee accounting 2.

Barokallahu fiik.

patenjihah said...

hmph..sedihnye..
touching..

buat kite rindu kt ibu je

nasib baik esok balik umah..:D

'Aishah Jauhara said...

=) nanti kirim salam ke ibu awak ye..

aisyah anasmosa said...

Terlalu banyak yang perlu diambil kira di dalam hidup ini.

Lalu, saya hanya ingin belajar menjadi dewasa bersama masa dan usia.

Semoga apa yang saya lalui selama ni bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Kembali kepada awak juga.

Bersama kita bangunkan ekonomi Islam!

Anonymous said...

Sometime, we dont know what is the best for us. Tak rancang pun, tapi kita kena lalui segala-galanya. Sehebat manapun usaha kita, Allahlah yang terbaik.

Emak?Ibu?Mama?Ummi? Sekuat manapun seorang lelaki dalam prejudis terhadap wanita, atau benci terhadap wanita, atau setinggi manapun egonya, hatinya pun akan tersentuh dengan isu seorang ibu.

Semoga wanita bergelar ibu, terus menerus mendapat barokah.

aisyah anasmosa said...

Sungguh, kekuatan ibu yang menjadi tunjang kejayaan sesiapa pun di dunia ini.

Saya berbangga, kerana saya tahu awak lahir dari rahim seorang ibu yang hebat, lalu saya jadi punya seorang sahabat yang juga hebat seperti awak.

Dan awak, juga bakal seorang ibu suatu hari nanti. Pasti, kejayaan anak-anak yang diinginkan.

~Semoga berjaya sHah.

'Aishah Jauhara said...

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan semua.

Moga sentiasa dibawah naungan dan tarbiyah Allah Taala.

husna said...

salam...
bace ttg mak, trigat kat umi yg jauh nun di msia...huhu...really miss my family!!!

sy pn pernah mcm kak aisyah, terpikir,btol k bidang yg aku pilih ni?? (coz minat sy agak berbeza dgn cabang yg dipilih) then ada satu kata2 SAKTI yg menyedarkan sy...

"Jika anda rasa tersalah memilih bidang, ingatlah...Allah x pernah salah memilih hambanya utk berada dlm bidang tersebut.."
-think positive n keep trying-

Bieha_love said...

Aisyah, di kala saya dilanda kesedihan,
ayah saya selalu ada di samping saya....
Memujuk n menasihatkan saya...
Saya rasa sgh bertuah memiliki ayah seperti beliau....
Apabila saya diundg dgn pelbagai permasalahan,
ayah n mak la tmpt sy meluahkan segala- galanya...
Apabila saya menangis, mak selalu ckp ' akak, yg dah berlalu biarkan ia berlalu, perjalanan kita masih jauh lagi'.....ayah pulak ckp ' akak, ayah x mgharapkan apa2 pun dari anak2(kerana dia sudah memikili segala-galanya), cuma ayah harap semua anak2 ayah beriman n patuh pada suruhannya n hormat pada kedua ibu bapa... Itu aja kata2 nya...

Tapi ada lagi satu nasihat yg ayah selalu ckp kat sayn skunk sy nak beri pd awak pulak...

Aisyah, di waktu awak dlm kesedihan igt lah akan ayat ni...

لا تخف ولا تحذن ان الله معنا

Itu saja yg dpt saya berikan kepadamu wahai Aisyah...