MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Saturday, December 26, 2009

Maafkan Diriku Yang Hina..


Ya Allah,

aku meminta izin dariMu,
untuk meminjam sebentar cuma,
anugerah yang Kau kurniakan,
untukku luahkah isi hatiku di laman ini.

Ya Allah,
maafkan aku Ya Allah,
aku buntu.
aku jahil..
aku buta..
aku lupa..
Ya Allah..
akan segala nikmat dan kebesaranMu..

Bantulah aku..
Bimbinglah aku..
untuk redha akan ketentuanMu..
untuk menggapai keagungan cintaMu..
untuk ikhlas menuntut ilmuMu..

Lapangkanlah hatiku,
Bersihkanlah jiwaku,
Sucikanlah diriku,
untuk menerima tarbiyah dariMu..
Ya Rabb..

Masihkah ada untukku keampunan...?

Ampunilah segala dosa-dosaku..
Ya Rabbi..
Astaghfirullahal 'azhiim..


1 comment:

hambaNYA said...

salam.
sgt menginsafkan diri ana.
ana pn byk dosa gak.
takut Allah x ampunkn.........
tq for publishing dis entry.