MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, December 6, 2009

"Iman, kamu cuti hari ini??"


Iman : Assalamu'alaikum.


Diri : Wa'alaikumussalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?


Iman : Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri : Oh ye, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi, saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri : Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.


Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.


Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri : Saya rasa serba salah la pula.


Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t.) sebagai muttaqin, insyaAllah.

************************************************************************************

Bismillahi wal Hamdulillah..

Ya, kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan IMAN kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan IMAN. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.


Wallahu a'lam. Segala yang baik datang dari Allah Taala, yang buruk datang dari Allah juga tapi disandarkan pada diri ana yang hina ini.

~Islah nafsak wad'u ghairak~

3 comments:

Anonymous said...

Pengisian bermakna. Mengetuk pintu hati. Syukron.

bestnya cendawan....;) said...

betul2! tu realiti kehidupan nih. maknanya, Ordinary Shareholders kena menggunakn voting right mereka sepenuhnya untuk mengundi calon-calon BOD kan?

Syarikat juga kena mengubah dasar Preference Suhare yang menetapkan satu jumlah yang tetap dan tidak boleh diubah untuk dividend (ROI). Kiranya, pulangan dividend itu mesti berdasarkan modal yang disumbangkan. Semakin tinggi modal iman,akhlaq dan taqwa, semakin tinggi dividend akhirat.

Sepatutnya macam tu kan?=)

Anonymous said...

Memang pakar ekonomi aisyah anasmosa. tapi, camne nak translate ordinary share dengan preference share dalam istilah yang setepatnya dalam Islam? Kena top up kajian lagi... Insya Allah..