MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, December 17, 2009

Cuba, Try, Test Tengok..


Bismillahi wal Hamdulillah.

Salam sejahtera..

Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita.

Mari kita uji minda kita dengan menjawab soalan-soalan berikut..


1) Apakah hubungan kekeluargaan di antara Rasulullah s.a.w. dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.?

2) Siapakah satu-satunya wanita yang menganggotai Majlis Syura selain Umar Ibn Khattab r.a., Ali bin Abi Talib r.a., Abdullah Ibn Mas'ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar?

3) Surah apakah yang terkenal dengan gelaran al-Mu'awwizatain?

4) Apakah hubungan antara tempat-tempat berikut?
Masjid Jami' al-Salamiyah.
Masjid Lala Mustapha Pasha.

Masjid Haydarpasha.


5) Berapakah tempat sujud sajadah dalam al-Quran?

6) Apakah digit yang diperkenalkan oleh ahli matematik Islam, al-Khawarizmi?

7) Apakah amalan yang mula-mula dihisab pada hari akhirat?

8) Bagaimanakah Salman al-Farisi menguji bahawa Rasulullah s.a.w. adalah nabi yang sebenar?

9) Namakan:
i. Makhluk yang diciptakan daripada api.
ii. Makhluk yang akan diazab dengan api.
iii. Makhluk yang selamat daripada api.


Jawapan akan diberikan kemudian. Selamat menjawab dan selamat mencuba.. =)

11 comments:

Anonymous said...

Qur tau jwpn utk soalan 6..
'0',kan?

aniq said...

1)ayah mertua dan menantu

3)al-falaq dan an-nas

6)0
7)solat
8)tny tiang msjd aqsa(ntahle)
9)i-syaitan
ii-mnsy

Anonymous said...

nnt aisyah cri jwpn ye..

Anonymous said...

7) mengikut riwayat yang agak obscure

Salman melihat belakang nabi dan mencari tanda kenabian..WA

patenjihah said...

1- sahabat, nabi dan umat, mertua dan menantu

2- hmm??

3- surah al falaq dan an-nas

4- hmm?

5- 14 tempat

6- 0

7- solat

8- ngee undefined

9- 1)iblis
2)abu jahal
3)nabi ibrahim

fuh, surfing yang bermanfaat di pagi hari. tak sabar nak tahu jwpn sebenar :)

Hasbi said...

1-Bapa mentua dan menantu

2-Tangguh lu soalan ni.

3-Falaq? An-Nas?

4-Semua adalah masjid..Tapi, mesti ada jawapan lain yang lebih ilmiah

5- 14, kalau tak silap

6-0

7-Konfius, tapi, yang biasa dengar solat.

8-Cap kenabian

9-i)Iblis, spesies jin
ii)makhluk yang tak ikut perintah Allah, dan langgar larangannya, ataupun makhluk yang mati tak mengucap, spesies abu jahal, abu lahab
iii)Nabi Ibrahim

Dhaif sungguh bab-bab thaqafah ni. Tak semantap sang penanya.. Moga cepat-cepatlah publishkan skema..

Wallahua'lam..

'Aishah Jauhara said...

Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wa barokatuh.

Tahniah dan terima kasih kepada sesiapa yang mencuba.

Ini menunjukkan antum semua berani tampil berkongsi thaqafah. (hehe..)

Nak tahu jawapannya..?
Sudah bersedia?

1) Rasulullah s.a.w. merupakan bapa mentua Sayyidina Umar al-Khattab r.a. Umar mengahwini puteri Rasulullah bernama Ruqaiyah dan kemudian Ummu Kalthum.

2) Sayyidatina 'Aisyah r.a.

3) Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Kenapa dinamakan al-Mu'awwizatain? kerana kedua-dua surah ini bermula dengan lafaz isti'azah billah (memohon perlindungan daripada Allah).

4) Masjid yang asalnya adalah tempat ibadah orang bukan Islam dan kemudian diubah menjadi masjid.

5) 15 tempat.

6) Nombor 0 (sifar).

7) Solat.

8) Salman al-Farisi menguji dengan 3 cara:
- Menyedekahkan kurma kepada Rasulullah tetapi Baginda tidak memakannya.
- Menghadiahkan kurma kepada Rasulullah dan Baginda memakannya.
- Mengecam tanda kenabian pada badan Nabi.

9) Namanya:
i. Iblis.
ii. Abu Jahal. Allah berfirman yang bermaksud, "Dia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang." (Surah al-Masad, 111:3)
iii. Nabi Ibrahim a.s.

Sekadar perkongsian bersama. Sama-sama kita meningkatkan thaqafah lillahi Taala.

Wallahu a'lam.

p/s: Sape2 yang nak hadiah, mai tuntut. Nilainya digalakkan tidak melebihi RM1.50. =)
dan kepada Doktor Zurhain, kalau anda dah baca jawapan ni, nak dapat hadiah adalah tipis sama sekali.. ^_^

'Aishah Jauhara said...

Terima kasih kepada Ukht Fatin Nazihah kerana bertanyakan mengenai jumlah tempat sujud sejadah dalam Al-Quran.

Katanya, "15 tempat ek? huhu..ari tu jumpa tulis 14."

Setelah dari tu, saya pun semak semula dalam Al-Quran. Seusai menyemak sehelai demi sehelai,maka tempat-tempat sujud sejadah dalam Al-Quran seperti berikut:

1. Surah Al-A'raf, ayat 206.
2. Surah Ar-Ra'd, ayat 15.
3. Surah An-Nahl, ayat 50.
4. Surah Al-Kahfi, ayat 109.
5. Surah Maryam, ayat 58.
6. Surah Al-Hajj, ayat 18.
7. Surah Al-Hajj, ayat 77.
8. Surah Al-Furqan, ayat 60.
9. Surah An-Naml, ayat 26.
10. Surah As-Sajdah, ayat 15.
11. Surah Sod, ayat 24.
12. Surah Fussilat, ayat 38.
13. Surah Al-Qamar, ayat 62.
14. Surah Al-Insyiqaq, ayat 21.
15. Surah Al-'Alaq, ayat 19.

Wallahu a'lam.
Jazakumullahu khair.

Anonymous said...

Lain kali boleh main kuiz macam ni lagi. Menarik.

'Aishah Jauhara said...

InsyaAllah jika ada kesempatan.

'Aishah Jauhara said...

Salam.

Maaf, ada sedikit ralat.

1) Rasulullah s.a.w. merupakan bapa mentua Sayyidina Uthman r.a. (bukan Sayyidina Umar). Uthman mengahwini puteri Rasulullah bernama Ruqaiyah dan kemudian Ummu Kalthum.

Asif kathir 'ala kulli hal.

Wallahu a'lam.