MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, October 15, 2009

Dia Datang Lagi..


Bismillahirrahmanirrahim..

Maafkan saya. Kali ini, dia datang lagi. Memang saya pun tidak jangka dia datang. Datang bersama kaum kerabat, secara spontan. Lemah-lemah badan saya dibuatnya. Malam tadi saya tidak dapat tidur lena kerana si dia asyik 'hadir'. Sesungguhnya saya mengharapkan kedatangan dia dapat menggugurkan sedikit demi sedikit dosa saya yang terlalu banyak ni.

Mungkin saya jarang untuk mengupdate blog saya dua tiga hari ni. Kerana kehadiran dia menyukarkan pergerakan saya untuk lebih aktif. Hinggakan adik bongsu saya turut mendapat tempias si dia. Izinkan saya berehat seketika. Moga Allah memberikan kekuatan kepada saya selepas ini.

Ya, demam panas menyerang saya lagi. Sakit tekak, selesema, batuk, bersin-bersin, semua datang dengan serentak. Orang kata, anti-body tak kuat. Saya dah lali dengan sakit-sakit ni. Malah kadang-kadang saya menyukainya. Mak kata, mngkin sebab masa kecik-kecik dulu saya kurang makan. Kurang zat sampai sekarang. Saya terima..

Doakan saya cepat sembuh..

Wassalam.

7 comments:

Roomate sekali sekala..hehe said...

Dah besar pun, susah nak makan gak..Air lak kurang minum..lagian kan skrg panas...ha..hari ni dah minum berapa gelas air? ke masih skala teguk lagi? kuikui..apa-apa pun..syafakillahu wa 'afak..

patenjihah said...

demam ye?
saye pun baru demam semalam..
campur keracunan makanan asik muntah2, loya2..( jgn pikir lain..huhu)

semoge kite berdua lekas sembuh..:)

Anje said...

demam ke dik?
em..syafakillah..
demam benda BARU kot..hehe
kwang3..

Kak Asma' said...

Sama-samalah kita doakan kesembuhan aishah. Sehingga hari ini, sakitnya belum beransur pulih, malah kepalanya semakin panas dan memberi kesan kepada anggota-anggota badan yg lain..

Anonymous said...

Salam, Inna lillahi wainna ilaihi rajiun..

Syafakillah, semoga cepat sembuh yer.
Jangan lupa makan ubat, banyakkan minum air..

Pakai baju tebal sket.. Jangan banyak main tenet.. hehe..

Banyakkan berdoa dan bersabar..

Moga2 penyakit ini sebagai kaffarah dosa2 kita.

Sakit itu juga nikmat,

Sakit itu memberi kita satu pengajaran dan pengertian apa itu nikmat sihat.

Semoga allah memberi kekuatan dan kesabaran..

Semoga cepat sembuh..

ana Doakan yer...

Jaga diri baik2..

kan dah cakap banyak kali..

Kak Asma' said...

tq min..dia dah tak main tenet dah..terbaring ja..bangun utk solat n pegi toilet..makan pun atas katil

abu bakar said...

Syafakillah..