MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Saturday, January 14, 2012

Puisi : Empat Musim..



Musim itu
Dedaun tua menunggu tiba gilirannya gugur
Satu persatu jatuh menyembah bumi
Meninggalkan ranting sendirian tidak berteman
Sedang akar setia mencengkam di sebalik tanah
Lalu luruhnya daunan sesuai maknawi alam.

Musim itu
Bulan menjadi saksi dua pertiga malam
Langit turut bertemankan cahaya bulan dan bintang
Lantai dan bumbung berbalut putih
Tiada dedahan aurat makhluk berakal
Sembahan udara dingin salju yang membeku.

Musim itu
Menjanjikan mawar kembang megah
Tulip mencipta warna nan indah
Segalanya menghiasi sebidang tanah Tuhan
Hati insan berbunga seluas taman
Memberi sekuntum senyuman seiring sentuhan.

Musim itu
Sinar matahari lebih lama dari biasa
Bahangnya juga jelas terasa
Yang kelak bibir dan kulit bisa menjadi kering
Sekering hati yang tidak dibasahi iman
Lantas kerap disiramnya agar tidak dijajah syaitan.




~Manusia juga tidak akan lari dari "musim kehidupan", namun bersikap optimis dan bersangka baik itu kunci bagi membina impian dan kejayaan masa hadapan. Ingatlah, sesungguhnya pelangi indah menyusul selepas gerimis tengahari, dan langit yang cerah akan tersingkap bila awan mendung berarak pergi. Kita hambaNya, pasti dihitung amalan di dunia tika di hari yang tidak kita jangka, musim apakah itu?~

Aishah Jauhara
14 Januari 2012
9.40 malam
F 2.6 Sumayyah, UIAM Gombak


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Wednesday, January 11, 2012

Bercakap Bohong..?


Bismillah wal Hamdulillah.

Biasa dengar pantun ini?

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pernah baca atau dengar hadith ini?

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda-tanda seorang munafiq itu ada tiga perkara iaitu; apabila dia berkata-kata dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkirinya, apabila dia diberi amanah dia mengkhianatinya."

Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. Secara dasarnya berkisar mengenai titik yang sama.

Namun, saya meminta maaf, saya hanya insan biasa, hanya mampu berkongsi ayat-ayat peringatan ini, tetapi tidak mampu mengolah dan mensyarahnya dengan baik.

Di akhir post ini, saya akan turut berkongsi satu ayat Allah Taala di dalam Al-Quran, yang lebih gerun dan menusuk jika membaca dan menghayatinya.

Sungguh, berdebar-debar hati saya ingin membuat post ini (walaupun hanya meletakkan serangkap pantun, sepotong hadith, dan satu ayat Al-Quran), hatta nak menulis tajuk entry pun tangan jadi berpeluh dan bergetar.

Menipu Allah? Jangan harap, Allah tahu kesemuanya.

Menipu Rasulullah? Kalau tak mahu syafaat Baginda di akhirat kelak, tak mengapa.

Menipu malaikat? Jangan lupa, kita ada reporters setia di kiri dan kanan.

Menipu ibu bapa? Ingat, syurga di bawak tapak kaki ibu. Andai ibu bapa tidak redha, Allah juga tidak redha akan kita.

Menipu cikgu? Sebab tu belajar tak lekat langsung di kepala, apatah lagi di hati.

Menipu kawan dan rakan? Sampai ke sudah, kawan dengan beruk je la (uih, kasarnya)

Menipu diri sendiri? Biasanya mulut kata lain, hati kata lain. Kan? Kadang ianya baik, kadang tidak.. :)

Tepuk dada, tanya iman. Pegang kepala, rasa panas tak (kalau tak panas, insyaAllah sihat lagi la tu). Pejam mata, ingat balik berapa kilo dah lidah mengeluarkan kata-kata dusta.

Hanya 'zip' mulut pada kata-kata yang tidak membawa faedah dan lagho.
Silap haribulan,
"Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa."

Hanya kerana mulut?

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga? Jawab baginda : "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak.", dan ketika baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?. Baginda menjawab, "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Last but not least, seperti yang dijanjikan, memetik firman Allah Taala di dalam Surah As-Soff, ayat 2 dan 3:

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

Wallahu a'lam. Sekian.

*Yang pasti, entry ini untuk diri saya terutamanya, dan diri sahabat-sahabat yang membacanya. Mohon Allah Taala jauhkan diri kita dari sifat-sifat ini.
*Maafkan saya, andai selama ini saya pernah membohongi, menipu, mencuri, dsb dari kalian. Mohon diampunkan segala salah dan silap saya. :'( Kalau ada yang nak menuntut hutang (sekiranya ada), dsb, boleh khabarkan pada saya, secara terang-terangan atau rahsia ^^', insyaAllah saya akan melunaskannya secepat mungkin.
*Curi gitar haram, curi hati takpa.. (eh??)


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Sunday, January 8, 2012

Oh Bapak..~


Bismillah wal Hamdulillah.

Bapak (kiri) bersama abangnya, Pakcik Leman :)

Hari ini, tiba-tiba bapak call. Bapak jarang call saya, melainkan ada hal-hal penting. Mula-mula, bapak tanya macam mana periksa tadi dan paper2 sebelum. Nak menyedapkan hati bapak, "Alhamdulillah, boleh la.." <-- tu je yang mampu jawab. Pastu, last sekali, bapak tanya, "Bila nak balik? Khawlah dah rindu ni, menyebut-nyebut nama Siti." Haih, siapa yang rindu sebenarnya ni? Hehe~

Rasa terharu pun ada, sebab bapak jarang ambil tahu pasal periksa kami anak-anak. Itu pun, mungkin sebab saya send jadual exam beserta tarikh dan masa via sms pada bapak beberapa hari sebelum kertas pertama bermula. Ingat lagi, waktu di tingkatan 3, tahun menghadapi PMR. Saya bagitahu bapak, "Pak, jangan lupa tolong doakan untuk exam PMR ni ya." "Ok, bapak dah doa.", balas bapak. Tiba-tiba saya rasa macam nak tanya soalan susulan, "Bapak doa Siti dapat berapa A?". "8A", jawab bapak. "Erk, bapaaaaak.... =.=", saya tercengang. Sampai hati bapak. Rupa-rupanya bapak ingatkan saya ambil 8 subjek je. Oh, bapakku. Dan akhirnya, memang saya ditakdirkan dapat 8A. Huhu :)

Bapak is the best! Bapak / abah / ayah / abi / walid korang pun mesti la the best kan? Ya, bersyukurlah kerana kita masih punya insan bernama ayah di sisi. Sedari kecil, bapak benar-benar memberikan didikan agama yang terbaik buat kami adik-beradik. Ingat lagi, perbualan bapa waktu 'interview' abang ipar (waktu tu tak jadi abang ipar lagi), bapak bagitahu dia, "Pakcik didik anak-anak pakcik dengan didikan agama, maka pakcik nak juga menantu yang 'beragama'." [Sebab abang ipar tu bukan dari golongan 'ustaz-ustaz'. Tapi sudah memang rezeki dan jodoh kakak buatnya ^^'] ~~ opss, maaf, saya tercuri dengar perbualan bapak bersama bakal abang ipar waktu tu. hehe~

Tahun ni bapak nak pencen dah. Tak boleh dah la nak tolong bapak jaga mid-semester exam untuk kelas dia. Huhu.. :') Bapak taknak sambung contract. Bapak kata "dah penat". Huhu ^^'

Bapak seorang yang susah nak melepaskan anaknya (terutama perempuan) untuk ke mana-mana. Pernah dahulu, aku diterima masuk ke Universiti Mu'tah, Jordan. Pada asalnya, bapak seolah memberikan 'green light'. Namun, beberapa hari sebelum pendaftaran masuk ke UIA Gombak, bapak memberitahuku, "Tak payah la ek masuk Jordan. Nanti Siti rindu kat bapak, susah..". Padahal kata mak, bapak tu yang taknak renggang dengan anaknya. Bapak takut rindu kat aku. :'(

Dan bila umurku semakin dewasa, awal-awal bapak sudah berpesan padaku, "Nanti, Siti cari 'orang' yang duduk dekat-dekat je tau.", "Bapak kalau boleh nak juga dapat menantu yang rajin solat berjemaah, ikut bapak sama-sama ke masjid." :'( [susah nak cari la pak. Bapak nak yang terbaik, tapi anaknya ni biasa-biasa saja. =.=]

Banyak lagi kalau nak cerita pasal bapak. Bapak seorang engineer, architecture, plumber, mechanic, dan segala bagai dalam keluarga. Semua benda bapak boleh buat. Cuma, nak manage duit (kewangan) je bapak kurang sikit walaupun bapak lecturer ekonomi. Hehe. Sebab tu bapak serah bab duit pada mak. Huhu :)

That's why, I love U, dad! ;)

Ok lah, azan asar sudah. Yok, kita solat! Yang lelaki, rajin-rajinkanlah dirimu solat berjemaah di masjid, baru smart dan bergaya! ;) Yang perempuan, kita cuba laksanakan di awal waktu, dan berjemaah itu lebih baik. Yeah~

Sekian.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


Saturday, January 7, 2012

Pakcik Terus Terang Je!


Bismillah wal Hamdulillah.

Kef hal (Apa khabar?) :) Kali ni, nak berkongsi sedikit cerita (panjang sebenarnya cerita ni, tapi akan cuba dipendekkan ^^) Tapi cerita kat bawah ni, dah diadaptasi sedikit dari cerita asal. :)

Malam semalam, saya bersama seorang sahabat sedang duduk, menunggu ketibaan 3 orang lagi sahabat yang lain, di 'tangga besar rektori' di UIA Gombak. Sambil-sambil menunggu, ada seorang pakcik guard lalu dari arah masjid, nampak kami 'melepak' di situ, sambil berjalan dia menyapa, "Habis exam bila?". Sahabatku menjawab, "11 haribulan." Aku pula menjawab, "14 haribulan pakcik." Pakcik tu balas, "Sama la dengan pakcik. Ada berapa paper lagi?". Sahabatku menjawab, "3 lagi pakcik." Aku hanya mengangguk.

Eh, kami sedikit hairan. Pakcik tu menghampiri kami lalu bertanya lagi, "Kos sama ke?". "Tak", jawab sahabatku. "Kamu kos apa?". "Saya IRK", jawab sahabatku. "Dia ekonomi", sambungnya lagi sambil menunjuk ke arahku.

"Pakcik exam juga ke?", tanya kami. 

"Ya." 

"Pakcik berapa paper lagi?". 

"Pakcik ada dua lagi."

"Pakcik kos apa?"

"HS. Anthropology and Sociology."

"Ohh.. "

"Pakcik pun ada anak kat sini, anak sulung, perempuan. Kos HS juga."

"Ohh.. Semangat ye pakcik belajar.." ^^'

"Belajar tetap belajar. Pakcik ingatkan susah belajar dalam Bahasa Inggeris, rupanya takda lah susah sangat kan."

"Pakcik ambil apa? Master ke?"

"Tak lah. Pakcik belajar part time. Hehe."

"Erk..hehe. Pakcik kerja shift malam ke?

"A'ah, pakcik malam ni shift malam. Biasa habis pukul 11 malam, pakcik balik, nak jaga anak kecik, umurnya baru 16 hari, ada kat rumah tu."

"Oh, pakcik duduk kat mana?"

"Quarters dalam UIA ni je."

"Oooh, yang dekat dengan Salahuddin tu ye."

"Ya."

"Anak pakcik yang belajar kat sini tu, anak ke berapa?"

"Anak pertama. Pakcik ada tiga orang anak. Anak pertama dan kedua dari isteri pertama. Anak yang baru lahir ni dari isteri kedua."

Glurp. Cerita pakcik ni tampak menarik. Apa lagi, kami terus laksanakan aktiviti temuduga. :)

"Pakcik ada dua isteri ya? Semua duduk kat satu rumah tu la?"

"A'ah, semua duduk kat quarters tu."

Erk. Kami dah memandang-mandang antara satu sama lain.

"Pakcik nak cari isteri ketiga pulak. Awak sudi?". Sambil buat lakonan ke arahku. Bulat mataku memandang pakcik tu.

Ah, sudah! Tergagap aku dibuatnya. Ho ho ho (Horlick~)



--bersambung--


Thursday, January 5, 2012

Senyum Dalam Duka..



Ini bukan kisah dahulu kala
Yang penuh budi bicara
Kata-kata nasihat buat generasi kemudiannya
Pedoman berguna tiada sengketa
Senyum sentiasa tanpa ada duka

Ini bukan kisah lawak jenaka
Asyik dengan ceritanya dan hilai tawa
Menghiburkan hati yang bermuram durja
Malah senyuman itu berganda
Tiada ruang untuk mencipta kisah duka

Ini bukan kisah cinta
Antara si dara dan teruna
Tanpa lafaz "Aku Terima Nikahnya"
Akhirnya kecewa yang diterima
Kerna tidak didasari dengan ayat-ayat Yang Maha Esa

Ini kisah si anak muda
Yang sedang menginjak dewasa
Punya harapan dan redha ibu bapa didamba
Namun dalam tawanya ada derita
Dalam senyumnya ada duka

Sunday, January 1, 2012

Berjuta Mahasiswa Mampu Bangkit..


Bismillah wal Hamdulillah.

Percikan bunga api tidak lagi menjadi kemeriahan pada sambutan awal tahun 2012, bahkan percikan darah anak-anak muda menjadi muqaddimah pada sinopsis cerita lembaran tahun baru ini. Apa yang pasti, ianya bisa membuka mata yang buta, membisik telinga yang tuli, menggerak lidah yang kelu dan menjentik hati yang mati.

Jika anda seorang mahasiswa, anda seharusnya peka akan isu-isu dan kebebasan yang dibawa oleh golongan mahasiswa sendiri. Bukan hanya membutakan mata, memekakkan telinga, seolah-olah tidak mahu mengambil peduli akan apa yang berlaku. Sesungguhnya mahasiswa yang cakna tidak pernah rela untuk dicucuk hidung dan bukan boneka untuk dipijak dan dibuli.

Tragedi yang berlaku seawal pagi 1 Januari ini memberi gambaran awal pada masyarakat awam amnya bahawa kerajaan kini tidak lagi diterima pakai cara pengurusan dan pimpinannya. Himpunan aman untuk menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di hadapan pintu utama UPSI menjadi tragis apabila pihak bersenjata polis, FRU dan seangkatan dengannya bertindak seperti pemain dalam game street fighter secara simboliknya.


Meskipun ada tangan-tangan dan mulut-mulut dusta mengungkapkan kita perlu bersyukur kerana negara kita aman tidak seperti negara-negara yang lain, bermusuhan sesama sendiri, dan sebagainya. Ketahuilah bahawa, kami tidak rela aman di dunia, andai di akhirat kami sengsara, disebabkan kami suka dan taat pada pemimpin yang rosak lagi merosakkan.

Hal ini mungkin menjadi titik permulaan pada tahun ini. Akan datang, insyaAllah masih banyak lagi kejahatan dan kerosakan yang dibawa oleh pemimpin dan kroni di pihak kerajaan (UMNO) akan dibongkarkan, dan masih ramai lagi mahasiswa yang akan mara, bangkit membela hak dan perjuangan. Seandainya seorang mahasiswa disepak terajang membuatkan 1000 mahasiswa bangun, cubalah menyentuh ramai lagi mahasiswa, kelak berjuta yang akan datang menghadap.

Bagi mereka yang masih 'di atas pagar' dan cuba menegakkan benang yang basah, kembalilah pada jalan kebenaran dalam erti kata sebenar. Usah berada di takuk lama yang kelak akan memusnahkan kita. Justeru, pilihanraya akan datang (PRU13), buktikan pada 'mereka' yang kita sudah muak dan terseksa dengan apa yang mereka bawa.

Kerana, mahasiswa bakal menjadi agen perubah.

Sekian.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~