MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Sunday, January 1, 2012

Berjuta Mahasiswa Mampu Bangkit..


Bismillah wal Hamdulillah.

Percikan bunga api tidak lagi menjadi kemeriahan pada sambutan awal tahun 2012, bahkan percikan darah anak-anak muda menjadi muqaddimah pada sinopsis cerita lembaran tahun baru ini. Apa yang pasti, ianya bisa membuka mata yang buta, membisik telinga yang tuli, menggerak lidah yang kelu dan menjentik hati yang mati.

Jika anda seorang mahasiswa, anda seharusnya peka akan isu-isu dan kebebasan yang dibawa oleh golongan mahasiswa sendiri. Bukan hanya membutakan mata, memekakkan telinga, seolah-olah tidak mahu mengambil peduli akan apa yang berlaku. Sesungguhnya mahasiswa yang cakna tidak pernah rela untuk dicucuk hidung dan bukan boneka untuk dipijak dan dibuli.

Tragedi yang berlaku seawal pagi 1 Januari ini memberi gambaran awal pada masyarakat awam amnya bahawa kerajaan kini tidak lagi diterima pakai cara pengurusan dan pimpinannya. Himpunan aman untuk menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di hadapan pintu utama UPSI menjadi tragis apabila pihak bersenjata polis, FRU dan seangkatan dengannya bertindak seperti pemain dalam game street fighter secara simboliknya.


Meskipun ada tangan-tangan dan mulut-mulut dusta mengungkapkan kita perlu bersyukur kerana negara kita aman tidak seperti negara-negara yang lain, bermusuhan sesama sendiri, dan sebagainya. Ketahuilah bahawa, kami tidak rela aman di dunia, andai di akhirat kami sengsara, disebabkan kami suka dan taat pada pemimpin yang rosak lagi merosakkan.

Hal ini mungkin menjadi titik permulaan pada tahun ini. Akan datang, insyaAllah masih banyak lagi kejahatan dan kerosakan yang dibawa oleh pemimpin dan kroni di pihak kerajaan (UMNO) akan dibongkarkan, dan masih ramai lagi mahasiswa yang akan mara, bangkit membela hak dan perjuangan. Seandainya seorang mahasiswa disepak terajang membuatkan 1000 mahasiswa bangun, cubalah menyentuh ramai lagi mahasiswa, kelak berjuta yang akan datang menghadap.

Bagi mereka yang masih 'di atas pagar' dan cuba menegakkan benang yang basah, kembalilah pada jalan kebenaran dalam erti kata sebenar. Usah berada di takuk lama yang kelak akan memusnahkan kita. Justeru, pilihanraya akan datang (PRU13), buktikan pada 'mereka' yang kita sudah muak dan terseksa dengan apa yang mereka bawa.

Kerana, mahasiswa bakal menjadi agen perubah.

Sekian.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

2 comments:

C'Jai said...

mudah2an 2012 menjadi tahun pemangkin bangkitnya islam dan kebenaran di tangan anak2 muda ini...

'Aishah Jauhara said...

InsyaAllah.. :)