Bismillah wal Hamdulillah.
Kef hal (Apa khabar?) :) Kali ni, nak berkongsi sedikit cerita (panjang sebenarnya cerita ni, tapi akan cuba dipendekkan ^^) Tapi cerita kat bawah ni, dah diadaptasi sedikit dari cerita asal. :)
Malam semalam, saya bersama seorang sahabat sedang duduk, menunggu ketibaan 3 orang lagi sahabat yang lain, di 'tangga besar rektori' di UIA Gombak. Sambil-sambil menunggu, ada seorang pakcik guard lalu dari arah masjid, nampak kami 'melepak' di situ, sambil berjalan dia menyapa, "Habis exam bila?". Sahabatku menjawab, "11 haribulan." Aku pula menjawab, "14 haribulan pakcik." Pakcik tu balas, "Sama la dengan pakcik. Ada berapa paper lagi?". Sahabatku menjawab, "3 lagi pakcik." Aku hanya mengangguk.
Eh, kami sedikit hairan. Pakcik tu menghampiri kami lalu bertanya lagi, "Kos sama ke?". "Tak", jawab sahabatku. "Kamu kos apa?". "Saya IRK", jawab sahabatku. "Dia ekonomi", sambungnya lagi sambil menunjuk ke arahku.
"Pakcik exam juga ke?", tanya kami.
"Ya."
"Pakcik berapa paper lagi?".
"Pakcik ada dua lagi."
"Pakcik kos apa?"
"HS. Anthropology and Sociology."
"Ohh.. "
"Pakcik pun ada anak kat sini, anak sulung, perempuan. Kos HS juga."
"Ohh.. Semangat ye pakcik belajar.." ^^'
"Belajar tetap belajar. Pakcik ingatkan susah belajar dalam Bahasa Inggeris, rupanya takda lah susah sangat kan."
"Pakcik ambil apa? Master ke?"
"Tak lah. Pakcik belajar part time. Hehe."
"Erk..hehe. Pakcik kerja shift malam ke?
"A'ah, pakcik malam ni shift malam. Biasa habis pukul 11 malam, pakcik balik, nak jaga anak kecik, umurnya baru 16 hari, ada kat rumah tu."
"Oh, pakcik duduk kat mana?"
"Quarters dalam UIA ni je."
"Oooh, yang dekat dengan Salahuddin tu ye."
"Ya."
"Anak pakcik yang belajar kat sini tu, anak ke berapa?"
"Anak pertama. Pakcik ada tiga orang anak. Anak pertama dan kedua dari isteri pertama. Anak yang baru lahir ni dari isteri kedua."
Glurp. Cerita pakcik ni tampak menarik. Apa lagi, kami terus laksanakan aktiviti temuduga. :)
"Pakcik ada dua isteri ya? Semua duduk kat satu rumah tu la?"
"A'ah, semua duduk kat quarters tu."
Erk. Kami dah memandang-mandang antara satu sama lain.
"Pakcik nak cari isteri ketiga pulak. Awak sudi?". Sambil buat lakonan ke arahku. Bulat mataku memandang pakcik tu.
Ah, sudah! Tergagap aku dibuatnya. Ho ho ho (Horlick~)
--bersambung--
No comments:
Post a Comment