MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, January 11, 2012

Bercakap Bohong..?


Bismillah wal Hamdulillah.

Biasa dengar pantun ini?

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pernah baca atau dengar hadith ini?

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda-tanda seorang munafiq itu ada tiga perkara iaitu; apabila dia berkata-kata dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkirinya, apabila dia diberi amanah dia mengkhianatinya."

Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. Secara dasarnya berkisar mengenai titik yang sama.

Namun, saya meminta maaf, saya hanya insan biasa, hanya mampu berkongsi ayat-ayat peringatan ini, tetapi tidak mampu mengolah dan mensyarahnya dengan baik.

Di akhir post ini, saya akan turut berkongsi satu ayat Allah Taala di dalam Al-Quran, yang lebih gerun dan menusuk jika membaca dan menghayatinya.

Sungguh, berdebar-debar hati saya ingin membuat post ini (walaupun hanya meletakkan serangkap pantun, sepotong hadith, dan satu ayat Al-Quran), hatta nak menulis tajuk entry pun tangan jadi berpeluh dan bergetar.

Menipu Allah? Jangan harap, Allah tahu kesemuanya.

Menipu Rasulullah? Kalau tak mahu syafaat Baginda di akhirat kelak, tak mengapa.

Menipu malaikat? Jangan lupa, kita ada reporters setia di kiri dan kanan.

Menipu ibu bapa? Ingat, syurga di bawak tapak kaki ibu. Andai ibu bapa tidak redha, Allah juga tidak redha akan kita.

Menipu cikgu? Sebab tu belajar tak lekat langsung di kepala, apatah lagi di hati.

Menipu kawan dan rakan? Sampai ke sudah, kawan dengan beruk je la (uih, kasarnya)

Menipu diri sendiri? Biasanya mulut kata lain, hati kata lain. Kan? Kadang ianya baik, kadang tidak.. :)

Tepuk dada, tanya iman. Pegang kepala, rasa panas tak (kalau tak panas, insyaAllah sihat lagi la tu). Pejam mata, ingat balik berapa kilo dah lidah mengeluarkan kata-kata dusta.

Hanya 'zip' mulut pada kata-kata yang tidak membawa faedah dan lagho.
Silap haribulan,
"Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa."

Hanya kerana mulut?

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga? Jawab baginda : "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak.", dan ketika baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?. Baginda menjawab, "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Last but not least, seperti yang dijanjikan, memetik firman Allah Taala di dalam Surah As-Soff, ayat 2 dan 3:

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

Wallahu a'lam. Sekian.

*Yang pasti, entry ini untuk diri saya terutamanya, dan diri sahabat-sahabat yang membacanya. Mohon Allah Taala jauhkan diri kita dari sifat-sifat ini.
*Maafkan saya, andai selama ini saya pernah membohongi, menipu, mencuri, dsb dari kalian. Mohon diampunkan segala salah dan silap saya. :'( Kalau ada yang nak menuntut hutang (sekiranya ada), dsb, boleh khabarkan pada saya, secara terang-terangan atau rahsia ^^', insyaAllah saya akan melunaskannya secepat mungkin.
*Curi gitar haram, curi hati takpa.. (eh??)


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

2 comments:

ukhti_Atirah said...

Assalamualaikum, adik aisyah..

Masih tidak berubah, masih juga seperti ini, masih juga sama susunan hiasannya, dan masih juga sama semuanya..

Apa khabar, dik..

Ingat lagi tak akak??..^_^..

Sejenak Bersama Kopi Panas??..

Semoga Allah merahmati adik, dan semoga semakin lancar berjalan, mengatur langkah, mencari Ilahi.Mudah-mudahan..

Tiba-tiba akak teringat nak mencari aisyah..

Sesungguhnya, diriku merindui tautan ukhwah dahulu..semoga Allah merahmati mu wahai adikku, aisyhah..:)..

'Aishah Jauhara said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

:) Maaf, saya masih di takuk lama kah? Mohon teguran dan penambahbaikan dari akak.. ^^

Alhamdulillah, saya masih diberikan kekuatan oleh Allah Taala. Akak pula bagaimana, sudah sembuh sepenuhnya ke?

Oh, masakan saya bisa lupa pada akak dan tulisan2 akak ;) Rindu nak baca karya2 akak lagi..

Terima kasih kak kerana ziarah. Bila pula kita berpeluang bertemu 4 mata.. Moga Allah perkenankan.. ;)