MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Wednesday, February 23, 2011

Tahniah & Takziah..


Bismillah wal Hamdulillah.

Syukur pada Allah, Tuhan sekalian alam.

Tidak bercadang untuk menulis panjang.

Hanya ingin melafazkan syukur atas kurniaan Allah, buat hamba-hambaNya yang telah sedaya-upaya memaksimakan kudrat sebagai seorang manusia, kerana dengan izinNya, Dia memberikan peluang kepada kami untuk terus bernaung dengan syari'atNya.

Sekalung ucapan tahniah buat barisan pimpinan SRC (Students' Representative Council) yang baru kerana telah berjaya menembusi cabaran pertama dari segenap sudut sama ada berbentuk fizikal dan mental.

Ucapan ini juga khas buat Akh Mohamad Iqbal selaku calon dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences, dengan memperoleh undian tertinggi berbanding 4 calon yang lain iaitu sebanyak 837. Beliau juga merupakan senior DQ, [Gen 6 IQRaC]. Meski tidak bisa ketemu di sana, namun Allah temukan kami di kulliyyah ini. Walau apapun, mabruk 'alaik..


Mohamad Iqbal bin Ab. Wahab


Juga buat Kak Min (Siti Aminah Muhammad Imran) dari Kulliyyah of Sciences yang jauh berada di kampus Kuantan, kerana bisa memenangi satu kerusi tanpa bertanding. :) Dan Kak Anis Nadia Hussin Shokri dari Kulliyyah of Allied Health Science [masing-masing juga ex-DQ Gen 7 IQRaC] kerana berjaya memperoleh undian sebanyak 163 seterusnya melayakkan diri menjadi salah seorang exco SRC sesi 10/11.



Kak Anis Nadia bt Hussin Shokri


Secara umumnya, tahniah dan takziah buat semua calon yang berjaya bertapak di organisasi tertinggi kampus ini, iaitu Kak Mahirah & Akh Rizwan (KIRKHS), Akh Hafizul Faris & Akh Fitry (AIKOL), Ukht Mimi & Akh Nik Hanis (INSTED), dan lain2. Dan kepada mereka juga yang telah menang tanpa bertanding di kampus Gombak dan Kuantan. :)


Mahirah bt A Rashid


Mohd Rizwan bin Mat Zain


Hafizul Faris bin Che Razlan


Muhammad Fitry bin Hussin


Mimi Nor Syahudda bt Setapani


Nik Muhammad Hanis bin Nek Rakami


Walaubagaimanapun, ucapan takziah juga dicoretkan, kerana semakin hari semakin banyak amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul. Dan sama-sama perlu diingat bahawasanya manusia ini merupakan makhluk yang lemah dan jahil, namun dengan akal dan kebijaksanaan yang telah Allah kurniakan, menuntut kita supaya menggunakannya ke arah kebaikan dan diredhai oleh Allah. Apa yang pasti, segalanya tidak akan terjadi tanpa izinNya. Justeru, jika Dia yang menakdirkan untuk kita berada di posisi ini, maka kembalilah jua padaNya atas segala hal. Kerana, Allah lah sebaik-baik tempat pergantungan.

Yang tidak berjaya, anda juga adalah yang terbaik, namun percayalah sesungguhnya Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kalian. Put trust in Allah.

Kalian adalah yang terbaik! Saya doakan moga kalian dapat menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya, berbekalkan kefahaman yang mantap dan hadaf yang ingin dicapai. Moga diberkati Allah selalu. InsyaAllah.

Gelombang Oren akan terus membara~

Sekian dari saya.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Wednesday, February 16, 2011

Ayat Motivasi - Kenapa Perlu Berjuang..?



بسم الله الرحمن الرحيم

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah. That is better for you, if you only knew."



لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّـهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

"Had it been an easy gain and a moderate trip, the hypocrites would have followed you, but distant to them was the journey. And they will swear by Allah, 'If we were able, we would have gone forth with you,' destroying themselves (through false oaths), and Allah knows that indeed they are liars."

[Surah al-Taubah, 9 : 41-42]


Sunday, February 13, 2011

Awak, kita tak sambut Malidur Rasul lagi..




"Cantik baju awak malam ni.."

"Ye lah..baju ni kan yang awak hadiahkan minggu lepas."

"Awak, malam ni malam apa ye?"

"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni..?"

"Awak, malam ni malam Valentine Day la.."

"Oh..awak.. Saya nak cakap sesuatu la malam ni.."

"Apa dia? Cakap je la.."

"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut
Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu?"

"Dah lapuk cerita tu.. Abaikan je la.."

"Awak, kita orang Islam kan..?"

"Yeah, for sure la.."

"Kita ni Islam atas nama je, kan?"

"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni..?"

"Saya takut la wak.. Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"

"Isy..stop talking nonsense la.."

"Saya cakap betul wak.. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"

"So?"

"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak.."

"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba2 nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"

"Tapi wak..saya tak habis cakap lagi ni.."

"Sudah.. Sudah.. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni.. Saya ada surprise untuk awak.."

"Saya tak perlukan suprise tu. Saya takut Allah bagi 'suprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni.. Kalau kita nak berkasih wak, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari.. Awak, saya takut wak.."

"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada.."

"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya..? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega.."

"Awak ni dah mengarut ni.."

"Wak..kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu.. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."

"Ok3. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"

"Kita clash! Itu yang terbaik wak.."



"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"

"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk.."

"Gila apa awak ni.. Saya nak balik la macam ni.."

"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."

"Dah, jom balik.."

"Takpela wak..saya balik sendiri."

"Whatever. Pelik la awak malam ni. K, see you tomorrow."


Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km,

terdengar satu hentaman kuat.

Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dia.

Malangnya, tidak lagi bernyawa.

Dijemput malaikat terlebih dahulu.

Maka, tiada lagi peluang baginya.

Tiada lagi sesalan baginya.

Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.

Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.

...

"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi...."

"Awak...."

"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"


"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"

"Tu la..saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."

"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."



*The End~

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Saturday, February 12, 2011

Teguran Itu Perlu..


Bismillah wal Hamdulillah.

Syukur pada Allah atas peluang ini. Ya, peluang ini.

Peluang yang sering kita abaikan bila senang. Mula beringat menjelang susah.

Nikmat sihat, dan nikmat masa lapang.

Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan dan masa yang sedikit lapang untuk terus, dan terus menulis. Walau berkala cuma.

Semester ini, saya jarang menulis. Mengapa?

Kurang idea? Mungkin.

Tidak pandai membahagi masa untuk berkongsi sepatah dua? Mungkin.

Malas? Mungkin.

Ikut mood? Mungkin.

Ya, saya punya kekurangan, barangkali dan pasti lebih banyak dari kalian.

Saya juga hanya manusia biasa.

Ya, hanya manusia biasa. Seringkali mengimbas kembali dosa dan khilaf yang dilakukan. Terlampau banyak. Tidak terkira.

Normal. Dan terlintas di minda waktu zaman di alam persekolahan.


*********************


"Kamu ni tak pandai nak mengemas ke? Dengan kerusi bersepah sana-sini, tak tersusun rapi. Dengan ada PC yang tak tutup. Karpet berhabuk, kotor. Apa nak jadi dengan kelas kamu ni?"

"Ha, Aishah, apa yang kamu buat? Tak ada tindakan langsung ke?"

Aku hanya mampu diam seribu bahasa. Walau tidak mengerti mengapa diri serta-merta dimarahi. Nak kata ketua kelas, tidak juga.

Tapi tak mengapa. Saya suka..

Saya suka dimarahi. Saya tidak menganggap ianya sebagai suatu semburan kata-kata, tetapi teguran.


*********************


"Aishah, kamu orang yang faham, perlukan contoh dan teladan yang baik, bukan sama naik dengan orang lain. Kamu kena ingat..."

"Kamu tolonglah nasihat-nasihat dan pesan kepada kawan-kawan kamu yang lain. Ustazah beritahu kamu sebab ustazah rasa kamu senang untuk terima. Dah ramai ustazah-ustazah asyik berbincang tentang perangai batch kamu, dan yang lain-lain. Sampaikanlah kepada yang lain."

"Terima kasih ustazah, atas teguran.."

Walau diriku sudah bergelar bekas pelajarnya, namun masih memberikan peringatan dan amanat yang berguna, buat diri secara tidak langsung.

Khusus untuk bekas pelajar SM Imtiaz Dungun, banat, jika ingin tahu apa teguran tersebut, sila PM kepada saya.


*********************


"Daripada duduk saja-saja, lebih baik ambil quran, mengaji."

"Ingat, menghafal al-Quran memang senang, tapi nak menjaga hafalan itu yang payah."

"Kita tidak akan dapat, jika tidak dimulai dengan doa dan usaha."

Nasihat dan teguran halus dari si ibu buat si anak. Si ibu tidak pula seorang penghafaz al-Quran, namun lebih memahami dari si anak yang bertahun-tahun berkecimpung dalam arena ini.


*********************



Ya, teguran itu perlu. Agar kita sentiasa beringat, dan memohon keampunan dariNya. Kita hanya manusia biasa. Tidak akan lari dari melakukan dosa dan noda. Namun, perlu ada penyucian jiwa dan hati agar lebih mudah menerima makanan rohani, dan tidak gelap dari cahaya, meski hanya biasannya.

Saya sentiasa berdoa, agar Allah cepat-cepat menyedarkan saya seandainya saya tersasar dari jalan yang benar, terlalai dan melakukan dosa secara sedar atau tidak.

Jika dahulu, bila ada sahaja percampuran antara lelaki dan perempuan, seperti kem kepimpinan, kursus, dsb, Allah akan terus memberi 'peringatan' kepada saya dengan sakit dan demam. Bila saya sakit, terus saya teringat, Allah sedang mengajarku, dan sedang menegurku..

Tapi kini,.

Tidak lagi seperti dahulu.

Jarang sekali 'demam' seperti sebelum ini.

Ya, tidak lagi seperti dulu.

Adakah aku sudah terlalu jauh dari Allah?

Adakah aku sudah lupa akan Dia?

Benarkah?

Bimbang.

Takut.

Gerun.

Sedih.

Seandainya kasih sayang saya kepadaNya berkurang.

Lantas membina jarak dengan Dia.

Rasa bersalah, dan berdosa.

Sesekali, saya mahukan diri saya yang dahulu.

Mungkinkah?

Butiran jernih telah gugur. Gugur, menyesali diri.

Malu, akan diri sendiri.

Ya, tersangat malu. Malu denganMu..

Timbangan kanan atau kiri yang lebih berat?

Allah..

Allah..

Allah..

'Teguran'Mu ini amat halus Ya Allah..


*Terima kasih kepada kalian, yang telah memuhasabahkan diriku secara diam dan tidak langsung. Moga sentiasa di bawah jagaan Allah.


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Monday, February 7, 2011

Menangislah Di Bahuku..


Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Cuba tak berkedip
Menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa
Berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah..
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah..
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna ku adalah sahabatmu

Menangislah.. (di bahuku, ku di sini untukmu)
Menangislah.. (di bahuku, kerna ku sahabatmu)



Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus



Tuesday, February 1, 2011

Terubat Kerinduan..


Bismillah wal Hamdulillah.

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Surah Toha : 25-28)

Syukur pada Allah kerana masih lagi memberikan keizinan kepada hambaNya ini untuk menikmati dua nikmat yang paling besar meskipun kita sering terlupa akan nikmat-nikmat ini, iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.

Penulis cuba mengambil sedikit masa untuk mencoret sedikit kenangan dan kerinduan yang terubat jua pada beberapa hari yang lepas.


Mencari kekuatan


MUDAH, jika kita benar-benar berusaha ke arahnya, dan semestinya ia perlukan pergantungan yang jitu terhadap Allah Taala dan Allah memudahkannya.

SUKAR, jika kita masih lagi berada dalam ujian yang Allah tetapkan. Dia mengharapkan hambaNya supaya lebih dekat denganNya dan perlukan usaha yang berterusan dengan apa sahaja cara untuk menggapainya selagi ia bertepatan dengan syara'.

Apabila berada di dunia luar, berada pada suasana mencabar, tidak lagi berada di zon selesa, segalanya memerlukan mujahadah dan disiplin yang tinggi. Mohon maaf, apa yang saya cuba untuk sampaikan adalah mengenai kekuatan diri untuk mengulang hafazan Al-Quran yang telah dihafaz.

Saya sendiri, tidak dapat istiqamah sekalipun telah membuat target 'iadah harian. Kadang-kadang melebihi target, kadang-kadang kurang dari target yang disasarkan. Cuba menyalahkan diri dengan tidak membina sebarang alasan, kerana ianya datang dari KESEDARAN dan DISIPLIN diri.

Semakin hari, semakin kurang mood untuk mengulang. Mungkin ianya turut berlaku pada diri kalian. Perkara yang tidak dapat lari. Bagaimana mahu mencari, membina, mengumpulkan kekuatan? Ianya pelbagai. Dan mustahil kita dapat lakukannya jika bukan kerana kehendak dan bantuan Allah Taala. Maka, segalanya perlu berbalik kepada Allah atas rahmat dan kecintaan Allah pada hamba-hambaNya.




Justeru, saya cuba mengambil masa yang ada, yakni hari Jumaat yang lepas (28hb Januari 2011) bersama dengan sahabat saya, untuk pergi ke Darul Quran KKB. Terima kasih buat Ustazah Suhaida (Che Da) kerana sudi mengambil kami di stesen KTM KKB dan menjemput kami untuk menetap di rumahnya.

Allahu Allah. DQ.. Rindu pada suasananya, rindu pada masjidnya, rindu pada tasiknya, rindu pada angin kencang, juga rindu pada adik-beradik dan sahabat-sahabat di sana.




Siapa sangka, keberadaan di sana walau tidak sampai 24 jam, memberi kepuasan pada diri saya. Kebetulan, pada hari Sabtu tersebut, berlangsungnya Majlis Khatam Hafazan al-Quran bagi pelajar-pelajar Diploma DQ 08/10. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk masuk ke dalam Dewan Muktamar, bersama-sama untuk melihat dan meraikan majlis bermakna buat adik-beradik saya di sana. Tahniah dan takziah buat kalian.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu mengembalikan kembali semangat yang pudar. Moga Allah tetapkan jalan dan memberikan kekuatan yang berterusan. Mudah-mudahan.


Taman Mentarbiyah dan Ditarbiyah

Alhamdulillah, Allah memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk mengubat kerinduan pada tarbiyah hati, jiwa, tenaga dan masa. Segala macam ungkapan indah akan diluahkan jika ditanyakan mengenai perasaan bilamana bersama-sama dengan mereka yang sama-sama menzahirkan kecintaan mereka pada perjuangan agama yang tercinta. Terasa kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka. Apatah lagi dengan diri ini yang bersalut dengan dosa dan maksiat.




Hati berasa serba kekosongan setelah sekian lama. Acapkali dahagakan kata-kata menusuk jiwa, malangnya diri terus terleka dengan urusan dunia. Namun, pabila kita sama-sama menempuh susah dan senang, membantu meringankan beban, satu kepuasan dapat dirasa. Mentarbiyah dan ditarbiyah, barangkali term yang sesuai diberikan.

Tambahan pula, jika kelmarin bertemu dengan si kakak, hari ini bertemu pula dengan si adik. Bukan satu pasangan, tapi tiga pasangan. Subhanallah. Rasa teruja menyinggah seketika. Inilah yang dikatakan kemanisan hubungan melalui aqidah dan fikrah yang sama. Moga-moga ukhuwwah fillah ini Allah pelihara sehingga kami bertemu pula di syurga. Mudah-mudahan.


الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

"Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous."

(Surah Az-Zukhruf, 43 : 67)




Ya, kekuatan perlu dicari. Dan berkesan pada orang-orang yang berjaya memaknakannya. Carilah apa jua inisiatif dan cara yang baik agar tidak terus-menerus bergelumang dengan dosa dan membina jarak dari Yang Maha Esa. Saya, dan anda, mampu mengubahnya!

Sekian.

Mohon untuk mengundur diri.
Moga ada manfaat, walau secebis cuma.
Wallahu a'lam.

p/s: Saya mengambil kesempatan ini memohon para pembaca sekalian agar sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara dan sahabat-sahabat kita di bumi Mesir. Moga mereka semua mendapat perlindungan dari Allah.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~