MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, December 28, 2011

Perkongsian Di Malam Imtihan : Kekuatan..


Bismillah wal Hamdulillah.

Detik-detik sebegini sepatutnya tidak wajarlah untuk saya mengambil masa menulis sesuatu, kerana esok pagi jam 9 saya akan menduduki peperiksaan akhir semester ini bagi subjek Study of Religions. Namun, mungkin sesetengah orang beranggapan, no hal la sis..

Dengar nama subjek, nampak mudah. Namun pensyarah saya sendiri mengakui bahawa subjek ini terlalu informative dan banyak fakta dan istilah-istilah yang perlu diingati. Seandainya format soalan hanyalah MCQ (Multiple Choice Question) atau soalan objektif, ianya barangkali sedikit membantu, kerana jawapannya sudah ada, hanya kita perlu memilih jawapan yang tepat sahaja. Cuma sahaja, soalannya hanyalah berbentuk esei dan short answer, maka ianya memerlukan pembacaan dan hafalan yang baik sebagai persediaan.

Lalu, mengapakah saya masih di hadapan komputer riba ini, mengapa tidak terus mengulangkaji sahaja atau lebih tepat dikatakan mengadakan pecutan terakhir? Ianya bukanlah bermakna persiapan saya sudah cukup rapi, dan habis semua benda saya dah baca, hanya menunggu hari esok. Tidak. Kalau ditanya berapa peratus preparation saya ketika ini, sejujurnya saya boleh katakan, baru 55%. Berbekalkan carry marks yang tak seberapa, saya tak pasti kenapa saya masih 'tenang' di saat ini.

Di manakah 45% yang selebihnya? Bukan kuasa saya untuk menghilangkan fakta-fakta yang telah saya hafal sebelum ini. Allah Taala Yang Maha Berkuasa atas hamba-hambaNya. Saya juga hanya manusia biasa. Hal sebegini sering berlaku pada sesetengah manusia. Banyak benda yang terkeluar, dan baca sekarang pun dah tak masuk apa. Betul?

Mungkin juga gara-gara "preparation last minute". -- perangai pelajar masa kini. Namun, saya mampu bersikap optimis pada diri sendiri. Masih mampu tersenyum dan bersyukur, kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk ruku' dan sujud padaNya, sedangkan banyak insan yang telah kembali bertemu denganNya saban hari.

Perkongsian ini sengaja saya nukilkan, kerana saya percaya, ramai insan yang mengalami kondisi dan kerisauan seperti ini. Maka, suka saya berkongsi semangat dan kekuatan untuk pembaca, meredakan hati yang gelisah, membangkitkan semangat yang parah.

1) Bagi mereka yang masih punya ibu dan bapa, pintalah redha dan doa mereka sebaiknya. Saat semangat saya sedikit menjunam sebentar tadi, sempat saya menghantar satu sms pada mak saya. Saya tak tahu mengapa saya menghantar "Mak, takut la exam esok" secara spontan. Lalu, untuk menyedapkan hati, saya terus mengisi masa dengan menggosok baju untuk dipakai esok hari. Sedang menggosok, mak reply mesej saya tadi, "Jangan takut, Keluarkan doa2 yang ada. InsyaAllah Allah beserta orang yang berserah diri kepadaNya." Terus bergenang air di kelopak mata saya. Terharu, dan terus ukirkan senyuman. :) Kerana apa, emaklah merupakan insan yang tidak putus-putus memberikan semangat dan keyakinan sejak kecil hinggalah dewasa kini.

2) Saya mencapai nota-nota untuk dibaca semula, kerana pada hakikatnya ianya telah pun dibaca berulang kali. Saya tak pasti mengapa, masih ada yang kurang. Lantas saya mencapai telefon bimbit saya, membelek nama-nama di 'phonebook', mencari insan bertuah untuk saya pinta secebis semangat. Lalu, sahabat baik saya, Hazwani Khamarudin adalah mangsanya. Alhamdulillah, kata-katanya membuatkan senyuman saya lebih lebar dan ikhlas. :)

3) Setelah laptop saya di'hidup'kan sebentar tadi, terus saya membuka laman facebook. Berhajat untuk mencari sedikit kekuatan. Lalu, saya terjumpa status seorang sahabat baik saya, membuatkan hati saya tersentuh..


Tersentuh hati saya membacanya. Saya tak pasti bagaimana dengan kalian. Atau, saya hanya terasa sendiri.. ^^'

4) Yang pasti, hayatilah surat-surat cinta yang Allah titipkan melalui kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w., yakni Al-Quran Al-Karim. Membacanya, membuatkan kita rasa tenang dengan makna-makna tersirat yang Allah kirimkan sebagai bekalan dan kekuatan untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mengharapkan nusrah dari Tuhan. Air wudhu' yang disunatkan lebih membuatkan kita yakin dan positif dengan janji-janji Allah buat mereka yang berjuang pada jalanNya. Lalu, hiasilah sepertiga malam ini dengan tahajud dan taubat pada Yang Maha Agung, kerana  baru kita sedar betapa kerdil dan kecilnya kita berbanding nikmat yang Dia kurniakan.

Kekuatan perlu dicari. Sekalipun kita terpaksa jatuh dan bangun semula. Usah mengharapkan segalanya menjadi mudah, andai tidak bersulamkan redha dan tabah. Kerana bila-bila masa sahaja kita diuji dengan kesukaran, kerana itu ujian untuk orang beriman.

Untuk akhirnya, selamat maju jaya pada semua pembaca. Saling mendoakan untuk kejayaan bersama. Kejayaan yang kita harapkan untuk agama dan perjuangan, bukan hanya untuk masa depan semata. Mahu Dean's List, tapi mengejar Deen's List itu yang lebih utama.

Siiru 'ala barokatillah.

Salam mujahadah :)

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

6 comments:

Anonymous said...

"study of religion" tu ngaji tentang Islam sahaja atau perbandingan agama?

'Aishah Jauhara said...

Kaji mengenai agama lain. Zoroastrianism,Judaism and Christianity..

hikmah said...

Terima kasih aishah..post awk sdkt sbyk dpt membangkitkan smgt sy.. ^__^

CHE ROSSLI said...

Membezakan orang cemerlang dalam belajar niat belajar untuk apa? Insyaallah kejayaan menanti kita

HIKMAH ZAKARIA said...

syukran adik (:

'Aishah Jauhara said...

~ Hikmah : Sama2 kasih. Moga ada manfaatnya bersama. Asalkan tidak putus asa. Barokallahu fiik.. :)

~ Al-Qassam : InsyaAllah. Terima kasih.

~ Hikmah Zakaria : Sama2. :)