Setiap inci ku hayati
Setiap kurnia ku syukuri
Lantas dari sujud ke sujud
Aku terus hambakan diri
Tangan ini masih tekun menulis
Kaki ini terus kukuh berdiri
Lidah berzikir senyuman diberi
Namun
Tiada siapa yang tahu
Mata yang cuba gagah menipu
Tetap merembes air dingin
Mengalir terus di pipi gebu
Bukan tidak redha
Bukan tidak rela
Aku hanya insan biasa
Penuh dengan dosa dan noda
Namun tidak siapa yang tahu
Tiada siapa yang tahu
Terbitnya kaca di kelopak mata
Hanya untuk Dia
Kerana Dia Yang Memahami segalanya..
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~
No comments:
Post a Comment