MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, July 8, 2011

You Are What You Read..


Mata masih tidak dapat dilelapkan. Serba tidak kena. Tangan terus mencapai buku-buku yang tersusun rapi di rak tepi katil. Kali ini rezeki Majalah Solusi untuk ditatap. Koleksi edisi-edisi terdahulu ada manfaatnya. Cuba diselak satu persatu. Artikel yang kiranya masih lekat di ingatan, diabaikan, mata lebih tertumpu mencari artikel yang kian hilang dari kotak ingatan.

Membaca dengan penuh teliti, tanpa melihat jarum jam aktif berjalan.

Sebuah sudah dibelek, tangan terus mencapai mangsa yang kedua, secara random. 

Isu No. 18.

Di Sebalik Iqra'.

'Yes, terkena!'

Belum sempat membukanya lagi, susah dapat menduga.

Pernah dengar, "You are what you read"?

Andai kita selalu membaca buku-buku yang berkaitan dengan ilmu perubatan, banyak penyakit yang kita bisa tahu penawar dan cara mengatasinya.

Andai kita sering mengambil tahu perihal isu-isu semasa yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara, tanyakan sahaja pada diri kita, isu apa yang hangat diperkatakan sekarang.

Andai kita tidak jemu mendalami ilmu jual-beli, segala buku yang berkaitan dengan transaksi masa kini dihadamnya.

Andai kita rajin dan banyak menelaah buku-buku agama, secara teori dan praktikal, sedikit sebanyak pengetahuan kita tentang agama akan lebih mendalam.




Cara kita, pemikiran kita, sikap kita, sekalipun tidak memberi impak yang besar, sekurang-kurangnya menjadikan tindakan kita menjadi lebih matang dan terkehadapan. Kerana kita punya akal dan fikiran, yang bisa bergerak dan bekerja, membezakan mana yang baik, jua mana yang buruk.

Seandainya, sudah jelas, terang lagi bersuluh, rasuah dan penindasan berlaku di depan mata, mengapa kita perlu menidakkannya, seolah-olah menegakkan benang yang basah! Gunakan akal dan fikiran yang waras, berfikir secara rasional dan bertindak secara professional. Tidak perlu memainkan isu politik semata, hanya kerana ingin mengekalkan kuasa dan takhta.

Orang kata, "Kalau pandai, buat cara pandai. Jangan nampak diri tu kurang cerdik dan diperbodohkan. Gelabah sana-sini, tak tentu pasal. Pentingkan diri!". Kalau tak pernah dengar orang berkata sebegini, maknanya, saya kata kepada diri sayalah ni.~

Ok, last but not least, ilmu dan pengetahuan yang Allah berikan sebagai pinjaman, gunalah ke jalan yang betul, jalan yang diredhaiNya. Sebar-sebarkan ilmu yang baik dan betul, serta benar lagi sahih, walaupun satu ayat. Elakkan fitnah-memfitnah, zalim-menzalimi, khianat-mengkhianati, dan yang seumpama dengannya.

Kerana apa?

Anda mampu mengubahnya! :)


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 
(Al-'Alaq, 96 : 1-5)

 ~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

absolutely right.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah kita mampu mengubahkannya s/mana firman Allah Taala,`وَلِكُلٍّ۬ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيہَا‌ۖ Dan bagi tiap-tiap wajah ada perkara yang ia menghadap kepadanya` QS 2:148.
Walaupun pengkhususan ayat ini mengenai penghadapan qiblat, tetapi lafaznya diambil pada umum mengikut kaedah UsulAlFiqh. Semua manusa ada matlamat hdup arah masa depannya. Begitu juga dgn diri kita, selagi kita tidak mengubahkan anjakan paradigma, maka selagi itulah kta berada dlm keadaan yang sama.`ذَٲلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرً۬ا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۙ (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri` QS 8:53
Persoalannya, kemanakah arah tuju kita dan generasi masa depan mrk? Tentulah tidak lupa bahawa kita mesti memgajar mrk kefahaman AlQuran sebagai panduan sehingga keakhir zaman. Dlm suatu hadis Nabi saw,`Dari Ziyad bin Labid, beliau berkata, Nabi saw telah mengingatkannya bahawa ilmu (AlQuran)akan hilang. Aku telah berkata,`Ya Rasulullah saw bagaimanakah ilmu itu boleh hilang walhal kami membaca AlQuran dan kami membacanya kepada anak2 kami dan mrk (anak2 kami) membaca kpd anak2 mrk sehingga hari qiamat. Rasulullah saw berkata.`Penat saja ibu engkau melahirkan engkau, aku sangka engkau adalah lelaki yang terpandai diMadinah. tidakkah engkau tahu bahawa Yahudi dan Nasaro pandai membaca Taurat dan Injil tetapi mereka tidak tahu apa2 didalamnya/" Riwayat Ahmad, Ibnu majah, Tarmizi.
Apakah kta akan terus mengajar mereka cara yang diamalkan oleh Yahudi dan Nasaro, dimana mrk membaca tetapi tidak mengetahui isi kandungan AlQuran? Wallahualam.
Wallahualam