MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, July 7, 2011

Tahun Kegemilangan..


Sambungan dari "Panggilan Telefon.." :)

"Assalamu'alaikum Aishah.."

"Wa'alaikumussalam. Ya, ustazah. Ada apa?"

"Macam ni, ustazah nak jemput kamu ke majlis untuk peserta-peserta yang pernah menang di peringkat kebangsaan."

"Oh, sejak bila pula saya menang, ustazah?"

"Eh, kamu ni. Buat-buat lupa pulak. Ada kan.."

"Erm.. Bila tu ustazah?"

"13hb ni, hari Rabu, kat Hotel Putra."

"Ooo, insyaAllah.."

"Nanti ustazah hantar surat jemputan."

Dipendekkan cerita, mendapat jemputan oleh JAWI ke majlis tersebut.

Tak semena-mena, tersenyum kecil. Terkenang 'Tahun Kegemilangan'.

2008.

Majlis Menghafaz Al-Quran Kali ke-29

Rezeki dari Allah Taala, kerana berpeluang menyertai pertandingan sebegini sekali gus mewakili Wilayah Persekutuan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Pengalaman pertama ke peringkat sebegini. Segalanya atas ketentuan Allah, dan sokongan dari keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru serta pensyarah tasmi'. Kategori 5 juz menjadi pilihan. Setiap hari mengulang yang sama, 5 juz awal. Boleh dikatakan, sampai nak muntah. (",) Walaubagaimanapun, ianya dianggap berbaloi, sehingga kini tersenyum puas, meskipun tidak ada apa yang bisa dilakarkan, namun alhamdulillah dengan izinNya, masih mampu mengingati kedudukan setiap ayat 5 Juz pertama, beserta muka surat. Juzu' lain? Masih dalam proses, sehingga ke akhir hayat, insyaAllah.. :)

SPM

It is not Sijil Pelajaran Malaysia, but Selamat Pagi Malaysia di RTM TV1. Seingat saya ianya diadakan pada 2 Mei 2008, sehari sebelum tarikh ulangtahun hari lahir saya, saya dijemput untuk bersiaran di SPM, berkongsi tips-tips bersama penonton, walaupun saya kira ianya bukanlah satu perkara yang baru untuk orang lain, sekurang-kurangnya ada perkara yang saya dapat kongsikan bersama. Bukankah lebih indah andai kita dapat memberi? Yang pasti, student DQ tak dapat menonton, kerana hari kuliah. :)

Tilawah Interaktif

Berlaku pada bulan Ramadhan, juga di tempat yang sama, Studio RTM. Berpeluang bersama-sama Ust Farid Ravi dan Brother Hafiz Hamidun dalam rancangan Tilawah Interaktif selama satu jam, 11.30 malam - 12.30 tengah malam. Beberapa sesi soal jawab dan perkongsian berlaku. Sampai sahaja di DQ, buku keluar masuk dah diambil warden. Ok, fine~ Bila diingatkan kembali, rasa segan pun ada. Ada rakan-rakan dan guru-guru sekolah lama yang menontonnya, terus menghantar SMS mengucapkan tahniah, dsb. Mudah-mudahan, terdetik rasa bahagia guru-guru melihat anak muridnya berjaya hingga kini. Berdirinya saya tika itu, atas sokongan semua. Terima kasih jua atas jasa dan doa kalian. :)

Imtihan SEM 2

Inilah satu-satunya sem, di mana pointer Syafawi dan Tahriri saya menurun kepada 3.5 setiap satu, dari sem sebelumnya. Satu soalan Syafawi tidak dapat saya jawab dengan baik. Satu soalan sangatlah berharga, 14 markah hilang bisa menurunkan pointer anda! Begitu juga, malam sebelum peperiksaan Tahriri, adanya bahas usul sempena Pilihanraya Kampus, dan saya salah seorang yang turun waktu itu dan memberikan sedikit komentar berkaitan dengan pointer 3.0 yang perlu dikekalkan sebagai salah satu syarat bagi seorang calon exco PERKEMAT, kerana ada yang membantah agar pointer dinaikkan kepada 3.5. Susah juga nak mencari yang sempurna. Menjelang saat menjawab soalan Tahriri, saya hanya tersenyum sendirian, bilamana ada ayat-ayat yang saya tidak dapat ingat dengan baik. Saya tersenyum sehingga tamat masa menjawab. Dalam hati saya, 'ujian..ujian..Allah tahu yang terbaik..'. :)

Kadang-kala, ada yang berkata,

"Patut la kamu boleh ingat, dari Form 1 hafal. Kita ni dalam masa yang terhad, susah tau nak ingat banyak-banyak."

Kita masing-masing punya kelebihan dan kelemahan. Saya terpaksa mengambil masa selama 6 tahun untuk khatam hafazan Al-Quran, kamu pula hanya mengambil masa setahun. Namun, saya diberi keizinan untuk mengingatinya berbekalkan tempoh waktu yang lama, dan tidak mustahil orang yang diberi waktu yang singkat untuk menghafaz, masih mampu untuk mengingatinya lebih cekap dari orang yang telah menceburi bidang ini sekian lama.

Apa yang penting, adalah usaha dan tawakkal. Jangan abaikan doa pada Yang Maha Mendengar :)

Coretan ini moga-moga jauh dari unsur-unsur yang berbau mazmumah, hanyalah sekadar cebisan semangat bagi mereka yang mahukan kekuatan dalam terus, dan terus menghafaz kalamNya, juga buat mereka yang dalam proses mengulang (i'adah), atau mungkin juga mereka yang cuba menghafalnya kembali.. :)

Barusan saja saya mengungkapkan kata-kata pada seorang sahabat lama saya, yang kini berjuang di bumi Darul Quran.



Diri anda dan saya, hanya mampu mengubahnya.

Fighting! :)

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

6 comments:

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون

Mak anak tiga said...

True enough~ kelebihan & kekurangan masing2 adalah berbeza, yg penting kita cuba usaha utk sesuatu kebaikan.. & tentunya tawakkal & doa is just as vital tp kelalaian jdg2 buat kita terlupa.. moga2 kita sentiasa diingatkan oleh Allah SWT, InsyaAllah....ameen...

Jazakallah~

~serikandi kaktus~ said...

tibe tibe rsa nak menitik air mata :'( huhuhu.

ok,ok. anda telah berjaya mnyentuh hati sy dgn mngingtkn kmbali tntg pjuangan mndapatkan al quran di dq dulu. rasa nk nanges sgt3!

~sy cemburu dgn kamu(tkpe kan)haha. sy akn usha dgn gigih lagi. ^^

wazakkir faiinaz zikra tanfaul mu'minin <3

'Aishah Jauhara said...

~Abdul Rahman Fauzi Al-Hafiz:
Jazakallahu kher atas peringatan dari Allah Taala.. Moga terus istiqamah, dan mungkin ustaz bisa juga berkongsi sedikit sebanyak bagaimana mahu menjadi 'masyi' seperti ustaz.

~aesh came:
Moga Allah memberi perlindungan kepada kita semua. Hidup, mati, rezeki, segalanya atas ketentuanNya.. Barokallahu fiik.. :)

~serikandi cactus:
Peringatan untuk kita bersama, anda dan juga saya. Titiskanlah air mata tanda anda masih cintakan Al-Quran. be strong! ;)

Unknown said...

alhamdulillah dah ingt, lepas ni kena fhm plak.. :)

'Aishah Jauhara said...

Masyi molek Dr. Zurhain.. :) Balik ni kena menuntut dengan Dr. pula la..