MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, March 31, 2011

Anda Stress..??



Bismillah wal Hamdulillah.

Salam imtihan buat semua.

Buat mereka yang berada di dalam negara, mahupun di luar negara.

'Imtihan' ni banyak cabangnya. Bukan sahaja terbatas kepada peperiksaan bertulis atau ujian lisan, malah boleh diluaskan melalui ujian-ujian dalan kehidupan kita seharian.

Life is a test.

Wealth also is a test.


Kan?


Jadi, bagi mereka-mereka yang agak stress atau tertekan dengan exam, kuiz, tutorial, etc dan ujian-ujian dunia ini, di bawah ini ada cara-cara yang boleh diaplikasikan dan dilakukan. InsyaAllah, tidak melanggar syara'.. :)

1) Ambil wudhu'

2) Solat

3) Baca Quran

4) Duduk bersila, tutup mata, dan berzikir, atau menyebut 'ALLAH' (pastikan hingga rasa zuukk dalam hati)

5) Makan

6) Baring

7) Tidur

8) Dengar nasyid / muzik yang tidak melalaikan

9) Telefon parents - minta kata-kata semangat

10) Mesej kawan-kawan.

11) Layari internet sambil jalan-jalan ke blog orang - jangan amalkan, nanti lama pula duk depan laptop tu ^^




Boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati.

"Alaaah..ni yang biasa punya.. Tak bagitahu pun, orang dah tahu."

"Memang lah. Saya saja ja nak bagitahu.." ^_^'

Jika ditanya kepada saya, apa yang akan saya pilih? Boleh tanya personal kepada saya (perlukah..?) :)

Akhir kata, moga sama-sama beroleh ketenangan. Segala-galanya datang dari Allah. Mintalah padaNya. Ok?

Sekian, itu sahaja.

Doakan saya..

My exam schedule for Semester 2, 2010/2011:

31/3/2011 : Foundation of Islamic Economics

1/4/2011 : Islamic Worldview

3/4/2011 : Principles of Macroeconomics

4/4/2011 : Fiqh for Economists 1

11/4/2011 : Management Accounting Fundamentals

14/4/2011 : Business Mathematics


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

2 comments:

PReDicToR said...

yess..life is a test...x lama lg nak exam nei...wish me luck ok...hehhehe..

comel kucing tu tido

'Aishah Jauhara said...

~ PReDicToR:
:) semoga apa yang diperoleh dan diterima merupakan rezeki yang baik yang datang dari Allah Taala. May Allah grant you with success in thi world and in the hereafter.. (",)

*kucing memang comel ;)