Bismillah wal Hamdulillah.
Alhamdulillah, masih ada entry yang mampu untuk dipost, menandakan saya masih bernafas, masih lagi diberi peluang untuk bernyawa di atas muka bumi ini, masih ada beban amanah yang perlu dipikul sebagai seorang khalifah.

Jika sudah bertahun-tahun saya tidak meng'update' blog, dalam masa yang sama, orang ramai berpusu-pusu mengucapkan takziah dan mendoakan saya di ruangan chatbox di sebelah ini, mungkin menandakan saya telah pun tiada, tidak bernyawa, tidak lagi berpeluang menghirup udara kurniaan Allah, dalam erti kata lain, meninggal dunia.
Bila bercakap soal kematian, ngeri bukan? Tetapi itulah realiti yang kita semua bakal tempuhi. Saya, anda, kamu, kita..
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(Surah al-Anbiya', 21 : 35)
Allah Taala mengulang ayat كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ sebanyak 3 kali di dalam al-Quran. Dua yang lain boleh didapati di Surah ali-Imran ayat 185 dan Surah al-Ankabut ayat 57.
Begitulah perasaan yang telah diserap masuk ke jiwa bekas juri Raja Lawak, pelakon, penulis lirik dan yang sewaktu dengannya, iaitu Bro Mohd Hakim bin Lokman (Bob Lokman). Alhamdulillah, beliau diberi peluang oleh Allah untuk memberi perkongsian beliau kepada kami students UIA Gombak pada 17 Mac 2011 jam 5.30 - 6.30 petang. Program mingguan anjuran Maaruf Club IIUM, yang pada asalnya dijadualkan adalah Pengajian Kitab Riyadhussalihin oleh Ustaz Imran Selamat, namun semalam telah membawa jemputan khas, Bro Bob untuk mengadakan perkongsian ringkas selama satu jam bersama kami.
Pengalaman hitam beliau sebelum ni, telah mengajar beliau kembali untuk dekat dengan Tuhan. Malah, jika dilihat kehidupan beliau kini, jauh berbeza dengan kehidupan kita (I mean, saya) sehari-hari. Sesekali beliau berjenaka, namun ada input disebaliknya. Kecaknaan beliau mengutamakan hak dan kewajipan seorang hamba terhadap Allah, betul-betul 'memukul' diri saya agar tidak terus lena dengan buaian duniawi.
Perkongsian yang cukup bermakna. Menjentik segala keegoan diri yang mendengarnya. Dari seorang artis terjun sebagai seorang dai'e, sudah mampu bercakap erti dan makna perjuangan, apakah kita yang sudah tahu dan mafhum tuntutannya, mahu lari pula serta menjauhkan diri? Na'udzubillah..

sedikit catatan yang sempat dicoret sewaktu 'talk' yang diberi oleh Saudara Bob Lokman..
(maaf, gambar tak berapa clear + handwriting yang tak seberapa)
(maaf, gambar tak berapa clear + handwriting yang tak seberapa)
Seperti analogi yang diberikan oleh Bro Bob, jika saya orang kaya, dan di hadapan saya ada beribu-ribu orang yang mahu menerima bantuan untuk menyambungkan pelajaran, kepada siapa yang saya mahu berikan? Pastinya orang yang terpilih itu adalah dalam kalangan orang yang terbaik, baik budi dan sahsiah, berakhlak baik, dan yang seumpama dengannya. Begitu juga, orang yang bagaimana Allah akan masukkan dia ke dalam syurga? Jika difikirkan secara logik, semestinya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik akhlaknya terhadap Allah, mendahulukan keperluanNya dari keperluan yang lain. Namun, di sana jangan kita menganggap dengan amalan kitalah yang membawa kita ke syurga, kerana tanpa rahmat Allah jualah kita tidak akan mampu ke sana meskipun amal ibadat kita menggunung dari orang lain. Kerana bimbang2 amalan-amalan itu dikikis sedikit demi sedikit dek dosa-dosa dilakukan yang tidak kita sedar, lantas menjadikan kita muflis di hadapan Allah. Wa na'udzubillah..
Ingatan bersama, selagi mana matahari tidak terbit di sebelah barat, pintu taubat Allah masih terbuka buat hamba-hambaNya. Yok, berubah!
Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Dan pastinya muhasabah kita bersama.
Wallahu a'lam.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~
5 comments:
nice post!!
syukran jazilan ya ukhti..
syukran ukhti berkongsi.
~ Anonymous :
Syukran.. Wa iyyak..
~ Jamilah Mohd Norddin :
'Afwan. Perkongsian untuk kita bersama.. :)
subhanallah! nice..;)...walaupon kita x penah berjumpa, wahai saudara seislamku, kerinduan ukhwah hangat membara terasa ..teruskan perjuanagnmu ya sahabah..:)
~ Nurdiana Tarikuddin :
InsyaAllah, ameen ya Rabb. Syukran 'ala kulli hal.. :)
Post a Comment