ditanam dalam tanah
dibaja, disiram dan dijaga
setiap hari dipelihara
agar kelak tidak layu kehausan
tidak mati dimamah haiwan
Saban hari
pokok itu kian membesar
tidak perlu lagi ragu seperti dahulu
biarkan ia merangkak sendiri
hanya sesekali perhatian diberi
kadang hujan rintik turut menyiramnya
agar ia sentiasa subur
menghiasi halaman dengan keindahan tersendiri
Senyuman bunga turut kelihatan
menambah seri ruangan taman
bertambah ceria bila berteman
sama-sama memberikan manfaat pada umat
dengan keunikan yang ada pada mereka
Semakin hari semakin terserlah
duri di batang menzahirkan taringnya
namun kelopaknya tidak menggugah si penggemar
hati si pekebun turut gembira
semakin hari semakin sayang
memberikan bakti buat terakhir kalinya
kerana selepas ini bukan lagi miliknya
Kini tibalah masanya
pokok bunga itu sedia ditukar milik
jual beli berlandaskan agama dituruti
si pekebun menangis antara dua
sedih dan gembira
suka dan duka
Tinggallah si bunga dan pemilik barunya
meniti hari demi hari
membuahkan kemanisan iman dan ketaqwaan pada Tuhannya
menebarkan kewangian ke seluruh alam
dek sifat dominannya itu
dirinya bukan lagi untuk dirinya
bahkan jua untuk orang lain
kekal sehingga ke akhir hayatnya..
9 comments:
amboi kak ct..makin berpuitis ye..hehehe..bgos2..
tahniah sungguh puitis dan mesejnya indah sekali. demikianlah putaran hidup ini. lebih syahdu lagi puisi ini dibaca sambil menikmati iramal sentimental yang jadi muzik latar. moga karya puitis begini akan terus dilahirkan. salam pakcik MSO.
~ Anonymous :
^_^' kakak sendiri tak kan tak kenal... :)
~ Pakcik MSO :
Terima kasih pakcik atas kata2. Mohon doanya dan tunjuk ajar.. Moga dalam rahmat Allah selalu..
'Aishah kalau dibenarkan puisi ini pakcik nak muatkan dalam Siasah, kalau boleh maklumkan. Salam.
~ Pakcik MSO :
Allahu Akbar.. Dipersilakan pakcik, saya dengan rasa rendah diri.. Seandainya perlukan sebarang penambahbaikan, mohon dikhabarkan. Terima kasih. Moga ada manfaatnya.
very puitis tintanya..tahniah buat kak aisyah..smoge sentiasa dlm naungan rahmatNya..
ameen Ya Rabb.
Hadza min fadhli Rabbina..
Syukran atas ziarahnya dik ;)
Salam...
Indah puitisnya....
Semoga msg2 tersirat dlm puitis2 sebegini dpt mengetuk hati insan kpd kebaikkan...
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Jazakallahu khair..
Moga ada manfaatnya bersama.
Post a Comment