MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, November 3, 2010

Kini, baru ku tahu sebab dan hikmahnya..


Bismillah wal Hamdulillah.

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Bertemu kembali, alhamdulillah.

Kali ini, saya cuma ingin meminta keizinan dari pemilik tangan, mata dan hati untuk meluangkan masa mencoret satu, dua perkara yang tiba-tiba terdetik di hati yang dirasakan perlu untuk dikongsikan buat para pembaca dan semestinya sebagai al-inzar buat diri yang menaip ini.

Sekarang, masih lagi dalam fatrah atau suasana exam. Bagi pelajar-pelajar di Main Campus IIUM, kehangatan musim yang bisa membuatkan siswa siswi membuat pelbagai ragam, masih lagi terasa walau ada yang sudah menamatkan paper terakhir pada hari ini. Tidak kurang juga ada sebilangan kampus di IPT yang lain, baru bermulanya study week. Untuk adik-adik di bangku sekolah pula, kalian juga di ambang peperiksaan akhir tahun juga, kan? ^_^

Baiklah, kembali kepada point yang asal. Sebenarnya, saya cuba untuk mengetengahkan, bahawa selain daripada perisai untuk menghadapi exam seperti mohon keberkatan ilmu dari pensyarah, guru-guru, solat hajat dan memanjatkan doa kepada Allah, yang perlu dititikberatkan juga, restu dan doa dari MAK dan BAPAK (maaf, saya menggunakan gelaran bagi kedua ibu-bapa saya..) ataupun AYAH, ABAH, PAPA, WALID, PAK TIRI, IBU, MA, MAMA, UMMI, MAK TIRI mahupun penjaga kita.


Bapa, pemangkin semangatku.. Surtahman Kastin.


Mak, peneman setia suka dan lara.. Romalia Zainol.


Mengapa saya berkata hal yang sedia maklum. Maaf, saya cuma ingin berkongsi dan mengingatkan. Kadang-kala kita terlupa kehadiran mereka meski kita berjuang di asrama dan kampus sehingga tidak berpeluang atau berkesempatan untuk pulang ke rumah dalam dua, tiga bulan.

Siapakah mereka sehingga golongan ini disebut oleh Allah Taala dalam al-Quran, pada Surah al-Isra' ayat 23 dan 24? [boleh check maksudnya dalam tafsir al-Quran]. Mungkin saya tidaklah sehebat sahabat-sahabiah dalam melahirkan rasa kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa. Akan tetapi sebagai seorang anak, zahirkan rasa tersebut semaksima mungkin, walau mereka telah pun tiada.

Bagaimana caranya? Terserah. Saya bawakan contoh apa yang saya lazim lakukan. Setiap kali hendak menghadapi kuiz, saya akan menelefon mak, minta mak doakan yang terbaik. Nampak simple bukan? Tapi berkat doa seorang ibu tiada siapa yang tahu, juga semangat yang dia salurkan amatlah bermakna. Gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaiknya.

Paper pertama saya pada sem ini bermula pada 1 November yang lepas. Malam exam, saya stay up hingga ke pagi. Jam 3 pagi, saya hantar sms pada bapa, "Bapak, tolong doakan ct, pukul 2.30 petang ada exam Statistics..". Kerana saya tahu, bapa saya akan membacanya tatkala bangun dari tidur. Jam 4.30 pagi, bapa membalas, "InsyaAllah." Ringkas. Jam 1.30 petang setelah solat Zuhur, saya menelefon mak. Mak kata selawat banyak-banyak. Jangan lupa sentiasa berdoa. Ingat Allah selalu. Kata-kata keramat buat diri.


Handphone Sony Ericsson W508.
Sudah setahun juga umurnya, ku miliki dengan tukaran wang milikku sendiri yang dipinjamkanNya~


Malam semalam saya menghantar sms lagi lebih kurang jam 1 pagi. "Bapak, tolong doakan ct, pukul 9 pagi exam Accounting..", "Mak, tolong doakan ct, pukul 9 pagi exam Accounting..". Terharu bila mana bapa saya membalas, "Salam. Bapak dah solat dan doakan..". Ditambah pula dengan balasan dari mak, "InsyaAllah. Nabeela semalam exam, dia baca 2 kali Surah al-Fatihah, doa untuk Nabi, Para Sahabat, Ibu Bapa dan untuk diri sendiri. Katanya ok...". See.. The power of it.

Cumanya, saya cukup terkilan sekiranya, ada kalangan kita yang melebih-lebihkan 'bf' or 'gf' untuk mendoakannya. Malah, setiap hari, pagi, petang siang malam, menelefon bertanya khabar dan respon setelah selesai exam. Tidak salah meminta orang lain untuk mendoakan kejayaan kita, akan tetapi jangan melanggar apa yang Allah larang. Ibu bapa pula, hanya telefon sekali sekala, malah ada yang tidak menelefon mereka langsung. Dahsyat sungguh 'kuasa' kekasih hati rupanya! Sudah lah berdosa kerana berpacaran, malah mohon semohon-mohonnya doa dan maaf dari orang yang bukan mahram kita. [maaf, saya tidak menuju kepada mana-mana pihak atau individu, saya cuma mengingatkan..]

Dulu, saya pernah terdetik, kenapa mak bapak suka suruh aku buat tu, buat ni, pergi belajar kat situ, belajar kat sini. Melangkah ke alam sekolah menengah, saya cuba untuk mengelak dan berhenti dari meneruskan pengajian di KOSTAQ, tapi mak dan bapa biarkan saya di sana, walau jauh jarak perjalanannya dari rumah kediaman, namun akhirnya ku kekal di sana [kini : IMTIAZ Dungun] sehingga tamat Tingkatan 5. Kini, baru ku tahu sebab dan hikmahnya.


Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ) YT-Besut, tersimpul sejuta kenangan~



SM Imtiaz Dungun, mengajarku erti kepimpinan dan hidup berdikari..


Kemudian, permohonan saya untuk memasuki Program Persijilan DQ-UIAM pada awalnya tidak diterima. Saat itu, saya betul-betul pasrah. Namun, bapa bersungguh-sungguh untuk membuat rayuan sehingga sanggup menghantar surat rayuan ke bahagian pentadbiran. (ketika itu saya cuba menghalang bapa dari membuat demikian kerana hati saya sudah tawar untuk masuk DQ). Akan tetapi, natijahnya, saya sudah pun grad dari Darul Quran pada tahun lepas. Bila terfikir kembali, tak sangka aku belajar juga di DQ. Kini, baru ku tahu sebab dan hikmahnya.


Pahit getir ku lalui membawa erti kemanisan dalam hidupku..


Sehingga ke hari ini, saya masih keliru, kenapa saya berada di UIA, sedangkan saya tidak pernah termimpi untuk berada di sini. Kalau nak diikutkan, saya hampir sahaja berlepas ke Jordan bersama rakan-rakan DQ yang lain pada bulan 9 yang lepas. Namun, atas alasan bapa saya agar meneruskan pengajian di UIA, saya akur. Walau ini bukan pilihan saya. Kerana, akan datang, ku akan tahu sebab dan hikmahnya.


Masih meneruskan perjuangan di bumi ini..


Pilihan ibu bapa adalah yang terbaik untuk diri kita. Hatta bila bercakap soal jodoh sekalipun, saya lebih prefer untuk menerima pilihan dari mak dan bapa saya. Kerana saya tahu itu adalah yang terbaik buat diri saya.

Erm, saya merancang hanya untuk menulis sepatah dua saja. Dah panjang pula jadinya. Maaf atas segala keterlanjuran bicara, kesalahan bahasa dan kesilapan kata. Saya juga hanyalah manusia biasa. Tidak lari dari melakukan dosa dan noda.

Mohon doa dari semua. Saya masih lagi ada 3 paper, imtihan dunia.

7 November 2010 : Principles of Microeconomics.

9 November 2010 : Principles and Practice of Management.

13 November 2010 : Information Technology.


Terima kasih semua. Moga dalam rahmat dan redha Allah selalu.

Barokallah~


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


6 comments:

Aimi Hannani said...

Betul3x. sangat setuju.

All the best Aishah! Bittaufiq wan najah, moga cemerlang kita dapat memeberi manfaat buat Islam :-)

Aimi ada lagi 4 paper..huhu

Siti said...

Thanks, Aishah..

nak nangis rasa bila baca..

rasa nak call family..

ada hikmah disebalik apa yg berlaku..

bittaufiq wannajah..

'Aishah Jauhara said...

~ Aimi:
Jazakillahu kher.. InsyaAllah sama2 cuba yang sebaiknya untuk memberi sumbangan pada Islam. Lepas ni nak makan, kena tanya pakar diet dulu..hehe.. =)

Good Luck for u too.. May Allah bless~


~ Siti:
Sama2 kasih. Moga ianya bermanfaat buat semua.

Ya, segalanya ada tersingkap rahsia yang tidak kita tahu.

Terima kasih. Wa iyyak~ ^^

na-bi-lah said...

aishah, k.bel setuju, skrg pon amik law sebab ayah pernah cakap "ni lah course yg baba restu" punya susah payah org xdpt sambung degree tp ayah k.bel tolong buat rayuan, dan dapat jugak smbung degree...

'Aishah Jauhara said...

~ K. Bel:
erm,tu la..
*act, terkezut jgk k.bel amik law..hehe.. Btw, insyaAllah itu yang terbaik..kan? dan tak semua orang yang dapat apa yang kita dapat sedangkan mereka nak benda tu. thanx k.bel.. Semoga berjaya ye!

Tariq Ali said...

Salam nak tanya cmne ayah nta wat rayuan utk masuk DQ-UIAM? sy plukan tips, kptsn bru kluar, sy x diterima, hrp x menyusahkan...