Bismillah wal Hamdulillah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
Syukur pada Allah. Alhamdulillah, semalam saya sudah tamat menonton Sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan (KCB SR) yang mempunyai 56 episod, ditayangkan di Indonesia sejak sebelum tibanya bulan Ramadhan, dan berakhir pada beberapa hari yang lalu.
Alhamdulillah saya berkesempatan menontonnya. Subhanallah. Masih ada lagi rupanya cerita-cerita yang membawa mesej Islam dan memberikan keinsafan. Credit to Habiburrahman El-Shirazy.
Kali ini, suka saya menyentuh beberapa hal yang mungkin bisa membuatkan kita berfikir sejenak, apa yang menyebabkan kita semakin leka dan lalai dengan kemudahan media massa. Menurut pemerhatian saya, dan juga mungkin anda, beberapa hal harus dipetik untuk menunjukkan perbezaan yang ketara antara sinetron KCBSR ini dengan filem-filem / drama / komedi yang terdapat di Malaysia. Antaranya:
1) Waktu solat.
Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah SOLAT. Saya cuba mengambil perbezaan antara filem, drama atau komedi Melayu dengan sinetron ini yang pertama melalui ihtimam (mengambil berat) soal solat. Rata-ratanya cerita Melayu kurang (atau mungkin tidak) menitikberatkan waktu solat, terutama solat Subuh. Kebanyakan jalan cerita, mengisahkan seseorang watak itu bangun pagi pada jam 7 pagi ke atas. Mungkin kita boleh berfikiran positif atau terbuka dan 'bersangka baik', "oh, mungkin dia dah bangun untuk solat subuh, pastu tidur balik kot..". Jika benar begitu, satu hal lagi, tidur selepas subuh. Ni lah perangai orang melayu, tuan-tuan dan puan-puan. Dan babak-babak yang menunjukkan seseorang itu solat adalah pada peristiwa-peristiwa yang tertentu sahaja, seperti contoh menghadapi musibah. Masa tu baru nak tunjukkan betapa rajinnya dia solat!
Ini berbeza dengan jalan cerita KCB SR, di mana, setiap hari mereka bangun di tengah malam melaksanakan solat tahajjud dan qiyamullail. Mereka juga melaksanakan solat fardhu secara berjemaah. Malahan, ada beberapa episod yang mengisahkan seorang anak kecil hilang, masih mampu menerapkan amalan solat di tempat lain walau tiada orang tua di sisi, sekali gus mengajak kepada kenalan yang baru dikenalinya untuk turut bersolat. Bukankah ini satu contoh yang patut diambil dan secara tidak langsung dapat mendidik jiwa manusia agar lebih lembut dan sedar untuk mendekatkan diri kepadaNya?
2) Bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
Hal ni tampak lebih ketara, boleh dikatakan kesemuanya filem Melayu tidak mengendahkan syariat yang terang lagi bersuluh ini. Sehinggakan ada adegan berpeluk-peluk, mencium dahi, dsb. Astaghfirullah. Anda sendiri mampu memikirkan tatacara dan perilaku yang dimainkan oleh pelakon-pelakon tanah air. Saya tidak menyalahkan pelakon, cuma saya menyalahkan dan membenci perlakuan yang ditunjukkan oleh mereka.
Apa yang dibawa oleh sinetron ini pula secara keseluruhannya, dapat memuaskan hati penonton seperti saya. Kurang adegan sentuhan antara lelaki dan perempuan, bukan tidak ada, cuma mungkin beberapa orang pelakon yang masih kurang menitikberatkan soal ini. Namun, di pengakhiran cerita, langsung tidak ada adegan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Yang menarik, walaupun mereka memegang watak suami isteri, namun mereka langsung tidak berpegangan antara satu sama lain.
3) Pemakaian hijab dan kepentingan aurat.
Nah, aurat wanita terutamanya sudah tidak relevan lagikah? Adakah pengarah filem tidak tahu-menahu akan soal ini? Atau cuba mengenepikan soal yang 'remeh-temeh' ini? Na'uzhibillah. Apatah lagi jika persoalan tudung dibangkitkan. Saya malas ingin bercerita panjang, anda mampu menilainya!
Walhal sinetron KCBSR memberi tontonan kepada umum bahawasanya pemakaian hijab sangat-sangatlah dititikberatkan. Walau beberapa watak pada awalnya tidak mengenakan hijab, namun disebabkan mendapat tarbiyah dari orang sekeliling, ianya mampu memberi perubahan kepada si pemegang watak tersebut untuk memakai tudung sehingga pada akhirnya saya melihat, kesemua pelakon sinetron ini memakai tudung. Walaupun pada hakikat di luar pengambaran ada sesetengahnya yang tidak menutup kepala. Namun, ia mampu memberi kesan yang menjadikan sinetron ini wasilah 'penghijrahan' para penonton.
4) Jalan cerita.
Cinta, dengki, sihir, bunuh, disko. Itulah yang digambarkan oleh kebanyakan filem-filem Melayu yang mana memberi gambaran akan kisah kehidupan masyarakat Melayu yang sebenarnya. Cinta tanpa berlandaskan syariat, maka terjadilah hal itu dan hal ini, sekali gus mengajar anak-anak Melayu untuk bercintan-cintun di awal usia muda.
Sifat TAWADDHU', KESABARAN, KETULUSAN dan KEIKHLASAN yang dibawa oleh watak-watak dalam sinetron KCBSR ini sedikit sebanyak mengajar saya erti tawakal, redha dan husnuz zhon dengan setiap apa yang berlaku, baik perkara itu baik ataupun musibah. Begitu juga dengan kehidupan seorang anak kecil yang mampu untuk menghafaz al-Quran sebanyak belasan juzu' patut dicontohi oleh anak-anak muda.
5) Penggunaan bahasa.
Tutur bahasa yang baik menyenangkan semua pihak. Ianya juga lebih dipandang sekalipun yang diungkapkan itu berwajah hodoh dan berkulit gelap. Berbudi bahasa, budaya kita. Meski lagu khas telah dicipta semata-mata untuk slogan ini, ianya tidak memberi impak dan kesan kepada masyarakat jika hanya di awangan semata. Mengerti bukan kata-kata saya?
Tahniah kepada para pelakon. ^^
Saya bukan ingin mempromote sinetron KCB SR ini, cuma melalui cerita ini, kita dapat mengambil intipati yang banyak dan baik, insyaAllah tidak akan mengecewakan anda dan membuatkan anda puas hati setelah menontonnya.
Dan saya ingin menekankan, ini adalah dari sudut pemerhatian saya dan cakna saya kepada industri perfileman di negara kita. Walaupun saya tidak menyatakan secara face to face, namun saya berharap dengan usaha kecil saya ini, ada producer2 yang sudi atau mungkin terbaca entry saya pada kali ini, agar dapat berfikiran jernih kritikan yang tidak seberapa ini dan membuat anjakan paradigma pada filem-filem yang akan datang.
Satu lagi, sesiapa yang belum ada dan mahu softcopy sinetron KCB SR dari episod 1 sehingga 56, boleh dapatkan daripada saya. Atau anda boleh download kesemua episod melalui link ini. (",)
Sekian.
Mohon maaf atas segala keterlanjuran dan kesalahan bicara.
p/s: Soal poligami yang dibangkitkan oleh cerita ini, perlu dinyatakan atau tidak? ermm..
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~
14 comments:
salam..ya hijab sangat setuju. setakat ni baru tengok sampai episod 6. sangat best!! tidak mengecewakan..hm credit tu habiburrahman..:-) luv KCB SR
Wa'alaikumussalam.
Terima kasih atas respon saudari.
Teruskan menyokong selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. ^_^
nk cerita ni!! camne nk mintak eh?.
ni emel sy, ikammaz_26@yahoo.com
Ermm..macam mana ye..
Sebab satu episod hampir 1 jam. InsyaAllah saya akan cuba hantar sikit2. Tapi harap bersabar la ea sebab line kat sini kurang sikit.
Atau jika nak tengok dulu boleh buka link ni,
http://www.youtube.com/watch?v=aoHcETMBDSI
sementara menunggu dari saya. Harap membantu. ^^
alhamdulillah..berjiwa besar adik akak sorang nie..
x sia-sia berguru dengan akak..(",
sifu yg ni pun x abih lagi tau..hehe
tahniah2 kerana anda berjaya mendapat manfaat yang baik dari hiburan islam ini..
"berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah..hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.."(baca dgn nadanya)
Alhamdulillah, wa syukron 'ala kulli hal. Moga kita sama2 beroleh manfaat darinya..~
ieNNah HaNNie :
Mohon saudari untuk 'check' email yang saudari berikan. Ada perkara yang telah saya sampaikan. Terima kasih. ;)
setuju sangat dengan pandangan awak dengan cerita ni..bagus sangat jalan cerita dia terutama mengenai cara mereka selesaikan konflik yang berlaku iaitu dengan musyawarah.masyaAllah walaupun boleh dikatakan sekecil perkara tetapi mereka tetap meminta pandangan orang lain dan tak semestinya yang lebih tua,bahkan pandangan orang muda tidak diketepikan.
lagi satu kehebatan cerita ni, cerita dia begitu real kerana setiap insan tak pernah sempurna.akan ada kesilapan yang dilakukan.tetapi diikuti dengan penyesalan dan kemaafan. tetapi yang penting, tiada watak yang diketengahkan dengan perwatakan yang cukup sempurna. berlainan dengan novel-novel sekarang.
saya pun dah bawa feomena KCB ni kat rumah saya, bagi adik-adik kat rumah tengok.ehm..daripada tengok cerita-cerita yang tak bawa erti apa-apa kan.
cuma agak meleret cerita pasal kes kehilangan sarah..jadi agak bosan tapi ehm nasib lah boleh skip..hee..
Jazakillah.
Ya, perkara itu juga yang saya pernah bincangkan bersama rakan2 yang lain, bilamana mereka tidak menangguh untuk membuat sesuatu pekerjaan, malah jika perlu, mereka membuat musyawarah untuk memutuskan.
Dalam masa yang sama, mereka sentiasa nasihat-menasihati, ingat-memperingati antara satu sama lain, walaupun dalam keadaan bertengkar atau berselisih faham, masih mampu untuk mengingatkan dengan ayat2 Allah dan hadith Rasulullah. Sikap mereka yang sentiasa husnuz zhon akan kejadian sesuatu perkara itu perlu kita contohi.
Mengenai cerita kehilangan Sarah tu..saya pun ada skip2 jgk..heh..
Salam...
Setuju dari apa yg ditulis..nampak keindahan islam bila semua yg dilakukan sesuai dgn kehendak ALLAH..Allahu Akbar! perkara yg paling penting iaitu solat yg ditegakkan..sentiasa meletakkan solat itu sendiri ade kejayaan disisi ALLAH andai kita memberatinya..dan byk lg contoh2 yg boleh diambil dr filem ni. Moga perfileman malaysia khususnya sensitif perkara begini..keindahan akhlak juga amat penting ditonjolkan kerana ia adalah identiti islam yg sebenar, bukan islam hanya pd nama, mmg sedih kan, lihat drama2@filem2 melayu kita skrg ni, segala batas pergaulan tidak mencerminkan sbg seorg islam yg sebenar..yg mne seharusnya perlu ade mesej dakwah dlm setiap penceritaan..kita sama2 doakan semoga dibukakan mata hati bg menegakkan kebenaran..
syukran..sudi berkongsi dan ianya bermanfaat... :) ni email ana: aisyahhumaira51@yahoo.com..sudi2kanlah berkongsi dgn ana ye..Salam ukhuwah fillah abadan abada..salah tlg betulkan ye :)
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Terima kasih atas respon saudari. Moga Allah memberkati segala usaha kita.
InsyaAllah, moga dapat manfaatnya bersama. ^^
Assalamu'alaikum warahmatullah.
Khusus buat sahabiah di UIA Gombak dan area berdekatan, dan amnya kepada sesiapa sahaja.
InsyaAllah Sinetron KCB SR ini hanya memerlukan 8.70GB sahaja. Jadi kepada sahabiah yang ingin meng'copy' sinetron ini, boleh lah memberikan hard disk atau segala 'drive' yang ada yang boleh memuatkan kapasiti sinetron ini kepada ana. Atau sambil2 boleh ziarah ke bilik D 1.5 Mahallah Sumayyah, UIA Gombak.
Dan sejuta kemaafan kepada mana2 yang ingin supaya ana menghantar melalui e-mail, bahawasanya ana sukar untuk melakukan sedemikian atas faktor connection yang lemah di kampus. Mohon maaf atas kesulitan.
Jazakumullahu khairan kathira. ;)
*Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak ini.*
from : admin
salam...
memang sinetron ini boleh dikategorikan sebagai Islamik. inilah sinetron yang memberi nafas baru kepada industri ini.
cuma, ana musykil tentang 'download' mendowload' kerana dowload dilihat sebagai mengambil sesuatu yang tanpa izin tuan punya sinetron/ apa-apa yang berkaitan.
maaf, cuma musykil sahaja.
best2!!!
byk bg pengajaran & plajaran
Post a Comment