MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, June 25, 2010

Berjalan, Melihat dan Mentafsir di Medan..


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Bismillah wal Hamdulillah.

Seinfiniti pujian bagi Allah kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, penulis masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam, begitu juga harapnya bagi para pembaca sekalian.

Semalam, ana bersama kedua ibu-bapa alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia dari Medan, Indonesia. Perjalanan kami yang mengambil masa selama 4 hari ini sedikit sebanyak memberi seribu kenangan dan pengalaman. InsyaAllah ana akan memberi sedikit gambaran kehidupan di Medan ini, memandangkan ada individu yang meminta ana untuk berkongsi pengalaman di sana.


21 Jun 2010

Kami disambut khas oleh salah seorang Dosen (Pensyarah) Fakultas Ekonomi, Universitas Sumatera Utara (USU), Pak Wahyu dan Mas Walad (anak kepada Dean, Pak Jhon). Pada hari pertama, kami dibawa ke Wong Solo (salah sebuah restoran di sana) untuk makan malam. bersama Dosen-dosen yang lain di fakultas Ekonomi juga serta Dekan Pak Jhon dan isteri. Alhamdulillah, makanannya enak-enak.


Mengikut khabar yang kami dapat, pada asalnya restoran ini mendapat kunjungan yang sangat ramai pada setiap waktu terutamanya pada waktu malam. Akan tetapi setelah pemilik restoran ini telah bernikah lagi (poligami), kunjungan ke sana jadi merosot serta-merta sebagai tanda mereka (pelanggan2) memprotes amalan ini, terutama kaum ibu. Adat mereka, mereka tidak mengamalkan poligami malah seolah-olah meng'haram'kan poligami. Walaubagaimanapun, pemilik restoran ini membuka lagi cawangan-cawangan restorannya yang lain untuk setiap isterinya.

Pada malam hari pertama di sana, kami menginap di Wisma USU. Kami diberi dua kamar (bilik). Solusinya, ana satu kamar, mak dan bapa satu kamar. Conquer.. :)


22 Jun 2010

Kami bersarapan di sebuah kedai makan. Menu pada pagi itu ialah nasi soto. Sedap juga, alhamdulillah. Kemudian kami pulang semula ke tempat menginap untuk berpindah ke Hotel Madani (Hotel Syari'ah pertama di Indonesia [kalau tak silap]). Setiap kali waktu solat, mereka buat announcement di Hotel walaupun kita boleh dengar azan dari Mesjid Raya Al-Mashun (terletak berhadapan dengan Hotel Madani).



Kami dibawa ke Simalem Resort. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam ini membuka minda kami akan gaya hidup masyarakat di sini. Pemandangan dari sudut atas di Simalem Resort ini membuka ruang kepada kami untuk melihat dan menghayati betapa indahnya ciptaan Allah terhadap keindahan Danau Toba (Lake Toba) yang sejarahnya merupakan tempat letusan gunung berapi.


Subhanallah..~


Bapak bersama pemandu khas dari USU.

Menjengah sebentar ke Agro Market, hasil tanaman di Simalem Resort.




Tanaman bunga-bungaan di sana.




Sebelum pulang, kami menjamu selera di Kodon-Kodon Cafe.
Menu ana : Soto ayam + nasi putih.

Mee goreng. Enak juga..

Nasi Rames.

Kentang goreng.


Pemandangan dari sisi resort.



Destinasi seterusnya adalah ke Pasar Buah di Berastagi.


Buah pisang kaki @ kesemeg.

Singgah sebentar menikmati jagung bakar.

Check-in di Hotel Madani.

Ruangan menunggu di tingkat bawah.

Posisi : di hadapan lif setiap lantai (aras).

Ruang tamu di dalam kamar.


23 Jun 2010

Hari berikutnya bapak kami di bawa ke kantor (pejabat) Dean Fakultas Ekonomi USU, Pak Jhon, manakala kami dibawa berjalan-jalan ke Pajak Ikan, Kedai Rabbani dan makan tengah hari di Warung Ijo oleh Kak Esa Setiana, secretary pak Jhon merangkap isteri kepada Dosen Paidi Hidayat.

Pajak Ikan (bukan jualan ikan, tetapi pakaian-pakaian)






Ada kedai yang menerima wang Ringgit Malaysia.

Kebanyakan artis-artis di Indonesia membeli tudung di sini.

Pada malam ketiga, ana bermalam di rumah Kak Esa sambil berkenal-kenalan dengan umi Kak Esa. Sementara, mak dan bapa bermalam di hotel. Peluang untuk berdikari.. :)


24 Jun 2010

Sebelum bertolak pulang ke hotel, umi Kak Esa membawa ziarah ke dusunnya. Kemudian, ana dibawa keliling USU.










Singgah sebentar untuk menikmati makan pagi di tepi jalan.. :)

Siomay : Rp 8000 = RM 3

Kolak Durian : Rp 7000 = RM 2.60

Air Kelapa : Rp 3000 = RM 1.10

***********

Antara pengangkutan awam di sana ialah beca, ojek (taksi motor) dan sudaku. Salah satu 'budaya' mereka adalah membunyikan 'hon' ketika di jalan raya. Ramai juga anak-anak kecil dan remaja yang meminta sedekah di tengah-tengah jalan. Undang-undang jalan raya di sana mengikut pemerhatian ana kurang ketat. Jalan sesuka hati tanpa melihat lampu isyarat malah ingin melintas jalan pun kalau kita orang Malaysia, sampai esok pagi tak selesai.. Walaubagaimanapun, masyarakat di sana sangat cekap dan kurang berlaku kemalangan. Begitu juga dengan kes ragut, kurang berbanding Jakarta.

Bangsa melayu di Indonesia asalnya dari Medan, tetapi kebanyakannya di sini adalah berbangsa jawa dan cina. Rata-rata golongan orang berada di Medan ini adalah orang cina, selari juga dengan banyaknya gereja di sini.

Orang batak kebanyakannya terdapat di Danau Toba dan majoriti dari kalangan mereka adalah beragama kristian. Sepanjang perjalanan di Berastagi, banyak kedai di tepi jalan yang menjual 'Babi Panggang'. Agak jelek bila terpandang perkataan tu. T_T

Selain itu, di Medan (atau di Indonesia mungkin) juga terdapat 6 bank syari'ah termasuk Bank Muamalat.

Apa yang menarik perhatian ana adalah perkataan yang terdapat di satu banner di sana.
"Yayasan Binayah - Pondok Pengkaderan Anak Sholeh".
^_^

**********

Alhamdulillah, kami tiba di LCCT lebih kurang pada jam 7.30 malam.

Syukur pada Allah kerana memberi keizinan dan peluang kepada kami untuk selamat pergi dan pulang. Terima kasih atas doa kalian. Ucapan penghargaan juga ditujukan khas kepada warga USU terutama kepada Pak Wahyu, Pak Jhon, Kak Esa Setiana, Pak Paidi Hidayat dan yang seangkatan dengannya. Segala jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Mohon kemaafan atas segala kekurangan coretan pengalaman ke Medan baru-baru ini.

Wallahu a'lam.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
-Surah Ali-'Imran : 190-191-


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~



3 comments:

dalila said...

salam ziarah..

emm, tika baca post ni, asyik nk terbaca lam bahasa indon je..

hehe..

ok, nice moment..

meh la melawat sini pulak..

hehe

'Aishah Jauhara said...

he..~
kita yang menulis ni pun,asyik nak tulis dalam bahasa indon je.

melawat sini?sini tu mana? :)
insyaAllah ada rezeki,sampai la ke sana..doakan~

terima kasih atas ziarah.. ^_^

Hasbullah said...

Dalam banyak-banyak gambar, gambar makanan yang paling menarik perhatian.. Lepas ni, cadangan, postkan lebih banyak gambar makanan, terutama time bulan Ramadhan..