MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, June 4, 2010

Think Positive..


1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu :


“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku."

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik daripadaku.”

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku.”

6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh."


p/s: Walaupun kita sering terbaca atau terdengar perkara di atas ni, tapi bagi saya, apabila saya ''post'kan entry ni, membuatkan saya dan pembaca lebih ingat, kerana kadang-kadang kita terlupa, kita juga seorang hambaNya yang sering melakukan kesilapan dan dosa. Maka, tidak perlu menuding jari ke arah sesiapa, jika kita sendiri belum melakukannya.

Sekadar perkongsian untuk mengisi hati dan jiwa yang kosong dengan peringatan dariNya.

Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

No comments: