Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..
Saat ini, saya berada di rumah, atas saranan daripada keluarga supaya pulang pada hujung minggu ni. Kerana apa? Kerana kondisi saya yang kurang sihat, sehingga terpaksa mengecualikan diri dari menyertai Kem Remaja Intelek yang diajak oleh senior saya. Apakan daya, saya terpaksa menolak ajakan tersebut memandangkan kesihatan saya kurang baik sejak hari Selasa yang lepas, walaupun pada hakikatnya, ingin sekali ku menyertai program-program sebegitu masakan sudah lama tidak menjamah secebis tarbiyah dariNya..
Sepanjang minggu ni, banyak agenda yang tidak dapat ku penuhi. Sehinggakan kuliah pada hari Rabu, saya tidak dapat menghadirinya walaupun tanpa surat cuti. Mesyuarat dan interview 'Campus Buddies' pun saya tidak berdaya untuk meghadirinya. Berkali-kali sahabat sedorm menasihatiku supaya pergi ke klinik,tapi..malas dan tak larat..ya..malas..tak patut kan? Thanx kepada Faezza, Syakira, Ekin, Qur dan Haziqah meskipun terpaksa mendengar leteran antunna semua untuk kebaikan diriku. Mak dan bapak pun dari pagi tadi sampai sekarang, menasihatiku agar ke klinik, tapi aku hanya memberi respon dengan menggelengkan kepala.
Saya telah membuat analisa bahawa sejak meningkat dewasa, paling kerap saya akan sakit sebulan sekali. Kenapa ye? Mungkin anti-body saya tak kuat. Mungkin juga saya tak pandai jaga kesihatan diri. Lagi pula sekarang ini, wabak H1N1 semakin berleluasa sehingga hari ini telah meragut nyawa seramai 59 orang di negara Malaysia yang serba BOLEH ini. Tak kurang juga ada yang mengatakan saya demam konvo. Macam2.. Tapi apa-apa pun, saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Seringkali saya bermonolog sendirian, 'Alhamdulillah..moga2 sakitku ini sebagai kafarah dosa-dosaku yang telah lalu..' Dan sakit juga sedikit sebanyak telah mengingatkan diriku akan KEMATIAN..
Ya..Dosa-dosaku yang menggunung tinggi ini,harapnya dapat dikikis sedikit demi sedikit. Seorang sahabat telah mengirim sms kepada saya baru-baru ini..
"Janganlah kamu berasa susah apabila ditimpa penyakit malah bersyukur dengannya..kerana Allah menjanjikan 5 perkara sebelum 5 perkara..Sesiapa yang redha bila mendapat susah, dia beroleh pahala..dan sesungguhnya penyakit penghapus dosa..insyaAllah buku amalan yang baru ini berkurangan dosanya.."
Jazakillah Hazirah..
Kadang-kala kita sering terlupa akan nikmatnya. Bila sesuatu ujian datang menimpa kita, baru kita terhegeh-terhegeh untuk mengingatiNya. Itulah fitrah sebagai seorang manusia. Insan yang sering lupa akan kekuasaan dan kehebatan Allah Taala, Pencipta segala-galanya. Ada hikmah juga, mengapa Allah datangkan sakit kepada diri saya, agar saya lebih banyak mengadu kepadaNya berbanding manusia ciptaanNya. Terima Kasih Ya Allah..Dekatkan aku kepadaMu, Ya Rahman.. Moga Kau dapat beriku kesabaran dan kecekalan dalam menghadapi ujianMu, Ya Rahim..

Ya Allah,
Kau pemberi segala penyakit..
dan Kau juga pemberi penawar atas segala penyakit..
moga-moga..
Sakitku penghapus dosa..
Maafkan daku..
Maafkan HambaMu ini,
Ya Allah..

No comments:
Post a Comment