MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, August 2, 2009

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :


1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu


2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan


3. zakat dijadikan hutang


4. suami memperturutkan kehendak isteri yang melampaui batas


5. anak derhaka terhadap ibunya;


6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya


7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya


8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid


9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka


10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya


11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat


12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)


13. para artis-artis disanjung-sanjung


14. muzik banyak dimainkan


15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah(angin ahmar) atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

No comments: