MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, June 19, 2011

Sebelum Tiba Saatnya..


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kedua-dua mempelai menanti dengan penuh debaran. Setelah ini, si pemuda kacak bakal menambah beban di bahu, membuktikan janji-janji setia yang ditaburkan untuk membahagiakan dan mendekorasi mahligai bersama. Si wanita cantik berseri pula kelak diserahkan penuh adab pada si jejaka, tersemat di benak agar wajib turuti segala perintah si suami yang setia. 

Sanak-saudara memenuhi ruang legar masjid, menunggu ketibaan tok kadi. Anak-anak kecil berlari-lari bermain polis entri. Ibu-ibu sibuk membetulkan tudung yang senget sana, senget sini. Para ketua keluarga bercerita penuh lawak jenaka tak kering gusi. Hanya si jejaka itu duduk, tertunduk, sesekali cuba menghangatkan tangan yang semakin dingin, gementar barangkali. Si puteri itu pula bersimpuh malu, bercampur-baur perasaan, SMS bertandang mendoakan kelancaran majlis akad nikah sebentar lagi.

Dulang hantaran tersusun rapi. Jika disusun sebaris, mahu satu saf yang bisa memuatkan 40 jemaah. Cincin pernikahan, jam tangan, kasut, pencuci sana pencuci sini, Mushaf Al-Quran beserta tafsir dan terjemahan, dengan berwarna-warni tulisan; dan bermacam-macam coklat dan buah-buahan.

Langkah bergaya tok kadi memasuki perkarangan. Disambut baik, bersalam-salaman. Duduk bersila, memanggil pengantin lelaki menghadap. Majlis bermula.

Mukaddimah disertai dengan doa puji-pujian buat Yang Maha Esa. Taklimat dan satu per satu tazkirah dihadiahkan buat sang mempelai yang bakal mendirikan rumah tangga. Sampai satu masa..

Tok Kadi : Besar Al-Quran tu. Dah pernah khatam baca belum?
Encik A : Err.. Belum ustaz.. Saya selalu baca Surah al-Fatihah dan 3 Qul je.. Yang lain, tak sempat.. heh.. =.=




Maka, merah padamlah wajah si pengantin lelaki. Menyesal tak sudah. Lantas berlegar-legar di fikirannya akan tanggungjawab mendidik si isteri agar melazimi membaca Al-Quran bersama seperti yang dinasihatkan oleh tok kadi sebentar tadi. Tidak terhenti di situ, solat pula kadang buat, kadang buat-buat tak sempat. Puasa pula selalu tak tahan lapar dan dahaga. Pening memikirkan hal tanggungjawab diri dan bakal isteri yang bakal digalas.

Jangan pernah diungkapkan kata penyesalan, kerana tiada sesalan buat manusia akan perkara yang telah berlalu. Apa yang ada, hamparan masa hadapan terbentang menunggu untuk kita mencorakkannya kembali sesuai dengan kehendak dan tuntutan syariat. Jernihkan kisah silam dengan taubat penuh penghambaan. Kerana, hanya Allah lah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penerima Taubat.

Hijrahkan diri ke arah yang lebih baik, sementara peluang dan masa yang ada, sebelum tiba masanya....

Sebelum tiba saatnya lafaz sakinah..



Sebelum tiba saatnya bertemu Allah, Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

13 comments:

Cik Lina said...

muhasabah sebentar. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. begitulah sebaliknya. terima kasih ye untuk post ini :)

'Aishah Jauhara said...

Muhasabah bersama.

"At-toyyibatu lit-toyyibina wat-toyyibuna lit-toyyibaat.."

Benar, Allah yang telah menjanjikannya di dalam Al-Quran, jika kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Allah akan sediakan apa yang terbaik dan termampu buat hamba-hambaNya.

Terima kasih atas kunjungan dan komentar. ;)

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

Aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak senaskhah mushaf al-quran...moga al-quran terus bertakhta di hati~ust nadzri

pelayarilmu said...

takut juga hati kecil ini

'Aishah Jauhara said...

~Abdul Rahman Fauzi Al-Hafiz:
Ingatkan mas kahwin ust untuk Kak Rahmatulnisah.. :)

~pelayarilmu:
atasi ketakutan dengan kekuatan..moga bisa menjadi mukmin yang soleh dan bertaqwa..

Anonymous said...

Salamullah'alaik.

Ish. Dah tak lama ni shah. =)

~Aisyah Anasmosa

'Aishah Jauhara said...

~Aisyah Anasmosa:
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Haisy.. Wallahu a'lam. Allah lebih mengetahui.. :)

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...
This comment has been removed by the author.
'Aishah Jauhara said...

~Abdul Rahman Fauzi Al-Hafiz:
Subhanallah. Terbaik..
Kirim salam pada Kak Rahmatulnisah.. :)

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

Apabila telah tiba saatnya..

http://unique-durrofa.blogspot.com/2011/06/moga-al-quran-terus-bertakhta-di-hati.html

'Aishah Jauhara said...

Terima kasih atas perkongsiannya.

Jazakallahu khaira.

♪ khaulah hanan said...

mohon perkongsian ye..

'Aishah Jauhara said...

~alifah nasihah:
Silakan. Dengan senang hati.. Moga Allah meredhai.. :)