MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, June 25, 2010

Berjalan, Melihat dan Mentafsir di Medan..


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Bismillah wal Hamdulillah.

Seinfiniti pujian bagi Allah kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, penulis masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam, begitu juga harapnya bagi para pembaca sekalian.

Semalam, ana bersama kedua ibu-bapa alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia dari Medan, Indonesia. Perjalanan kami yang mengambil masa selama 4 hari ini sedikit sebanyak memberi seribu kenangan dan pengalaman. InsyaAllah ana akan memberi sedikit gambaran kehidupan di Medan ini, memandangkan ada individu yang meminta ana untuk berkongsi pengalaman di sana.


21 Jun 2010

Kami disambut khas oleh salah seorang Dosen (Pensyarah) Fakultas Ekonomi, Universitas Sumatera Utara (USU), Pak Wahyu dan Mas Walad (anak kepada Dean, Pak Jhon). Pada hari pertama, kami dibawa ke Wong Solo (salah sebuah restoran di sana) untuk makan malam. bersama Dosen-dosen yang lain di fakultas Ekonomi juga serta Dekan Pak Jhon dan isteri. Alhamdulillah, makanannya enak-enak.


Mengikut khabar yang kami dapat, pada asalnya restoran ini mendapat kunjungan yang sangat ramai pada setiap waktu terutamanya pada waktu malam. Akan tetapi setelah pemilik restoran ini telah bernikah lagi (poligami), kunjungan ke sana jadi merosot serta-merta sebagai tanda mereka (pelanggan2) memprotes amalan ini, terutama kaum ibu. Adat mereka, mereka tidak mengamalkan poligami malah seolah-olah meng'haram'kan poligami. Walaubagaimanapun, pemilik restoran ini membuka lagi cawangan-cawangan restorannya yang lain untuk setiap isterinya.

Pada malam hari pertama di sana, kami menginap di Wisma USU. Kami diberi dua kamar (bilik). Solusinya, ana satu kamar, mak dan bapa satu kamar. Conquer.. :)


22 Jun 2010

Kami bersarapan di sebuah kedai makan. Menu pada pagi itu ialah nasi soto. Sedap juga, alhamdulillah. Kemudian kami pulang semula ke tempat menginap untuk berpindah ke Hotel Madani (Hotel Syari'ah pertama di Indonesia [kalau tak silap]). Setiap kali waktu solat, mereka buat announcement di Hotel walaupun kita boleh dengar azan dari Mesjid Raya Al-Mashun (terletak berhadapan dengan Hotel Madani).



Kami dibawa ke Simalem Resort. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam ini membuka minda kami akan gaya hidup masyarakat di sini. Pemandangan dari sudut atas di Simalem Resort ini membuka ruang kepada kami untuk melihat dan menghayati betapa indahnya ciptaan Allah terhadap keindahan Danau Toba (Lake Toba) yang sejarahnya merupakan tempat letusan gunung berapi.


Subhanallah..~


Bapak bersama pemandu khas dari USU.

Menjengah sebentar ke Agro Market, hasil tanaman di Simalem Resort.




Tanaman bunga-bungaan di sana.




Sebelum pulang, kami menjamu selera di Kodon-Kodon Cafe.
Menu ana : Soto ayam + nasi putih.

Mee goreng. Enak juga..

Nasi Rames.

Kentang goreng.


Pemandangan dari sisi resort.



Destinasi seterusnya adalah ke Pasar Buah di Berastagi.


Buah pisang kaki @ kesemeg.

Singgah sebentar menikmati jagung bakar.

Check-in di Hotel Madani.

Ruangan menunggu di tingkat bawah.

Posisi : di hadapan lif setiap lantai (aras).

Ruang tamu di dalam kamar.


23 Jun 2010

Hari berikutnya bapak kami di bawa ke kantor (pejabat) Dean Fakultas Ekonomi USU, Pak Jhon, manakala kami dibawa berjalan-jalan ke Pajak Ikan, Kedai Rabbani dan makan tengah hari di Warung Ijo oleh Kak Esa Setiana, secretary pak Jhon merangkap isteri kepada Dosen Paidi Hidayat.

Pajak Ikan (bukan jualan ikan, tetapi pakaian-pakaian)






Ada kedai yang menerima wang Ringgit Malaysia.

Kebanyakan artis-artis di Indonesia membeli tudung di sini.

Pada malam ketiga, ana bermalam di rumah Kak Esa sambil berkenal-kenalan dengan umi Kak Esa. Sementara, mak dan bapa bermalam di hotel. Peluang untuk berdikari.. :)


24 Jun 2010

Sebelum bertolak pulang ke hotel, umi Kak Esa membawa ziarah ke dusunnya. Kemudian, ana dibawa keliling USU.










Singgah sebentar untuk menikmati makan pagi di tepi jalan.. :)

Siomay : Rp 8000 = RM 3

Kolak Durian : Rp 7000 = RM 2.60

Air Kelapa : Rp 3000 = RM 1.10

***********

Antara pengangkutan awam di sana ialah beca, ojek (taksi motor) dan sudaku. Salah satu 'budaya' mereka adalah membunyikan 'hon' ketika di jalan raya. Ramai juga anak-anak kecil dan remaja yang meminta sedekah di tengah-tengah jalan. Undang-undang jalan raya di sana mengikut pemerhatian ana kurang ketat. Jalan sesuka hati tanpa melihat lampu isyarat malah ingin melintas jalan pun kalau kita orang Malaysia, sampai esok pagi tak selesai.. Walaubagaimanapun, masyarakat di sana sangat cekap dan kurang berlaku kemalangan. Begitu juga dengan kes ragut, kurang berbanding Jakarta.

Bangsa melayu di Indonesia asalnya dari Medan, tetapi kebanyakannya di sini adalah berbangsa jawa dan cina. Rata-rata golongan orang berada di Medan ini adalah orang cina, selari juga dengan banyaknya gereja di sini.

Orang batak kebanyakannya terdapat di Danau Toba dan majoriti dari kalangan mereka adalah beragama kristian. Sepanjang perjalanan di Berastagi, banyak kedai di tepi jalan yang menjual 'Babi Panggang'. Agak jelek bila terpandang perkataan tu. T_T

Selain itu, di Medan (atau di Indonesia mungkin) juga terdapat 6 bank syari'ah termasuk Bank Muamalat.

Apa yang menarik perhatian ana adalah perkataan yang terdapat di satu banner di sana.
"Yayasan Binayah - Pondok Pengkaderan Anak Sholeh".
^_^

**********

Alhamdulillah, kami tiba di LCCT lebih kurang pada jam 7.30 malam.

Syukur pada Allah kerana memberi keizinan dan peluang kepada kami untuk selamat pergi dan pulang. Terima kasih atas doa kalian. Ucapan penghargaan juga ditujukan khas kepada warga USU terutama kepada Pak Wahyu, Pak Jhon, Kak Esa Setiana, Pak Paidi Hidayat dan yang seangkatan dengannya. Segala jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Mohon kemaafan atas segala kekurangan coretan pengalaman ke Medan baru-baru ini.

Wallahu a'lam.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
-Surah Ali-'Imran : 190-191-


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~



Thursday, June 17, 2010

Seruan Lima Waktu..


Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com


Terdengar suara azan
Tinggalkan semua urusan
Ayuh-ayuh mari teman
Laksanakan perintah TUHAN
Namun kau katakan nanti
Nanti sekejap lagi
Kau sering katakan tunggu
Atau pergi dahulu


Bergema alunan azan
Puji kebesaran TUHAN
Ayuh-ayuh semua insan
Mari menuju kejayaan
Namun katamu tiada waktu
Biar saja berlalu
Dibuai helah duniamu
Seakan tak bersyukur

Manusia terlena dalam mimpi indah
Cinta dunia yang fana
Hanya sementara
Insan terlupa janji kepada TUHANnya
Terus mendustakan kurniaan Maha Esa

Terdengar suara azan
Tinggalkan semua urusan
Ayuh-ayuh mari teman
Laksanakan perintah TUHAN
Namun kau katakan nanti
Nanti sekejap lagi
Kau sering katakan tunggu
Atau pergi dahulu

Bersama kita junjung
Seruan lima waktu
Moga teguh dan padu
Tunjang agamamu

Manusia terlena dalam mimpi indah
Cinta dunia yang fana
Hanya sementara
Insan terlupa janji kepada TUHANnya
Maka nikmat TUHANmu yang manakah
Telah engkau dustakan


Bersama kita junjung perintah Yang Maha Esa~


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Tuesday, June 15, 2010

Surat Buat GADISku..


Bismillah wal Hamdulillah.


MALU?


MALU itulah yang menjadi kata hikmat para Nabi terdahulu seperti Baginda SAW yang bermaksud:


"Bila kau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu."


Dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa sahaja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.


BILA KAU TIDAK MALU.. KAU BOLEH MEMBUANG SELURUH PAKAIANMU!!

BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MENYEBUT SECEMAR-CEMAR BAHASA!!
BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MELACURKAN SELURUH HIDUPMU, KELUARGAMU BAHKAN ZURIATMU!!


Wana'uzhubillah! Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya.. Kasihan!! Di dunia terhina, di akhirat merana..


WAHAI GADIS-GADIS..


PERTAMA:


Jadilah permata, bukan kaca atau emas bukan loyang atau sutera bukan benang. Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli terdiri daripada:


1- IKHLAS HATI KEPADA ALLAH.

2- BERSIKAP BENAR DALAM SEGALA KEADAAN.
3- TETAP PENDIRIAN DALAM PERJUANGAN.

4- MENURUT JEJAK LANGKAH RASULULLAH SAW ATAU HIDUP DALAM LINGKUNGAN SYARA'.

5- SENTIASA REDHA DENGAN QADA' ALLAH.

6- GIGIH BERIKHTIAR SEBELUM BERTAWAKKAL / BERSERAH DIRI.

7- MENINGGALKAN JAUH SEGALA SIFAT NIFAK ATAU KEPURA-PURAAN.

Apabila bahan itu di adun baik, pastinya kau kelihatan cantik seperti sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. biarlah pakaimu ditenun dengan TAQWA, biarlah gerak langkahmu di sulam dengan rendah diri sentiasa.


KEDUA:

Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik namun, amat berguna. Ramuan ubat tersebut ialah:


1- SABAR YANG INDAH DALAM MENEMPUH MEHNAH/UJIAN.

2- BERSEDIA DITEGUR DAN DIKRITIK KERANA ORANG YANG BERLAPANG DADA ITULAH YANG AKAN MENINGKAT TINGGI. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin, bukan menurut angin.

3- BANYAK MEMBERI BUKAN MENERIMA. SUDAH TENTU SEBELUM MEMBERI PERLU MEMILIKI SEBAB ORANG YANG TIDAK PUNYA SESUATU TIDAK MAMPU MEMBERI SESUATU. Berkhidmat dahulu, hasil menyusul kemudian.
4- SENTIASA BERFIKIRAN BESAR DAN MENGATUR PERSEKITARAN MENJADI KELAS PERTAMA.

5- BERTINDAK MENCARI KEJAYAAN DAN MENCIPTA PELUANG, BUKANNYA BERSEDIA MENCARI ALASAN UNTUK SEBUAH KEGAGALAN.
6- MEMBUANG TIGA SIFAT ORANG-ORANG KECIL SEJAUH MUNGKIN IAITU, MEMBUANG MASA, BANYAK MENGURUSKAN HAL-HAL KECIL DAN SUKA BERTENGKAR DAN BERDEBAT.


Semua ramuan di atas berupa SABAR, LAPANAG DADA, BERKHIDMAT, BERFIKIR BESAR, BERTINDAK DAN MEMBUANG SIFAT ORANG-ORANG KECIL MERUPAKAN UBAT DAN MAWAR KEHIDUPAN CEMERLANG.


KETIGA:


Jadilah penyuluh bukan pembunuh. Nama resipi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu. Antara bahan yang diperlukan itu ialah:


1- IBADAH SYAKHSIYYAH.

2- NASIHAT DAN KATA HIKMAH.

3- BUDI PEKERTI MULIA DAN ADAB SOPAN BERHARGA.

4- PANDUAN SIRAH DAN HADIS-HADIS NABI SAW.

5- PETUNJUK ALLAH YANG UTAMA IAITU AL-QURAN YANG MULIA.


Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. Sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya maka, inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup: AL-QURAN, HADITH, AKHLAK, NASIHAT dan IBADAH.

Cubalah.. dan engkau wahai GADIS-GADIS akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh, maka yang lainnya tidak ada lagi selain PEMBUNUH!


p/s: Sampaikan Firman TUHAN MU..


-thanx to Dyg Seri Nur Imanina-

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~