MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Saturday, June 13, 2009

Dr Fathi Yakan Telah Pergi Menghadap Ilahi..

Sosok pejuang ini adalah nama yang besar yang telah melestarikan dunia kebangkitan Islam dengan menghasilkan puluhan buku dakwah yang telah mencerahkan langit kebangkitan Islam daripada salah faham agama ini. Beliau adalah rakan baik gerakan Islam negara ini dan telah beberapa kali hadir dalam majlis muktamar dan juga himpunan gerakan Islam. Buku-buku beliau telah ditatap oleh jutaan pembaca di seluruh belaan dunia Islam dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Pengaliran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada anak-anak muda termasuk aktivis kampus terutamanya adalah kerana sentuhan tulisan beliau yang sangat cerdas dan mengasyikkan peminat dunia dakwah dan harakah.

Dr Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tripoli Lubnan. Beliau berkahwin dengan Puan Dr Mona Haddad Yakan dan dikurniakan 5 orang cahaya mata (4 perempuan dan 1 lelaki).

Telah berjaya memperoleh PhD di dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun pada peringkat B.A dan M.A beliau belajar bidang kejuruteraan. Pergulatannya secara langsung dalam medan jamaah dan dakwah telah memberikan cahaya akal yang bergemerlapan yang diluncurkan dalam tulisan-tulisan beliau.

Beliau merupakan antara tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau pernah merakamkan dalam tulisannya..:

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

-Dipetik dari buku Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden-

Namun, Allah Taala ternyata menyayangi beliau tatkala pabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari ini di saat beliau berumur 76 tahun untuk menemui Penciptanya. Tersentak diri ini seketika lantas menyedekahkan sekalung al-Fatihah buat beliau setelah menerima sms dari seorang sahabat yang memberitahu akan pemergian beliau. Akan tetapi apabila penulis mencari maklumat mengenai kematian beliau pada malam hari mendapati ada sedikit kekeliruan bahawa beliau belum lagi meningal dunia, walhal beliau ketika itu mengalami keadaan yang sangat kritikal akibat penyakit angin ahmar. Kira-kira jam 1 pagi lebih, 14 Jun 2009, penulis mendapat berita beliau baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahi wa innailaihirojiun.. Walaubagaimanapun, semangat dan kekentalan beliau dalam mengalami dan menghadapi tribulasi yang mematangkan perjuangannya telah memberikan suntikan jihad ke dalam darah dan diri pemuda-pemuda Islam yang dahagakan syahid fisabilillah, insyaAllah..

Al-Fatihah..

Apabila Hijab Diperlekehkan..


Ringkasan pendapat mereka tentang aurat muslimah/tudung:

1. Pakaian tidak mencerminkan keimanan seseorang.

2. Menentang undang-undang tentang tentang pakaian wanita (kod etika dalam berpakaian). Bagi mereka wanita berhak menentukan bentuk pakaian yang mereka hendak pakai berdasarkan keimanan masing-masing. Undang-undang adalah bentuk paksaan. Paksaan adalah bertentangan dengan Islam

3. Menyangkal pandangan bahawa al-Quran secara jelas dan terang menentukan bentuk pakaian muslimah.

4. Menganggap bahawa penafsiran tentang pakaian muslimah sering dilihat dalam konteks budaya dan sejarah Arab kurun ke 7 Masihi.

5. Menurut mereka: Jenis pakaian yang dipanggil jilbab ini, yang dipakai oleh wanita bangsawan Arab Jahiliyyah, menandakan mereka sebagai wanita terlindung dan mesti dihormati di khalayak ramai. Akhirnya pakaian ini telah dijadikan pakaian yang dianggap sopan di zaman Nabi saw. Surah al-Ahzab, 33:59 memerintah kaum muslimat supaya memakai pakaian seperti ini. Dengan itu mereka akan dihormati dan tidak akan diganggu. Prinsip sejagat yang terdapat pada ayat tersebut adalah sikap menghormati kaum wanita, bukannya pemakaian jilbab, yakni pakaian yang khusus untuk satu budaya dan sejarah yang tertentu.

artikel dari:murobbi_87@yahoo. com

Friday, June 12, 2009

Al-Fatihah..

Before I go any further, let us recite Al-Fatihah to Allahyarham Akh Ammar Zulkifli (x-DQ, student Persijilan Tahfiz, Gen 7) as Sadaqah of his death last Wednesday and pray for him . The information told that he had an accident before he died. While in Darul Quran, he was Vice President 1 of Intellectual Quranic Generation Club (IQRaC) 2006/2007 session for a while..

Salam. (11th June 2009 news)

Our friend, our brother in Islam, Ammar Zulkifli had just passed away last night at 10.30p.m. Egyptian time. He involved in an accident with another 4 of his friends. Allahyarhamhu was a medical student in Kaherah, Egypt.

Report about the accident and tribute to Ammar here , here , here , and here. and this is Ammar's blog.

My deepest and sincerest condolences go to his family members and hope that they'll be strong and accept His arrangement of our fate.

Al-fatihah. May Allah forgive his soul and place him among As syuhada' and As Solihin in Paradise. May Allah accept his good deeds.

" Every soul shall have a taste of death: and only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. only He who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): for the life of This world is but goods and chattels of deception."
( Aali Imran: 185)

A reminder for us who is still alive. Are we ready yet?

Latest update: Jenazah Akh Ammar Zulkifli is expected to arrive from Egypt at KLIA, 10 pm 13th June 09 Saturday and will be brought directly back to Penang by van. And Insya Allah will be buried after Subuh prayer on 14th June, Sunday.

For those who are going to give their last respect, please drive carefully.

update2: news on BERNAMA.

[copied from http://kokoro-no-haiku.blogspot.com/2009/06/al-fatihah.html]

Wednesday, June 3, 2009

BerTUNANG.. Bersediakah aku??

urm,ramai beno ana tengok yang cuba berjinak2 untuk membuat artikel atau cerpen berkenaan dengan hati, cinta dsb..tapi takpelah..moga2 ia menjadi satu wasilah untuk kita berdakwah ke jalanNya..

Sebenarnya ana sudah pun bertunang..
Sejak berumur 12 tahun lagi.. Sejak bertunang, macam2 taklifat kena sempurnakan.. makan minum semua kena jaga..tak boleh tinggal si dia, kalau tidak, merajuk la..lari nanti..

Sampai la mencecah umur 18 tahun, akhirnya ana diijabkabulkan dengan si dia.. Baru2 ni je, dalam Bulan 2..Lagi la..kena jalankan tanggungjawab sebaiknya, al-maklumlah..pabila tanggungjawab bertambah digalas di bahu..pelbagai mehnah dan tribulasi muncul..yang bagi sokongan tu alhamdulillah,ada juga yang dengki..hurmm..macam2 la..tapi kita kena sentiasa berlapang dada..husnuzzhon..nak tak nak, segala apa yang kita lakukan,nanti akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak..

Ya Allah, jadikanlah si dia pemberi syafaat kepadaku di Hari yang Kau janjikan untuk semua makhluk..

Ana impikan bahawa si dia akan menemani ana di alam kubur nanti..dia lah yang membela ana tatkala Malaikat datang untuk menjalankan tugasnya..dialah yang menerangi kegelapan di alam barzakh itu nanti.. Ya Allah, jauhilah dia dari memberi laknat kepadaku..aku mohon dengan sangat..

Ana yakin dengan si dia..Allah juga telah menerangkan bahawa tiada keraguan padanya..

{{... ذلك الكتب لا ريب فيه }}

Ana akan pegang dia sungguh2..dan cuba untuk beramal dan mengikut apa yang terkandung di dalamnya..seperti sabda Baginda..

(( تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله وسنة نبيه ))

Siapa2 yang ada teman hidup. maka jagalah mereka sebaiknya..setialah padanya sebelum diri kita dipanggil untuk menghadapNya..

Ana teringat satu sms yang ana terima..dan mungkin kebiasaan kita baca..

1 hari..
Aku akan tinggalkan kamu..

1 hari..
Aku akan lari darimu..

1 hari..
Kamu akan menyesal kerana tidak memilikiku..

1 hari..
Kamu akan tahu bahawa akulah segala-galanya untukmu..

1 hari..
Bila kamu menyedarinya..
Kamu sudah terlambat untuk memilikiku..

Kerana Aku....

AL-QURAN sebagai panduan hidupmu..

Maka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi penciptaku..

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran, KalamMu ini, menjadi pembela kepada kami dan bukan pelaknat fi Yaum Ad-Deen..amiin..

gambar sape ye di atas ni? ni la gambar abang ana yang termuda..gambar ni diambil sewaktu beliau berada di Mesir..jd sape2 rasa yang berkenan dengan dia ni, bolehlah contact ana..sori ye bang..saje promote..hehe

Maaf, tak sempat pulak nak tulis panjang lebar..
Setakat itu sahaja.. Apa yang baik itu,ambillah sebagai pedoman dan yang kurang baik itu sebagai pengajaran...
InsyaAllah esok, ana akan masuk daftar di Pusat Asasi UIA dan mengambil jurusan Economics and Management Sciences..Doakan kejayaan ana dan dapat istiqamah di jalanNya..ameen..
Asif wa Syukron kathir 'ala kullihal..
Ma'assalamah..wa Ilal LIqa'..