Seusai sudah menikmati sahur, aku mencapai handphoneku, lantas ku menghidupkan telefon berjenama Sony Ericsson itu. Tatkala menunggu kedengaran azan Subuh, sekali gus menandakan waktu bersahur telah tamat, aku menggelengkan kepala, mengingat akan kecuaian aku meninggalkan charger phone di asrama. Masakan tidak, hanya aku seorang yang memakai telefon bimbit berjenama sony dalam keluargaku. Lalu, aku terpaksa meng’off’kan hp buat seketika sepanjang berada di kampung halaman.
Kali terakhir aku meng’on’kan hp adalah jam 12 pagi tadi, semata-mata untuk mengucapkan ‘Sanah Helwah’ kepada salah seorang adik-beradik usrahku, Ateh. Sejurus selepas itu, aku menutupnya kembali. Tiba-tiba, aku mendapat 3 mesej. Satu mesej dari Ateh, yang mengucapkan terima kasih untukku. 2 mesej lagi dari orang yang sama. Dia juga adik-beradik usrahku, Acik, merangkap bekas Roommate ku sewaktu di Darul Quran dahulu.
“Adik, bangun qiam.. Adik, Acik rindu Adik.. Acik rindu saat-saat kita bangun qiam sama-sama.. sangat indah masa tu.. Aku rindu ko..huhu.. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami untuk mencintaiMu Ya Allah.. Adik, Acik sayang Adik.. Fillah..Lillah..”
Dua kali dia menghantar mesej itu kepadaku. Mungkin kerana mesej kali pertama tidak delivered. Aku terdiam seketika. Tanpa berbuat apa-apa, aku terus bangkit dan menuju ke toilet untuk menyiapkan diri sebelum menunaikan Solat Subuh. Ayat dia terngiang-ngiang sehingga sekarang. Aku tidak mengerti, mengapa aku tidak membalas mesejnya sehingga kini. Tapi, kali ini, aku karang khas satu warkah untuk kau, Acik..
Terkenang kembali saat-saat kita mula menjejakkan kaki ke bumi barokah, Darul Quran. Kita sama-sama masuk mendaftar untuk pengambilan kedua. Kita betul-betul tidak serasi. Pada mulanya, aku agak gembira sebab dapat roommate orang Kedah, sebab mak pun anak kelahiran Kedah. Tapi, setelah beberapa hari berlalu, kita masih tidak bertegur sapa. Sikit-sikit tu, ada lah. Aku jugak yang tergerak nak pergi minta no phone dengan kau, kalau tak...
Setiap kali kakak senior di sekolahku datang menjengukku di bilik, pasti kau tiada. Dan setiap kali kau ada di bilik, aku pula yang tiada. Aku tahu, dulu kau mengadu pada kakak-kakak yang kau tidak serasi duduk sebilik dengan aku. Tapi, setiap kali kakak-kakak bertanya kepadaku perihal kita, “Macam mana dengan roommate?”. Aku jawab, “Alhamdulillah..kitorang OK je..”. Aku cuba berselindung dari hal sebenar. Aku faham kau rasa keseorangan sebab aku selalu bersama-sama rakan-rakan sekolahku dahulu. Jadi, kau pun mengambil inisiatif untuk buat perkara yang sama.
Suatu ketika, kita diminta oleh Exco HEWI untuk menukar bilik. Aku ingat lagi, betapa kerasnya kepala kau saat tu. Kalau baling dengan batu, sure tak pecah kepala kau tu. (Sorry..just kidding..) Alasan yang kau beri, kau tak nak bilik yang menghadap asrama banin. Nanti tak boleh buka langsir dan tingkap. Kau nak bilik yang menghadap taman. Masa tu, kita sama-sama kena ‘ceramah’ dengan akak-akak. Aku dah tak tau nak buat apa sebab aku tak kisah dapat bilik mana-mana pun. Masa tu, aku malas nak layan kau. Suka hati lah nak buat apa pun. Tapi, yang sedihnya, tergamak kau cakap, “Kalau kau nak pindah, pindah la sorang-sorang. Aku nak duduk sini je..” Habis, aku nak duduk dengan siapa? Last-last, aku ikut kau juga..=)
Venue: Surau Asrama Banat,
Agenda: Pembahagian Usrah LADAR, PERKEMAT.
Aduhai.. Tengok-tengok kita satu usrah pula. Kenapa la takdir aku asyik dengan dia je. Tapi, masa tu tak fikir apa dah. Gembira la roommate pun satu usrah. Mungkin di situ titik permulaan untuk kita jadi lebih rapat. Dan dari sinilah terciptanya nama ACIK untuk kau dan ADIK untuk aku.
12 Mac 2008. Ingat lagi tak tarikh ni? Ni lah tarikh keluar result SPM. Aku agak bersendiri ketika itu kerana keputusan yang aku terima kurang memuaskan. Sedangkan aku pernah menjadi 8 top students ketika di Tingkatan 5. Aku menerima suratan ini sebagai takdir dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Kau hebat, Acik. Keputusan kau sangat cemerlang. Tapi kau tak tunjuk kebanggaan kau di hadapan orang lain. Kau tenang saja. Mungkin kau nak menjaga hati aku saat itu. Kau seorang yang rendah diri. Aku bangga punya roommate seperti kau.
Venue: Auditorium S.M.N.,
Agenda: AGM IQRaC.
Bermula dari Timbalan TTK, tiba-tiba muncul nama kau, Acik. Hebatnya kau. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin tatkala diri masih bertatih untuk mengurusnya. Dari awal lagi aku dah Nampak kebolehan kau. Sebab itu, bila ada pungutan undi dari ahli sem kita, aku mengundi nama kau untuk jawatan tu. Aku tahu kau lebih dari boleh, dengan gaya dan perwatakan kau yang sebegitu. Walaupun acap kali kau mengatakan yang kau tidak aktif bersukan, tapi itu bukan puncanya. Kau punya idea dan pemikiran yang rencam dan luar biasa yang tidak semua orang dianugerahkan sebegitu.
Aku menyedari akan kelemahan kau dalam menghafaz. Aku bersalah, Acik..sebab aku tak banyak menolong kau di saat itu. Tapi, aku dah cuba sedaya upaya, Cuma tidak tahu setakat mana keberhasilan pertolongan aku. Bila tiba saat keputusan peperiksaan Sem 1 keluar, kau sedih, kau menangis. Aku dapat merasakan, akulah orang yang paling teruk waktu tu. Bagaimana tergamaknya aku membiarkan kau berada dalam kegagalan sedangkan aku cemerlang. Aku minta maaf,cik..
Aku berusaha untuk membuat surat rayuan bagi pihak kelab supaya pelajar-pelajar yang mendapar rasib dapat meneruskan pengajian di DQ. Melangkah pula ke Sem 2, aku sangat sibuk sepanjang sem tu. Aku tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada kau. Aku minta maaf. Bila tiba waktu exam sem kali ini, kau terpaksa mengasingkan diri. Tidak mengapa Acik, aku faham..
Sewaktu kau bermujahadah untuk ujian tambahan, aku takut untuk mengganggu. Aku cuba untuk membantu dari segi luaran. Aku limitkan kerja-kerja persatuan untuk kau, ambilkan makanan, basuhkan baju dan sampai masa aku pulang ke rumah hujung minggu, aku teringin sekali mengajak kau bersama. Tapi, memandangkan kondisi kau waktu itu perlukan masa untuk mujahadah, aku simpan hajat itu. Malangnya, sehingga kini, kau masih belum berkesempatan untuk bertandang ke rumahku. Tapi, aku pernah pergi rumah kau, Cik.. Ingat lagi tak waktu raya tahun lepas? =)
Sekali lagi, kau diundang perasaan sedih dan sayu. Kali ini, rayuan kau dan sahabat-sahabat lain tidak lagi dilayan oleh Pengarah. Aku amat-amat simpati dengan kau. Aku bersalah, Acik..
Teringat dulu, bila aku sakit, kau tolong urut, kau tolong sapukan ubat, kau tolong ambilkan makanan di dewan makan. Tapi, bila kau sakit, kau tidak beritahu aku pun. Kebanyakannya, aku yang perasan sendiri. “Adik, malam tadi Acik lelah la..”. “Laa..kenapa tak kejutkan adik??”. “Aku tak sampai hati laa..”. Itu lah kau.. Kau pun selalu dengar leteran aku. Kalau bilik bersepah sikit, mesti bingit telinga kau. Tapi kau sabar je. Bilik kita boleh kata macam stor. Mana tidaknya, tempat aku penuh dengan fail-fail SU, tempat kau pula penuh dengan barang-barang kelab. Kadang-kadang aku jadi serabut, tak pasal-pasal kau jadi mangsanya.
Menjelang Musabaqah Hafazan, aku akui, aku sangat-sangat tertekan ketika itu. Hampir seminggu sebelum hari bertanding, aku mengurungkan diri dalam bilik. Masakan tidak, persediaan dibuat saat-saat terakhir. Kerja-kerja persatuan pun banyak terbengkalai. Mujur ada ketua dan sahabat seorganisasi yang membantu. Waktu tu, kau sangat-sangat memahami aku. Kau paksa aku makan, tolong picitkan kepala dan macam-macam lagi. Aku terharu.. Terima kasih, Acik..
Peperiksaan Sem 3, membuatkan aku menjadi tidak keruan. Sebab, masa tu bertembung dengan banyak perkara yang perlu disetelkan. Persediaan pun ntah ke mana. Kau datang membantu. Kau tolong aku mengulang Al-Quran, tolong semak bacaan, tolong study sekali, walaupun waktu tu kau sudah terkecuali dari mengambil peperiksaan. Aku faham perasaan kau pabila orang kata kepada kau, “Alaa..best r kau Acik..x periksa..boleh duk relax..”. Tapi mereka tidak tahu yang kau sudah terseksa buat sekian lama. Kau tabah mengharungi semua ini.
Tamat belajar di DQ, kita berpisah. Aku ke Nilai, kau ke PJ. Aku kagum dengan kau. Kau ambil course MEDIC. Aku doakan kau dapat menjadi doctor yang berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Kau dah jadi doctor untuk aku selama ini. Moga-moga hidup kau lebih cerah selepas ini dan berjaya di dunia dan di akhirat. Doaku moga kau setabah Khadijah, dan doakan aku jua sefaqih Aisyah.
Hari Konvokesyen. Aku mengharapkan kau datang untuk sama-sama meraikan kejayaan ini. Alhamdulillah, aku dapat natijah yang cemerlang. Tapi, anugerah ini bukan untuk aku, tapi untuk ibu bapa dan untuk kau juga. Asalnya, berita yang mengatakan kau tidak dapat hadir, mengecewakan aku. Rupa-rupanya, kau datang juga walau sebentar. Kau buat kejutan untuk aku rupanya. Tahniah, sebab kau pun berjaya untuk khatam 30 juzu’ Al-Quran. Tidak semua orang dapat menikmati pahit manis perjuangan sebagai Huffazul-Quran. Kau beruntung, Cik..sebab kau redha dan sabar atas segala yang menimpa kau. Kaulah satu-satunya sahabat, rakan, taulan, teman dan kawan aku dunia dan akhirat.
Sahabat seperjuanganmu a.k.a ex-roommate..
6 comments:
Hmm..Warkah untuk Kakakku..i'm waiting 4 it..
Alahai..em,ok2..
tunggu kawin dulu la..
baru ada ilham nak buat..
hehe..
hmm..mu nak kawin dah ke? amboi..cepatnyer..Baguslah..lepas kawin, jangan lupa wat Warkah Untuk Kakak ye..Terima Kasih :)
amboi3..kita pulak dah yang kena..
tunggu hang la kawin dulu..
mengada-ngada..kaciau (version Khawlah..) =)
hmm..tetiba rindu lak kat acik, walaupun tak pernah bersua
Ha.. adik beradik, biasalah. teruskan2.
Post a Comment