MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Tuesday, August 21, 2012

"Siapa la jodoh hang ni, Siti?"


Bismillah wal Hamdulillah.

Pertamanya, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog Tinta Permata ini. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap saya selama anda mengenali saya.

Kedua, anda balik kampung di mana tahun ini? Semalam, kami sekeluarga pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor. Seronok beraya di Johor.. Cumanya, tak berapa rasa nikmatnya sebab sebelum bertolak ke kampung dah sakit-sakit kepala, sakitnya berlanjutan hingga tiba ke rumah semula. Sakitnya bukan sakit biasa, tapi migraine barangkali. Alhamdulillah, Allah beri ujian sedikit ini.

Ketiga, saya tak expect untuk siapa yang datang blog ini dan berapa ramai yang baca post ini. Jadi, saya kira siapa yang baca, dia tahu lah 'cerita' ini. Sebab saya 'malas' a.k.a kurang rajin untuk cerita mulut kat orang lain. Huhu.

**************************

"Siapa la jodoh hang ni Siti?"

Soalan ni berulang-ulang kali ditanya oleh mak saya. Ada sekali tu, baru je buka puasa dengan kurma, tiba-tiba mak tanya soalan ni. Barangkali mak baru mendoakan saya agar dapat suami soleh sebelum berbuka puasa agaknya. Pernah mak tanya soalan begini juga dihadapan saya dan kakak waktu itu, dan kakak hanya menjawab "Biarlah mak, dia belajar habis dulu.."

Kadang, saya jawab "Mak tanya Siti, mana la Siti tahu mak..", kadang saya diam sahaja. Saya tak pasti apa yang bermain di fikiran mak. Kadang saya terasa seolah mak tidak larat mahu menjaga saya lagi. Tapi saya tahu, bukan itu maksudnya. Nak tanya sendiri pada mak, segan.. Cumanya, kenapa mak nak sangat kita kahwin awal? :(

Baru-baru ini, ada akhowat bertanya pada saya ciri-ciri lelaki yang macam mana yang saya mahukan. Kata saya, kalau orang tanya direct pada saya, sukar untuk saya nyatakan. Namun kadang-kala saya ada nyatakan secara tidak langsung pada post2 saya di blog dan status2 saya di fb. Perasan atau tidak sahaja. :) Bila orang tanya "mesti dia seorang hafiz Quran kan?". Saya hanya mampu tersenyum, dan sekadarnya menjawab, "Asalkan hatinya dekat dengan Quran."

Orang selalu kata saya ni terlalu "memilih" sangat. Bagi saya, saya akan suka kalau mak bapak saya suka. Kalau kita suka, tapi mak bapak kita tak suka, payah juga kan? Banyak rumahtangga punah gara-gara ibu bapa tidak suka calon pilihan kita. Maka, saya mengambil pengajaran dari kisah-kisah di sekeliling saya dan juga dari orang yang berpengalaman, agar memilih orang yang mak bapa kita redha. :)

Kita memang tak boleh nak jangka siapa gerangan orang yang akan menjadi jodoh kita. Kadang-kadang tunang sendiri, tidak semestinya bakal menjadi suami / isteri kita. Segalanya terletak pada ketentuan Allah Taala. Hati kita milik Allah, maka jika kita hendak menyunting hati tersebut, maka pintalah pada Allah jua. Bimbang-bimbang, hati yang kita mahu sunting itu, kelak bukan menjadi milik kita. Justeru, Allah sahaja punya jawapannya. Ask HIM, as He knows better. :)



Binalah CINTA dengan IMAN, bukan dengan gedik! Rata-rata remaja dan dewasa hari ini, mendahulukan kata nafsu berbanding kata hati. Kalau ikut kata hati sekalipun, kita tak pasti, hati kita itu bersih atau tidak. Kata hati itu, adakah dipandu dengan iman atau tidak. Ramai yang menjadi 'tuhan' pada jodohnya. Ramai yang confirm yang dia akan berkahwin dengan si dia yang dia sayang. Sedangkan kita tidak tahu percaturan Allah bagaimana. Lalu, kerana kata pasti, mereka berkasih-sayang sesama mereka seolah-olah akad nikah telah dilafazkan.

Saya yakin, ramai sahaja yang tahu-menahu akan perkara ini. Cuma, mereka kurang faham barangkali. Kadang, kita cuba berselindung di sebalik 'Cinta Islamik'. Huhu. Macam-macam istilah yang kita cuba cipta tanpa sedar. Kadang, ada juga yang terlupa. Maka, perlu untuk kita nasihat-menasihati antara satu sama lain. Barangkali hari ini kita beringat, mungkin esok kita terlupa. Hati manusia, Allah sahaja yang berhak ke atasnya.

Cinta itu FITRAH. Cinta itu TIDAK SALAH. Hanya bagaimana kita tempatkan dan salurkan cinta itu menjadikan cinta kita itu salah atau tidak.

Dan saya, tidak mengharapkan bila Allah kan datangkan jodoh terbaik buat saya. Dan, saya tidak pasti adakah sempat untuk saya bergelar seorang isteri di dunia, takut-takut ajal menjengah terlebih dahulu. Meskipun, saya turut mengharapkan ada insan yang menjadi imam dan pelindung saya sebagai pengganti kepada bapa. Cuma, tidak tahu, bilakah masanya, dan siapakah gerangannya..

"Don't choose a perfect guy. Choose the guy that's gonna make you a perfect girl.."

Salam 3 Syawal! :)

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

No comments: