MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, August 24, 2012

Sudah Terhantuk Baru Tengadah..


Bismillah wal Hamdulillah.

Masih punya kesempatan untuk menulis tatkala kondisi diri yang tidak berapa stabil. Hanya ingin berkongsi rasa dan berharap bisa memberikan manfaat pada sekalian yang membaca.

Jatuhnya semalam, sakitnya hari ini.

Tidak pasti bagaimana mahu mengekspreskan rasa sakit ini. Huhu. Al-kisahnya kelmarin, sambil memegang anak saudara, adik bongsu menolak saya dengan kuat dari belakang, dan masa dengan pantas berlalu, lalu saya terjatuh bersama anak saudara. Kebetulan lantai ketika itu licin, lalu saya tergelincir. Terbaring dalam keadaan mengereng, sambil memeluk anak saudara kerana waktu jatuh itu hanya memikirkan anak saudara agar dia tidak terkena apa-apa. Alhamdulillah, kepalanya terjatuh atas tangan saya, dan dia segera bangun.

Namun, saya terkaku terbaring di atas lantai tersebut, tidak mampu bangun terasa seolah tangan patah, barangkali kerana siku terhentak kuat pada lantai. Beberapa minit tidak dapat bangun. Keluarga semua berada di ruang tamu, kerana ada tetamu baru tiba. Tidak tahu bagaimana mahu meminta pertolongan. Akhirnya satu ketika, alhamdulillah bisa bangun juga. Dalam keadaan yang rasional, saya tidak tahu mengapa, saya langsung tidak memarahi adik saya. Dan terus mendapatkan anak saudara saya. Alhamdulillah katanya tidak sakit apa-apa.

Malam itu, siku saya mula membengkak. Sakit juga. Huhu. Sebelum tidur, bahagian leher sudah rasa tidak kena. Bangun keesokan harinya untuk menunaikan solat, leher terasa sakit sangat. Urat di bahagian leher membengkak, dan mula panas. Mungkin "tertarik" sewaktu terjatuh kelmarin. Dan sehingga ke saat ini, sukar untuk memberikan salam ke kanan di akhir solat, juga sukar untuk bangun setelah baring. Malah, kepala saya turut sakit kembali dan urat kepala mula membengkak. ^_^ Alhamdulillah..


Kata orang, "sudah terhantuk baru tengadah". Entah sesuai atau tidak peribahasa ini saya selitkan. Saat kita sakit baru kita rasa nikmatnya waktu sihat. Baru terasa berharganya waktu doa selepas solat. Baru terasa bertuahnya punya tubuh badan yang sempurna. Baru terasa ruginya tidak membaca Al-Quran sebanyak-banyaknya tika sihat.

Ada ketika, kita lupa bahawa Allah mengirimkan kasih sayangnya dengan menarik sebentar nikmat sihat. Ada kala, kita sangsi mengapa Allah mendatangkan ujian itu terhadap kita. Ada masa, kita tertanya-tanya mengapa seberat itu Allah menguji kita. Sedang tidak kita tahu, berjuta-juta manusia yang lebih sakit, lebih dhaif, lebih menderita dan serba kekurangan dari diri kita.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?" (Ar-Rahman)
Lantas, bersyukurlah atas segala kurniaan Allah Taala. Saya merasakan dengan datangnya sakit ini, Allah sedang menegur saya, dan mudah-mudahan Allah menghapuskan dosa-dosa saya. Begitulah manusia, bila dibelai, leka. Bila ditampar, marah. Bila disebat, menangis.
".. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.." (Ibrahim : 34)
Asam garam kehidupan. Allah sengaja memberikan corak hidup kita serba warna-warni. Jika mendatar, tiada keunikan, hidup ini pasti hambar. Oleh sebab itu, adanya pahit manis, naik turun, suka duka dalam kehidupan, agar kita tahu bahawa bukan mudah untuk meraih syurga dan redha Allah, tanpa kita diuji. 

Ucapkanlah, "Alhamdulillah 'ala kulli hal.."

Moga beroleh rahmat dan kasih sayang Allah Taala tidak kira di mana kalian berada. Yakinlah, Dia sentiasa bersama-sama kita, dan pertolonganNya itu dekat.
"..Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.." (Al-Hadid : 4)
Wallahu a'lam. Sekian :)

#Tolong kalian doakan kesembuhan saya, dan juga pada bapak saya yang kini kurang sihat. Thank you in advance :)

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~ 

Tuesday, August 21, 2012

"Siapa la jodoh hang ni, Siti?"


Bismillah wal Hamdulillah.

Pertamanya, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog Tinta Permata ini. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap saya selama anda mengenali saya.

Kedua, anda balik kampung di mana tahun ini? Semalam, kami sekeluarga pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor. Seronok beraya di Johor.. Cumanya, tak berapa rasa nikmatnya sebab sebelum bertolak ke kampung dah sakit-sakit kepala, sakitnya berlanjutan hingga tiba ke rumah semula. Sakitnya bukan sakit biasa, tapi migraine barangkali. Alhamdulillah, Allah beri ujian sedikit ini.

Ketiga, saya tak expect untuk siapa yang datang blog ini dan berapa ramai yang baca post ini. Jadi, saya kira siapa yang baca, dia tahu lah 'cerita' ini. Sebab saya 'malas' a.k.a kurang rajin untuk cerita mulut kat orang lain. Huhu.

**************************

"Siapa la jodoh hang ni Siti?"

Soalan ni berulang-ulang kali ditanya oleh mak saya. Ada sekali tu, baru je buka puasa dengan kurma, tiba-tiba mak tanya soalan ni. Barangkali mak baru mendoakan saya agar dapat suami soleh sebelum berbuka puasa agaknya. Pernah mak tanya soalan begini juga dihadapan saya dan kakak waktu itu, dan kakak hanya menjawab "Biarlah mak, dia belajar habis dulu.."

Kadang, saya jawab "Mak tanya Siti, mana la Siti tahu mak..", kadang saya diam sahaja. Saya tak pasti apa yang bermain di fikiran mak. Kadang saya terasa seolah mak tidak larat mahu menjaga saya lagi. Tapi saya tahu, bukan itu maksudnya. Nak tanya sendiri pada mak, segan.. Cumanya, kenapa mak nak sangat kita kahwin awal? :(

Baru-baru ini, ada akhowat bertanya pada saya ciri-ciri lelaki yang macam mana yang saya mahukan. Kata saya, kalau orang tanya direct pada saya, sukar untuk saya nyatakan. Namun kadang-kala saya ada nyatakan secara tidak langsung pada post2 saya di blog dan status2 saya di fb. Perasan atau tidak sahaja. :) Bila orang tanya "mesti dia seorang hafiz Quran kan?". Saya hanya mampu tersenyum, dan sekadarnya menjawab, "Asalkan hatinya dekat dengan Quran."

Orang selalu kata saya ni terlalu "memilih" sangat. Bagi saya, saya akan suka kalau mak bapak saya suka. Kalau kita suka, tapi mak bapak kita tak suka, payah juga kan? Banyak rumahtangga punah gara-gara ibu bapa tidak suka calon pilihan kita. Maka, saya mengambil pengajaran dari kisah-kisah di sekeliling saya dan juga dari orang yang berpengalaman, agar memilih orang yang mak bapa kita redha. :)

Kita memang tak boleh nak jangka siapa gerangan orang yang akan menjadi jodoh kita. Kadang-kadang tunang sendiri, tidak semestinya bakal menjadi suami / isteri kita. Segalanya terletak pada ketentuan Allah Taala. Hati kita milik Allah, maka jika kita hendak menyunting hati tersebut, maka pintalah pada Allah jua. Bimbang-bimbang, hati yang kita mahu sunting itu, kelak bukan menjadi milik kita. Justeru, Allah sahaja punya jawapannya. Ask HIM, as He knows better. :)



Binalah CINTA dengan IMAN, bukan dengan gedik! Rata-rata remaja dan dewasa hari ini, mendahulukan kata nafsu berbanding kata hati. Kalau ikut kata hati sekalipun, kita tak pasti, hati kita itu bersih atau tidak. Kata hati itu, adakah dipandu dengan iman atau tidak. Ramai yang menjadi 'tuhan' pada jodohnya. Ramai yang confirm yang dia akan berkahwin dengan si dia yang dia sayang. Sedangkan kita tidak tahu percaturan Allah bagaimana. Lalu, kerana kata pasti, mereka berkasih-sayang sesama mereka seolah-olah akad nikah telah dilafazkan.

Saya yakin, ramai sahaja yang tahu-menahu akan perkara ini. Cuma, mereka kurang faham barangkali. Kadang, kita cuba berselindung di sebalik 'Cinta Islamik'. Huhu. Macam-macam istilah yang kita cuba cipta tanpa sedar. Kadang, ada juga yang terlupa. Maka, perlu untuk kita nasihat-menasihati antara satu sama lain. Barangkali hari ini kita beringat, mungkin esok kita terlupa. Hati manusia, Allah sahaja yang berhak ke atasnya.

Cinta itu FITRAH. Cinta itu TIDAK SALAH. Hanya bagaimana kita tempatkan dan salurkan cinta itu menjadikan cinta kita itu salah atau tidak.

Dan saya, tidak mengharapkan bila Allah kan datangkan jodoh terbaik buat saya. Dan, saya tidak pasti adakah sempat untuk saya bergelar seorang isteri di dunia, takut-takut ajal menjengah terlebih dahulu. Meskipun, saya turut mengharapkan ada insan yang menjadi imam dan pelindung saya sebagai pengganti kepada bapa. Cuma, tidak tahu, bilakah masanya, dan siapakah gerangannya..

"Don't choose a perfect guy. Choose the guy that's gonna make you a perfect girl.."

Salam 3 Syawal! :)

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Friday, August 17, 2012

Dia, tinggal sehari..


Abang keluar awal ke masjid tengahari ni. Tanpa sepatah kata, dia keluar macam tu je. Terkilan, kenapa dia tak ajak kita gi sekali solat kat masjid. Biasanya dia akan ajak. Rupanya..

Hampir terlupa hari ini hari Jumaat. Tambahan Jumaat terakhir Ramadhan 1433H. Terkilan juga, entah bagaimana tahap iman diri mendiami bulan barakah kali ini.

Malam ini, solat tarawih terakhir barangkali. Usah mencari alasan dek persiapan hari raya, kita culas terhadapnya. Biarpun cuma amalan sunat, amalan fardhu kita confirm sempurna ke?

Muhasabah.

***************

Hidup ini kian berubah,
Langit malam nan gelita kan cerah saat siang bertamu,
Kepompong jua bisa mengilham kupu-kupu nan indah,
Benih yang dibaja turut tumbuh sihat mendekorasi halaman taman,
Namun,
Mengapa manusia sukar berubah menjadi insan berguna dan beriman?

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Thursday, August 16, 2012

Saya..


Bismillah wal Hamdulillah.

Cepat kan masa berlalu. Ramadhan pun kian meninggalkan kita. Sedih.. T_T

Hari demi hari, waktu pantas berjalan.

Dan blog ini, dianaktirikan. Huhu :)

Dah lama tak berkongsi pengalaman dan cerita peribadi. Terasa nok cerita se ke awok2 hok bace nim. Heh. (Oh, mood "Masihkah Ada Ramadhan" dop ilang agi. Huhu) Tapi, dop ahu nok citer mende. (Bolok wok sekali)

Takda cerita apa pun sebenarnya. Cuma, saya..

Saya..

Saya saja ja menulis ni. Walaupun saya tak cerita perkara apa yang saya nak cerita, tapi tulis gini pun saya rasa saya dah cerita dan luah. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa itu. Huhu.

Ok, dah tenang, dan puas.. :)

Saya bercadang nak mengarang satu cerpen lagi. Doakan saya.

Maaf, ambil masa awok2 tuk baca post ni. (sape2 hok rajing baca je la..huhu)

#Salam penghujung Ramadhan..

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Wednesday, August 15, 2012

Taubat


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

[c/o] Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi, izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

[Ulang c/o]

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali..

Dan meski tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

[Ulang c/o]

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Ampunkanlah aku..



Album : Ya Rahman
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~