MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Friday, June 24, 2011

Bulat Kecil vs Bujur Meninggi.


Bismillah wal Hamdulillah.

Bertemu kembali, insyaAllah.

Btw, apa kena dengan tajuk ini sebenarnya? Sesungguhnya ia bukanlah bentuk belon yang sering dimainkan oleh anak-anak kecil (orang dewasa tidak terkecuali), ataupun plastesin yang diadun elok dan dibentuk menjadi bulat atau bujur, namun apa yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah istilah tanda-tanda bacaan yang terdapat pada Mushaf Rasm 'Uthmani.

Yang dimaksudkan adalah Tanda Bulat Kecil dan juga Bulatan Bujur Meninggi.

Cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ketahui dan fahami, buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian, yang sama-sama cuba untuk mengenali lebih lagi hukum-hukum tajwid dan tanda-tanda bacaan yang kadang-kala kita jadi keliru dan terlupa. Walaubagaimanapun, sebarang penambahbaikan dan pembetulan, amatlah dialu-alukan, kerana penulis juga merupakan seorang pelajar dalam belajar untuk mengajar. :)

1- Tanda Bulat Kecil  ْ  )
  • Hanya terletak pada huruf 'illah (lemah) iaitu - alif ( اْ ), wau ( وْ ), dan ya' ( يْ ).
  • Merupakan huruf tambahan.
  • Tidak dibaca sebagai huruf mad ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya
Contoh :
  • مِاْئَةِ - di atas huruf  ا terdapat tanda   ْ, maka tidak dibaca panjang / mad.
  • أُوْلَـٰئِكَ - terdapat tanda  ْdi atas huruf و, maka tidak dibaca mad pada huruf و tersebut.
  • Terdapat juga contoh-contoh yang lain, boleh lihat pada Surah Ali-'Imran ayat 144, dan Surah Al-An'am ayat 34.
2- Bulatan Bujur Meninggi [maaf, simbol tidak dapat dicari pada keyboard (^_^), walaubagaimanapun secara kasar simbolnya lebih bulat dan agar bujur. selepas ini kita lihat contoh-contoh yang terdapat di dalam Al-Quran.]
  • Hanya terletak di atas huruf alif ( اْ ), sebagai huruf terakhir pada kalimah jika huruf yang berikutnya berbaris.
  • Merupakan huruf tambahan yang dihazafkan dari bacaan.
  • Tidak dibaca sebagai huruf mad, ketika bacaannya disambung.
  • Dibaca sebagai huruf mad, ketika berhenti bacaan padanya.
Contoh : 
  • لَّـٰكِنَّاْ هُوَ اللَّـهُ رَبِّي (Surah Al-Kahfi, 38)
  • فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاْ ﴿٦٧﴾ رَبَّنَا آتِهِمْ (Surah Al-Ahzab, 67-68)
  • كَانَتْ قَوَارِيرَاْ ﴿١٥﴾ قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٍ (Surah Al-Insaan, 15-16)*
* Jika dilihat pada Mushaf, untuk قَوَارِيرَاْ yang pertama (pada akhir ayat 15), simbol di atas huruf ا merupakan tanda bulatan bujur meninggi, manakala قَوَارِيرَاْ yang kedua (pada awal ayat 16), simbol di atas huruf ا merupakan tanda bulat kecil.
Alhamdulillah, secara kasar dan serba ringkasnya begitulah perbezaan antara tanda bulat kecil dan bulatan bujur meninggi yang terdapat pada Mushaf Rasm 'Uthmani. Bukanlah niat untuk memeningkan kepala memikirkan bentuk dan simbolnya yang sukar untuk dibezakan, namun di sana terdapat teknik bacaan pada kedua-dua tanda, sama ada ketika bacaannya disambung atau ketika memberhentikan bacaan.

Setakat itu sahaja. Mohon pencerahan sekiranya ada. 

Wallahu a'lam. InsyaAllah bertemu lagi pada sesi seterusnya :)

Sumber buku : Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani oleh Haji Abdul Qader Leong


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Sunday, June 19, 2011

Sebelum Tiba Saatnya..


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kedua-dua mempelai menanti dengan penuh debaran. Setelah ini, si pemuda kacak bakal menambah beban di bahu, membuktikan janji-janji setia yang ditaburkan untuk membahagiakan dan mendekorasi mahligai bersama. Si wanita cantik berseri pula kelak diserahkan penuh adab pada si jejaka, tersemat di benak agar wajib turuti segala perintah si suami yang setia. 

Sanak-saudara memenuhi ruang legar masjid, menunggu ketibaan tok kadi. Anak-anak kecil berlari-lari bermain polis entri. Ibu-ibu sibuk membetulkan tudung yang senget sana, senget sini. Para ketua keluarga bercerita penuh lawak jenaka tak kering gusi. Hanya si jejaka itu duduk, tertunduk, sesekali cuba menghangatkan tangan yang semakin dingin, gementar barangkali. Si puteri itu pula bersimpuh malu, bercampur-baur perasaan, SMS bertandang mendoakan kelancaran majlis akad nikah sebentar lagi.

Dulang hantaran tersusun rapi. Jika disusun sebaris, mahu satu saf yang bisa memuatkan 40 jemaah. Cincin pernikahan, jam tangan, kasut, pencuci sana pencuci sini, Mushaf Al-Quran beserta tafsir dan terjemahan, dengan berwarna-warni tulisan; dan bermacam-macam coklat dan buah-buahan.

Langkah bergaya tok kadi memasuki perkarangan. Disambut baik, bersalam-salaman. Duduk bersila, memanggil pengantin lelaki menghadap. Majlis bermula.

Mukaddimah disertai dengan doa puji-pujian buat Yang Maha Esa. Taklimat dan satu per satu tazkirah dihadiahkan buat sang mempelai yang bakal mendirikan rumah tangga. Sampai satu masa..

Tok Kadi : Besar Al-Quran tu. Dah pernah khatam baca belum?
Encik A : Err.. Belum ustaz.. Saya selalu baca Surah al-Fatihah dan 3 Qul je.. Yang lain, tak sempat.. heh.. =.=




Maka, merah padamlah wajah si pengantin lelaki. Menyesal tak sudah. Lantas berlegar-legar di fikirannya akan tanggungjawab mendidik si isteri agar melazimi membaca Al-Quran bersama seperti yang dinasihatkan oleh tok kadi sebentar tadi. Tidak terhenti di situ, solat pula kadang buat, kadang buat-buat tak sempat. Puasa pula selalu tak tahan lapar dan dahaga. Pening memikirkan hal tanggungjawab diri dan bakal isteri yang bakal digalas.

Jangan pernah diungkapkan kata penyesalan, kerana tiada sesalan buat manusia akan perkara yang telah berlalu. Apa yang ada, hamparan masa hadapan terbentang menunggu untuk kita mencorakkannya kembali sesuai dengan kehendak dan tuntutan syariat. Jernihkan kisah silam dengan taubat penuh penghambaan. Kerana, hanya Allah lah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penerima Taubat.

Hijrahkan diri ke arah yang lebih baik, sementara peluang dan masa yang ada, sebelum tiba masanya....

Sebelum tiba saatnya lafaz sakinah..



Sebelum tiba saatnya bertemu Allah, Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Thursday, June 9, 2011

Aiskrim Goreng..


Bismillah wal Hamdulillah.

Dulu pandang-pandang,
pastu tekang-tekang,
terjupe la blog orang..

Tajuknya, "Aiskrim Goreng".

First time jumpa aiskring goreng ni waktu kat sekolah menengah dulu. Masa tu ada Karnival Soleh Pintar kalau tak silap, tahun 2005. Ada gerai dari kelab apa tak ingat dah, dia jual. First time makan. 

Sedap.

Lepas tu, ada event apa tah (aduih..pakat tak ingat dah..), masa tu MPP ada buka gerai, jual-jual sikit, tambah pendapatan. Masa tu antara makanan yang dijual, adalah aiskrim goreng. Hamba lah yang tukang gorengnya (kalau tiada kerja on the spot). Dan itu lah yang paling laku. MasyaAllah. 

Then, tadi terjumpa satu blog, dia ada ajar cara-cara nak buat. Dulu tahu goreng je. Bila tengok cara-caranya, rasanya tak lah susah sangat.

Bagi sesiapa yang belum tahu (ataupun yang dah tahu pun boleh), let's check it out~


Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih [itu kalau nak buat 5 biji. Terpulang nak buat berapa banyak. Roti tu, tak kisah roti apa. Tapi sedap juga kalau guna roti gardenia ^^]
  • 5 scope aiskrim [means, satu scope untuk satu biji. Terpulang nak perisa apa]
  • Plastik [untuk balut roti]
  • Minyak [untuk goreng nanti]

Cara-cara:

  • Lembabkan roti dengan air. [nak spray sikit-sikit ataupun nak gelekkan ke, tak kisah. Yang penting jangan sampai lembik sudah~]
  • Skopkan aiskrim ke atas roti.
  • Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.
  • Tekan acuan telur yang bulat tu [atau nak guna cawan plastik pun boleh, yang penting nak bagi bentuk, ikut citarasa, bulat ke, segi empat ke, etc] supaya roti terputus. [pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar]
  • Balut dengan plastik dan simpan dalam freezer selama 3 jam atau semalaman.
  • Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Jangan lama-lama, paling tidak seminit. Tapi pastikan minyak betul-betul panas.

ni copy dari sumber blog yang diambil.. TQ~


Kalau nak tengok cara-cara secara praktikalnya, tengok kat sini <<--- sumber yang saya ambil, atau sini pun ok.

Bapak saya tengok, terus minta saya buat.
Kata saya, "Pak, aiskrim takde.. ;)"

Entah-entah esok bapak pergi beli aiskrim. Wallahu a'lam. (",)

Anyway, saya memang berhajat nak buat juga aiskrim goreng ni. Tapi tak tahu bila. :) Kalau ada aiskrim dan roti, insyaAllah jalaaaan~

Ok, sekian santai-santai untuk hari ini.

Ma'assalamah wa ilal liqa', insyaAllah.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Thursday, June 2, 2011

Do'a..


Ya Allah,

Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'ban
serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Aku bermohon keampunan padaMu Ya Allah
Yang Maha Agung
dan tiada Tuhan melainkan Engkau,
Yang Hidup
Yang Berdiri Sendiri
dan aku bertaubat kepadaMu.


Ya Allah,

Engkaulah Tuhanku
tidak ada Tuhan yang patut disembah
kecuali Engkau yang mencipta aku.

Aku adalah hambaMu
dan aku dalam genggamanMu.

Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu
sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepadaMu
dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan.

Aku mengakui atas nikmat
yang Engkau berikan kepadaku
dan mengakui dosa-dosaku.

Kerana itu aku memohon keampunanMu
dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang
kecuali Engkau Ya Allah..

Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana aku diberi peluang untuk meraih kelebihan bulan ini..

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~