MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Thursday, April 28, 2011

Ego dan Cemburu!


A : Datin, kenapa dia tak dipanggil mesyuarat malam ni?
B : Biarkan dia. Dia ada ke, tak ada ke, sama je. Lagipun, cukup la dia kat posisi tu.

C : Ustazah, bagus betul ye Puan E tu. Cakap dia lancar, berkarisma, berkeyakinan.
D : Erm..
C : Seronok bila dia bagi tazkirah dalam usrah tempoh hari.
D : ~.~

E : Assalamua'laikum Ustazah. Apa khabar?
D : Hmm. Elok kamu jaga usrah kawasan kamu tu je.
E : Errr~

D : InsyaAllah kita akan adakan usrah gabungan pada hari sabtu ini. Tidak perlulah sampaikan pada ketua kawasan yang lain. Mereka pun ada agenda masing-masing.
F : Ana baru nak jemput Puan E. Ana tertarik dengan cara penyampaiannya.
D : Mereka pun ada usrah kawasan hari sabtu ini. InsyaAllah lain kali.


 **************************

Jatuhkan egomu sebagai seorang ketua. Hakikatnya kita semua sama sahaja. Yang membezakan kita cuma AMALAN dan TAQWA. Bukan sebanyak mana hasil dan sumbangan kita pada masyarakat. Bukan sebanyak mana jawatan yang kita pegang. Bukan setimbun mana sedekah dan bantuan yang kita hulurkan. Semua itu tidak ada makna andai tiada sifat kehambaan dan keikhlasan pada Allah Taala. Juga, raikanlah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelak, kita disenangi oleh makhluk di bumi dan di langit, insyaAllah.

Berlapang dada, itu lebih baik..


 buangkan sikap pentingkan diri. kita juga ada kelemahan.

[ini salah satu contoh situasi realiti yang berlaku. moga ada iktibar di sebalik cerita dan pengajaran.]


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Tuesday, April 26, 2011

Dia..


Dia

Insan yang bertakhta di hatiku

bukanlah yang ku khaskan ciri-cirinya 

agar ideal segala-galanya di mata.


Tetapi insan yang ku hargai dan ku sayangi

yang bertakhta di hati

adalah dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi.


Sifat kehambaanya pada Ilahi

umpama tazkirah bergerak

yang selalu mengingatkanku pada Maha Pencipta

membuatkan hatiku tak upaya dan tak mungkin melupakannya.


Subhanallah..

sungguh bertuah jika aku memilikinya..


tawaddhu' dalam erti kata sebenar pada setiap tutur dan tindakan..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Friday, April 8, 2011

Tahniah Sahabat2 Gen9..


Bismillah wal Hamdulillah.

Kais pagi makan pagi
kais petang makan petang


Begitulah kehidupan yang boleh diibaratkan kepada seorang pelajar yang terpaksa berjimat-cermat menggunakan wangnya untuk keperluan masa hadapan. (perumpamaan yang hanya diberikan oleh saya) Less on consuming, more on saving.. ;)

Entry kali ini bertujuan untuk mengucapkan tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabat seperjuangan satu generasi ketika sama-sama menuntut di bumi barakah Darul Quran. Satu halangan (mungkin juga dalam kategori 'peluang') telahpun dilepasi. Maka, beralih pula ke checkpoint yang seterusnya. Seusai sudah perjuangan di pusat asasi, teruskan mengorak langkah ke puncak degree.

Ya, hidup ini memang panjang, bukan? Panjang mana, kita tidak pasti. Jika kita hanya ditakdirkan untuk hidup selama 15 tahun, maka panjang itulah kehidupan kita di dunia. Namun seandainya Allah menakdirkan pengakhiran hidup kita sehingga mencecah satu abad, maka panjang itu jugalah bakti kita di dunia.

Justeru, kita diseru untuk menuntut ilmu Allah Taala sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mahukan dunia, mestilah dengan ilmu. Siapa yang mahukan akhirat mestilah dengan ilmu. Dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya, mestilah juga dengan ilmu."

Pepatah juga ada mengatakan:
"Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia akan menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan sesiapa yang kuat kemahuannya, ia akan mulia."

Untuk akhirnya, semoga berjaya saya ucapkan buat sahabat-sahabat yang bakal meneruskan perjuangan ke main campus, cawangan Kuantan dan Gombak. Yang ke Gombak, anda akan bertemu dengan saya lah. Tapi, maaf, terpaksa menjadi senior antunna :)

Untuk senarai nama yang bakal berhijrah ke Kuantan Campus dan Gombak Campus, boleh dapatkan di blog gen9 banat:




p/s: Maka, berbekalkan cuti yang agak panjang ini (mahu menuju ke bulan September kelak), ambillah peluang ini untuk mengulang hafazan Al-Quran yang seringkali kita jadikan alasan 'tidak sempat' mengulangnya ketika sesi kuliah dek kekangan masa dsb. Moga usaha yang bersungguh ini akan diambil kira di sisi Allah Taala. Mudah-mudahan, insyaAllah. Allah lah sebaik-baik tempat pergantungan.

Setakat itu sahaja. Wassalam.

Mantapkan Hafazan, Kurangkan Alasan.. (",)


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


Thursday, April 7, 2011

Aku Merindui Saat Itu..


Aku merindui saat itu

saat hati suci mengingatinya

saat diri kurang dilumuri dosa-dosa
saat lisan petah mengungkapkannya

saat bahu tegar menggalasnya

Aku merindui saat itu

meniti jalan halus menyusuri redhaNya

terumbang-ambing dek pukulan ombak dunia
kaca di mata menjadi dilema
antara suka mahupun duka


Aku merindui saat itu

berperang dengan realiti dan musuh nyata
acapkali mengimbas pesan ibunda

lantas bermonolog sendirian mengurai sengketa

demi ummah dan agama yang tercinta

Aku merindui saat itu

jatuh dan bangun kenangan dicipta
keluarga dan teman seiring setia

meskipun diulit ujian bertimpa

bumi itu menjadi saksi perjuangan kita


Aku merindui saat itu

mencicah kemanisan yang dibina
menuntut ihsan dikembalikan semula

menimbang antara dosa dan pahala

mendamba bulan untuk jatuh ke riba


Aku merindui saat itu

patuh dan taat pada Sang Pencipta

duduk akur mengalunkan kalamNya
bertemankan langit, kayu dan pelita

ke sana ke mari tunduk menyembah Yang Esa


Aku merindui saat itu

apakah kau mengerti maksud di sebalik kata
apakah kau memahami cuka di dada
apakah kau menduga adanya cinta
apakah kau mengetahui tika ini luruhnya air mata...


Maafkan aku Ya Allah

hambamu ini berlumuran dosa

menghitung hari nyawa disita

hanya Kau memahami isi hati hamba
dan orang-orang yang merindui saat itu jua..



'Aishah Jauhara
IIUM Gombak
7 April 2011
11.40 pm



~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~



Tuesday, April 5, 2011

Titian Waktu..


Dari sebiji benih

ditanam dalam tanah
dibaja, disiram dan dijaga
setiap hari dipelihara
agar kelak tidak layu kehausan
tidak mati dimamah haiwan

Saban hari
pokok itu kian membesar
tidak perlu lagi ragu seperti dahulu
biarkan ia merangkak sendiri
hanya sesekali perhatian diberi
kadang hujan rintik turut menyiramnya
agar ia sentiasa subur
menghiasi halaman dengan keindahan tersendiri

Senyuman bunga turut kelihatan
menambah seri ruangan taman
bertambah ceria bila berteman
sama-sama memberikan manfaat pada umat
dengan keunikan yang ada pada mereka

Semakin hari semakin terserlah
duri di batang menzahirkan taringnya
namun kelopaknya tidak menggugah si penggemar
hati si pekebun turut gembira
semakin hari semakin sayang
memberikan bakti buat terakhir kalinya
kerana selepas ini bukan lagi miliknya

Kini tibalah masanya
pokok bunga itu sedia ditukar milik
jual beli berlandaskan agama dituruti
si pekebun menangis antara dua
sedih dan gembira
suka dan duka

Tinggallah si bunga dan pemilik barunya
meniti hari demi hari
membuahkan kemanisan iman dan ketaqwaan pada Tuhannya
menebarkan kewangian ke seluruh alam
dek sifat dominannya itu
dirinya bukan lagi untuk dirinya
bahkan jua untuk orang lain
kekal sehingga ke akhir hayatnya..




'Aishah Jauhara
IIUM Gombak
5 April 2011
8.10 pm


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~