MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, November 27, 2011

Hujan, Punya Makna..



Bismillah wal Hamdulillah.

Teringat hadith Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam,
"Berdoalah pada waktu mustajab do'a, iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (Hadith Riwayat Abu Daud)
Saban hari, bumi kita dilimpahi dengan air hujan yang turun dari langit. Percaturan yang Allah tetapkan ini pasti ada maksud dan hikmah yang tersembunyi, meskipun manusia terpaksa meredah hujan yang lebat beserta angin kencang, banjir, dan sebagainya. Tidak terkecuali, sebahagian dari kita merungut dan 'menyalahkan' hujan kerana turun bukan pada masa yang mereka inginkan.


Sukar kan untuk menjadi hambaNya yang bersyukur? Mampukah kita menjadi golongan sedikit yang Allah pernah janjikan syurga? Payah kan?

Tapi ianya tidak mustahil. Namun, ramai manusia terlupa dan tidak tahu akan hadith Nabi seperti yang telah dinyatakan di atas. Saat turunnya hujan adalah antara waktu mustajab (Allah perkenankan) doa kita. Kekerapan turunnya hujan kebelakangan ini, barangkali Allah sedang memberikan kita peluang dan ruang untuk perbanyakkan doa kepadaNya.

Do'a lah apa sahaja, asalkan tidak bertentangan dengan syariatullah dan sunnatullah. Anda mahukan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan? Anda mahukan kemudahan dalam menghadapi kesukaran? Anda mahukan kekuatan untuk hidup yang penuh dengan cabaran? Anda mahukan kesihatan yang berpanjangan? Anda mahu dikurniakan seorang isteri atau suami yang setia dan bersefahaman? Anda mahukan anak-anak yang taat dan budiman? Anda mahukan mati dalam keadaan sebaik-baik pengakhiran?

Hati perlu ikhlas, sabar dan redha. Siapa sahaja anda, anda layak untuk meminta pada Yang Maha Mendengar. Kerana sifatNya kekal, dan Maha Memberi. 

Benarlah akan kata-kata, HUJAN ITU RAHMAT.. :)

Sekian.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Saturday, November 26, 2011

Sempena Hari Pernikahanmu..


Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena Hari Pernikahanmu,

Adikmu ini mengucapkan sekalung tahniah atas kehadiran seorang suami yang dikau bisa jadikan teman, guru dan wasilah untuk menempah syurga. Juga ucapan takziah buatmu atas taklifat baru sebagai seorang isteri kepada seorang insan yang bernama lelaki.

27 tahun dirimu membawa status "single", kini tibalah saatnya untukmu mencurah bakti pada yang lainnya. Kasih dan pengorbananmu terhadap mak, bapak, dan kami adik-beradik, tiada tolok bandingnya. Lantas, ia membina kepercayaan atas dirimu, meskipun dalam hal memilih pasangan hidup.

Terima kasih tidak terhingga atas layananmu sebagai seorang kakak yang sangat baik, prihatin dan bertanggungjawab. Terlalu banyak kasih sayang dan sumbangan yang dikau berikan buatku. Dan kini, segalanya menerjah hadir ke kotak fikiranku akan satu persatu pengorbananmu.

Tika ku sakit, dikau bisa menjadi seorang doctor. Tika ku sedih, dikau bisa menjadi seorang motivator. Tika ku jahil, dikau bisa menjadi seorang illustrator. Tika ku papa, dikau bisa memberikan sponsor. Tika ku sendirian, dikau bisa menjadi driver. Tika ku dahaga, dikau bisa menjadi mineral water. :) Dikau sudah cukup untuk menjadi kakak contoh kepada kami.

Hari ini, ketaatanmu yang utama adalah pada sang suami. Namun ianya bukanlah bermakna syariat Allah diabaikan dan dijadikan sampingan. Ketaatan mutlak tetap hanya pada Yang Satu, agar redha dan berkat Allah menemani dalam setiap tutur dan langkahmu untuk melayari bahtera hingga ke syurga.

Ungkapkanlah lafaz syukur dan kata yang indah tanda kerdilnya kita sebagai seorang hamba. Segala nikmat perlulah dikembalikan pada Yang Maha Memberi, kerana tanpa rezekiNya, mana mungkin manusian bisa menikmati fitrah untuk menyayangi dan disayangi.

Jodoh itu rezeki dari Allah Taala. Maka, pohonlah padaNya agar rezeki itu sentiasa berkat dan subur seiring jua pergantungan dan pengharapan kita padaNya.

Sunnah Rasul telah dikau penuhi, layarilah ia dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan sakinah, mawaddah wa rahmah. Moga pernikahan ini juga bisa membuatkan syaitan durjana menangis terduduk hiba akan kegagalan mendorong manusia bermaksiat dan jauh dariNya.

Akhir kata, mohon maaf atas segala kekasaran bahasa, keterlanjuran bicara dan kesalahan kata yang sengaja ataupun tidak sengaja. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wa sallam.

Terima kasih atas segalanya.

Sekian,
dari adikmu,
Siti 'Aishah Jauhara binti Surtahman.


BAROKALLAHU LAKUMA WA JAMA'A BAINAKUM FI KHAIR
buat satu-satunya kakak kandungku di dunia,
ASMA' WARDAH BINTI SURTAHMAN
dan suaminya
MOHD YUSAIRI BIN MOHD YUSOF



Thursday, November 3, 2011

Raikan Fitrah..


Situasi 1

Asiah : Bang, semalam kan saya pergi rumah Mak Long, dia jamu kuih almond london. Teringin pulak saya. Nanti kita gi beli ye bang, dekat2 nak Raya Haji ni..
Saiful : Mmm..
Asiah : Bang, tadi saya masak gulai ikan masin kesukaan abang. Jom la kita makan..
Saiful : Ye..
Asiah : Bang, petang ni ada rancangan Al-Kulliyyah. Tolong ingatkan saya ya..
Saiful : Mmm..
Asiah : Bang, esok tolong temankan saya pergi beli barang dapur sikit boleh tak?
Saiful : Mmm..
Asiah : Bang, nak air ke? Saya tolong buatkan..
Saiful : Cukup3. Awak ni.. Asyik bercakap je dari tadi. Tak penat ke? Awak diam boleh tak?
Asiah : Erk, ok.. :(

Sejam kemudian..

Saiful : Asiah, tolong ambilkan kopiah abang di bilik.
Asiah : [hanya mengangguk]

Saiful : Jom makan..
Asiah : [ikut pergi ke dapur]

Saiful : Kenapa senyap je ni? Biasanya tengah2 makan ni macam2 cerita ada..
Asiah : [hanya tersengih]

Saiful : Asiah, abang pergi masjid dulu ye.
Asiah : [hanya angguk dan senyum]

Saiful : Ni kenapa tak cakap sepatah langsung ni? Sakit gigi ye?
Asiah : Tadi kan abang suruh senyap.
Saiful : Erk. =.=

Situasi 2

Saiful sedang menonton televisyen, perlawanan sengit bola sepak antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

Asiah, tanpa disedari mengambil remote tv menukar siaran kepada drama bersiri Indonesia.

Saiful : Eh, kenapa tukar channel ni? Orang tengah syok tengok tadi..
Asiah : Abang ni asyik tengok bola je.. Nak kata pandai main, tak jugak. Tengok la cerita lain pulak.
Saiful : [frust]

Situasi 3

Farah : Mama, nak buku mewarna tu.. Belikan la..
Asiah : Tak payah la. Dah 5 Tahun dah, besar panjang dah. Beli la buku Amal Jama'i oleh Haji Yahya Othman ke..
Farah : 'amal jama'i tu apa benda..'

********************


Raikanlah fitrah yang ada pada seseorang itu. Barangkali kita belajar sesuatu daripadanya.

Fitrah seorang perempuan adalah ingin berkongsi sesuatu dengan orang yang paling dekat dengannya. Sekalipun kita terpaksa mendengar cerita yang sama berulang kali, apa salahnya kita teruskan mendengar dan raikan dia.. :)

'Fitrah' seorang lelaki, suka bersukan dan rata-ratanya menggemari sukan bola sepak. Apalah kiranya jika kita meraikan kegemaran dia sekalipun kita tidak menggemari mahupun membenci sukan tersebut. :)

Bagi anak-anak kecil, fitrah mereka inginkan permainan yang sesuai dengan seusianya. Menjadi kebosanan buat anak-anak kecil sekiranya kita mendesak mereka dengan perkara di luar kemampuan mereka. Namun, sesekali ada baiknya jika kita dedahkan pada mereka isu-isu dan perkara-perkara yang membuatkan mereka lebih berfikiran matang dan terkehadapan. Kerana apa, sekaranglah masanya untuk kita melahirkan generasi haraki dan rabbani yang intelek, baik dari sudut tarbiyah juga dari sudut siasah dan akhlaq. Bukan lagi sekadar melihat anak-anak bermain sep-sep tom-tom, galah panjang dan lompat tikus.

Begitu juga, fitrah manusia adalah ingin hidup berTuhan. Kita tidak akan lari dari berharap dan perlukan nusrah dari Tuhan. Kerana kita dijadikan sebagai insan yang lemah. Adanya Dia, Allah Yang Maha Berkuasa, lebih menguatkan aqidah dan meneguhkan iman kita sebagai hamba yang sentiasa tercari-cari sinar ketaqwaan dan kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar.

Tidak semua perkara kita harus memenuhi kehendak manusia hanya kerana 'fitrah'. Ada perkara yang kita akui ianya merupakan fitrah sebagai seorang manusia, namun haruslah dihiasi dengan jalan yang diredhai oleh Allah Taala, tidak hanya mengikut hawa nafsu semata.

Segalanya berbalik pada diri kita. 

Raikanlah pandangan dan karakter orang lain. :)

*Selamat Bercuti..
*Selamat Hari Raya Aidil Adha. 'Eid Mubarak..

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~